Wednesday, October 31, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428 Hijrah (2007)


I hope it’s not too late to wish everyone a very happy Hari Raya. May your raya this year bring you closer to the ones you love!To me raya will always be raya, no matter how modern one gets..Well, I had a wonderful time this year..reasons for that:

1) First Raya for MyLan Precious, sweet lil' thing Hezryn Amyra. Happy sakan my sweety celebrate her first raya..able to get two baju kurungs for her. But, i like most the red kurung..macam pengantin kenit..haha..sayangnya kat hezryn bucuk macam nih..Mula2 dia macam happy gile pakai baju kurung..terloncat-loncat bila org acan dia..pastu bila makin tengahari..dia makin rimas..bila garu mata terkena labuci-labuci..ehehe..baru dia tengok balik baju yg dia pakai..baju apa plak nih..pesyen apa plak mama aku ni beli..?huhuhuh...maaaamaaaaa!!!

Hezryn dan sepasang kurung biru

Hezryn dalam The Red Kurung

2) My sayang first time celebrating Hari Raya in her wifey kampung, Ipoh Pagi raya..meleleh jugakla air mata jantan..wuuppsss...sori!Bidaah semata-mata..My sayang begitu gagah pekasa beraya jauh dari kampung halaman buat kali petama dalam sejarah idup.Nothingla kan sayang..doesn't matter first raya at my kampung or sayang's kampung..We feel the same excitement because raya is about gathering to further strengthen family ties..
one thing yang aku betul-betul tak faham..tiap kali raya mesti timbul isu..siapa balik kampung siapa..?patutnya isu ni tak timbul..sebab mengikut kata ustaz,isteri takde pilihan...suami yang berkuasa veto dalam menentukan setiap keputusan..dan isteri kena redha apa jugak keputusan suami..Cuma, suami yang bertanggungjawab, betimbang rasa seperti my sayang akan consider balik ke kampung isteri secara bergilir dengan kampung suami..itu yang dituntut dalam syarak..ni kadang2 siap bergaduh, tak bertegur sapa atau menangis-nangis di hari raya sebab kecik nonek ini..
dan yang paling tak berapa nak paham..kadang2 isu nak pilih menantu atau calon isteri/suami pun bergantung pada Raya..my fren, Sapeah Openg (bukan nama sebenar) dihalang perhubungan dengan sorang mamat ni oleh emak si mamat ni sebab takut nanti raya si mamat ni akan balik ke kampung isteri yg jauhnya cuma bapa pluh km jer..Mak si mamat ni suh pilih isteri sekampung..senang balik raya..caaaiiittt..apadaaa...!ni orang zaman batu ker zaman orang makan orang..?Sib baik ibuku dan ibu mertuaku tak macam tu..Alhamdulilah

3) Hari Raya this year, the whole family go blue..Sooooo enjoyyy!!!Cuma Nyah's family yang pakai combination pink+green..belasah laa...janji raya rawkss..


My BELOVED Family (Without Ayong&Family)



4) The best kuih raya..jatuh pada kuih raya buatan ku sendiri..'Crispy Coco Marco Polo'..itu dia wehhh...dengar nama pun dah teliyoooooqqq kan..(sorry tak dapat attach gambar cookies atas tujuan keselamatan).Ni memang resipi turun temurun, buat masa skang aku tak bleh nak share recipe lagi..dan rasanya sampai bebila pun tak behajat nak share..hahaha..ya..aku memang kedekut ilmu..bau tau?!

5) This year aku dapat sekeping jer kad raya..huhuhu..saham makin merundum nampaknya. my fren darik PROTON yg baik hati benama hazrina yg bagi. Tingat zaman dulu2..bersaing dengan my sister..siapa yang dapat kad raya paling banyak.Pemenangnya..?aku la kott..ehehe..aku cukup happy bila pergi sekolah, ada kad raya untuk aku bawah meja..takpun ada orang selitkan kad raya dalam beg masa di college..wah..peminat misteri la konon...belasah la sapa pun yang bagi and I never meant to reply pon..saje suka nak menyimpan dan membelagakkan diri dengan my sis.Bonus..nak lagi kembang bila ada orang bagi kad raya munyi-munyi..lagi besar kad tu lagi bangga tak terkata..And until now, walau sekeping kad 20 sen, aku tetap bebunga riang bila dapat..And I do appreciate it..soo much..Apa ada pada sekeping kad raya..?heemmm..ingatan dari si pengirim mungkin!..

6) This year, genap 2 taun aku beraya sebagai isteri kepada suamiku yg tercinta Hoslan Hussain..and Insyaallah, more to come..The ’salam-salam-mintak-maaf’ part was not at that emotional sebab kami memang dah biasa dengan salam cium tangan VS cium dahi tu..time nak masuk opis, sebelum tido atau sebelum nak buat jahat (wupsssss..)memang dah membiasakan diri untuk respect each other practically..Cuma, bila bersalaman di hari raya, the feeling is different..So happy to have 4 title this year..As daughter to my mum/dad/mil, as granschild to my Tah and Opah, as Hoslan wifey and as Mama to my precious, Hezryn Amyra..


Forgive and forgiven..


7) We have new bibik to celebrate raya together this year.. Her name is Yanti..So far, okeylahhh..as long as she can take care of our precious whole heartedly, other than that..I can tutup sebelah mata for small-small matter..

8) Both beloved mum, my mum and MIL have to undergo a minor operation in Hari raya week..Gosh!!!memula ingat kena raya dekat wad, tapi alhamdullillah a day before raya mak boleh keluar hospital..phewwww..takde la dengar takbir kat sepital macam Raya Haji yg lepas..sayu gile..hopefully lepas ni takde lagi yg sakit2...

9) I managed to lose 5kg during the fasting month. I believe I am back at square one during Raya celebration ni...

10) PROTON dah start cuti Khamis, Balik Ipoh Jumaat sampai Raya, balik SP Raya ke-2..Stay sampai Rabu, then balik Ipoh till Friday..Pastu balik KL.Rest2 weekends untuk mula kerja Monday..adehh..!!cepatnya masa berlalu..

Hari Raya spirit is still burning in the air!!..Let's celebrate the victory after fasting for a whole month of Ramadhan, but...not supposed to be about the food only..hokeeyy..till then..daaaaa..

Thursday, September 13, 2007

Al-Fatihah...


Uweekkk…uwekkk… Hezryn menangis, agak kuat. Menandakan dah lama sebenarnya dia bagi signal, tapi Mama ngan Papa macam tido mati. Aku meloncat dari katil, suakan botol susu. Tapi kali ni dia macam taknak susu. Aku angkat dia dan letak atas katil. Tido sekali.

Memang dari dia lahir lagi, aku dah biasakan dia tidur berasingan. Ramai yg kata..weehhh..sampai hati ko tidur jauh dari anak..Ini bukan pasal sampai hati atau apa..memandangkan aku ngan Sayang tido agak lasak, aku tak berani jamin keselamatan kalau dia tido bersama. Pernah sekali aku bangun pagi tengok kaki kat perut sayang aku, dan kaki sayang aku dekat punggung aku..hahahahaha..macam tengah gusti dalam mimpi jer..Lagipun, aku nak biasakan dia tido berasingan supaya senang bila ber’adik’ nanti..cewah..ke situ plak aku..

Atas katil, tidur sekali dengan Papa dan Mama, baru dia diam..Tapi sekejap jer..lepas dia dah lena, aku akan angkat balik masuk katil dia. Masa dalam proses dia nak terlena, Tut...tut...tepon hubby berbunyi, menandakan ada message masuk.

”Ya Allah..” Sayang meraut muka duatiga kali..
”Naper yang..”
”Ya Allah, Astarafirullah halazim..”Ishhh..aku makin takut..biasanya berita tak baik jer pagi-pagi macam ni..kuat getar kat dada aku masa tu..Sayang menyua tepon nya pada aku..dan aku baca ..

Salam. Takziah. Mazariwan telah meninggal dunia hari ini.3am diterengganu. Jenazah dicadang dikebumi di Johor. Al-Fatihah..

Serta-merta naik bulu roma, seram sejuk dari hujung kaki sampai kepala.Hezryn yg masa tu dah nak tidur, macam faham, terjaga dan terus pandang aku..bersilih ganti dengan Papa.

Betu ker nih?Mazariwan Ismail tu boss aku..boss aku dah tak ada..?Ishhh..takkan laaa..baru semalam aku message ngan dia..cakap ngan dia..bergurau dengan dia..Dia janji nak balik dari Terengganu pagi Jumaat ni.Tak laaa kot..diaorg main2 nih..Aku menyedapkan hati..Dalam keadaan 80% tak pecaya dan 10% pecaya..yg lagi 10% blurr sebab kesan ngantuk tadik..

Dalam aku tengah ternganga sambil berteka-teki dengan diri sendiri, aku tak sedar Sayang dah menekan nombor si penghantar message tadik. Kebetulan yg menguatkan sangkaan aku yg message tu bertujuan untuk main2 sebab takde nama pada screen tepon tu..maknanya bukan di kalangan kengkawan atau sesapa yg pernah diregister namanya dalam database phonebook.

” Hello..Assalammualaikum..Iyeker..?Innalillah WainnalillahiRojiun..Bila jadiknya..?Kenapa..Ya Allah..Okey..Thanks ..” Bergegar sekali lagi tangkal jantung aku. Dari gaya cakap..memang sahih berita dari SMS tadik. Belum sempat Sayang cerita semua, air mata aku dah mengalir dulu. Ya Allah..

Tanpa menjelaskan apa-apa, Sayang dah peluk aku.Lagi la sayu hati aku..Keras aku dalam dakapan Sayang..Masing-masing cuba stabilkan diri dari rasa terkejut dan sedih yg bersilih ganti.

”Sayang..baru semalam saya bercakap dengan dia..” Itu jer yg mampu aku luahkan. Memang itulah kenyataannya. Walaupun dalam cuti, sebagai ketua dia tetap sentiasa update kerja anak-anak buah. Aku rapat dengan dia, bukan sekadar bos-anak buah, tapi sebagai kawan dan merangkap jiran satu kawasan perumahan. Sayang pun banyak deal ngan dia sebelum ni untuk Agong visit dan urusan-urusan lain. Kadang-kadang, kami balik kerja sama2.Kalau dia tak tumpang kami, kami yg menumpang dia..Dengan isteri dia, Zarina pun rapat. Kebetulan Kak Ina baru masuk PROTON, dan bertugas satu level dengan kami. Jadik bertambah rapat lah kami hari ke hari..

”Arwah meninggal pukul 3 pagi tadik, Sudden Death..Jenazah nak dibawak ke Johor dari Terengganu..”
MasyaAllah.


Maha Suci Allah..Dari Engkau Kami Datang, Dan Pada Engkau Kami Pergi..Kalau
sudah itu janji kita dengan Allah, tak payah sebab yg khusus..kita tetap akan
pergi..


Ramai budak-budak PROTON yg menziarah arwah. Sunyi sepi engineering dan R&D, menghormati pemergiannya. Semua dengan rancangan untuk ke Tangkak. Bas pun disediakan pada yg taknak drive jauh-jauh. Aku dengan Sayang naik keta, tumpangkan sekali Kak Shaq, Kak Zu dan Kak Yati. Sepanjang perjalanan kami bualkan tentang arwah. Sekajap-kejap kami mengesat air mata. Sayu rasanya..Itu perasaan kami, apatah lagi perasaan Kak Ina dan keluarga arwah..

Sampai harini, aku masih dalam keadaan terkejut. Aku masih terkenangkan arwah. Kerja satu apa pun aku tak boleh fokus. Tiap kali teringat,aku sedekahkan Al-Fatihah. Malam-malam pulak, susah aku nak lelapkan mata.Kadang-kadang tak tidur sampai pagi. Kalau balik atau pergi mana-mana,Sayang guna jalan lain untuk ke rumah. Sebolehnya cuba elak lalu depan rumah arwah. SMS terakhir dari arwah masih aku simpan.Kerja-kerja yg arwah suruh sudahkan aku sudahkan. Tak sanggup rasanya nak menatap. Terasa-rasa bunyi tapak kasut arwah, bunyi gelak-tawa dia, suara dia..Semua tu masih fresh dalam ingatan aku..

For my friends and blog readers out there who are MUSLIM, i would be grateful if you would join me in reciting the AL-Fatihah for ALLAHYARHAM MAZARIWAN ISMAIL.

AL-FATIHAH...

Semoga Arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. May He rest in peace..Kami di Engineering
Admin, PROTON akan sentiasa mengingati..selamanya..

Saturday, September 08, 2007

MIND-SET



My first entry..rasa berdebar plak..memula macam banyak menda nak share..tapi bila tangan atas keyboard,tetiba macam blank..what topic I should type?what language I’m going to use..and what type of story I wanna share..semua tu.. toink..toink..toink..atas pala aku..

Actually, aku realize..ni sema melibatkan mind-set..cuba aku setkan mind aku yg blog ni cumalah personal blog yg mana hanya aku dan diri aku je yg akan baca..nobody gonna read this..private and confidential..aku la yg type dan aku sendiri yg baca..

Mesti banyak menda yg nak aku luahkan tanpa was-was..sebab aku tau takkan ada org yg akan kritik..takde org yg akan drop a few comments..dan yg pasti aku takkan kena gelak…hahahaha..mai nuleh blog..mcm poyo jerk..!!hahaaaaaa..

Tapi disebabkan aku menye`set`kan blog ni kepada public..org bebas keluar masuk tanpa sekatan kastam..dan org bebas menconteng sepatah dua kata lepas diaorg baca, membuatkan aku cuba menjadik perfectionist dan sedikit poyo dan sedikit menjadik org lain, not me myself anymore..

Tak bleh macam tu kan..selain dari factor-faktor lain..aku decided to write something and started to call myself as blogger setelah desakan yg kuat untuk share my thinking, my idea dan sedikit kisah idup untuk reference dan tatapan org luar selain memember rapat dan family..

Aku akan gunakan bahasa melayu 50%, dan selebihnya baser omputih 30% dan selebihnya bahasa arab yg dah aku translate ke bahasa melayu balik..
AKu tau, mesti ada yg kata [yg sebenarnya tak ada org nak kata pun..poyo lagi..]naper nak pakai bahasa campur2..?merosakkan bahasa jer…melayu..melayu ahhh..naper nak campur omputih plak..?!

Reason being..sekali lagi..aku nak menjadik diri aku sendiri..yg mana kadang2 aku tak dapat lari nak gunakan terms inggeris dalam perbualan mahupun penulisan aku..Harap korang baca jer tanpa banyak songeh..sukati aku ler..blog aku kan…lalalalalala..

Tuesday, September 04, 2007

My First entry

Hello to all cyber users!I’m pleased to invite any of you to come and visit my page every now and then.This is no extraordinary blog but just in case you want to get a feel of how the way I think, you have come to the right place!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...