Thursday, September 13, 2007

Al-Fatihah...


Uweekkk…uwekkk… Hezryn menangis, agak kuat. Menandakan dah lama sebenarnya dia bagi signal, tapi Mama ngan Papa macam tido mati. Aku meloncat dari katil, suakan botol susu. Tapi kali ni dia macam taknak susu. Aku angkat dia dan letak atas katil. Tido sekali.

Memang dari dia lahir lagi, aku dah biasakan dia tidur berasingan. Ramai yg kata..weehhh..sampai hati ko tidur jauh dari anak..Ini bukan pasal sampai hati atau apa..memandangkan aku ngan Sayang tido agak lasak, aku tak berani jamin keselamatan kalau dia tido bersama. Pernah sekali aku bangun pagi tengok kaki kat perut sayang aku, dan kaki sayang aku dekat punggung aku..hahahahaha..macam tengah gusti dalam mimpi jer..Lagipun, aku nak biasakan dia tido berasingan supaya senang bila ber’adik’ nanti..cewah..ke situ plak aku..

Atas katil, tidur sekali dengan Papa dan Mama, baru dia diam..Tapi sekejap jer..lepas dia dah lena, aku akan angkat balik masuk katil dia. Masa dalam proses dia nak terlena, Tut...tut...tepon hubby berbunyi, menandakan ada message masuk.

”Ya Allah..” Sayang meraut muka duatiga kali..
”Naper yang..”
”Ya Allah, Astarafirullah halazim..”Ishhh..aku makin takut..biasanya berita tak baik jer pagi-pagi macam ni..kuat getar kat dada aku masa tu..Sayang menyua tepon nya pada aku..dan aku baca ..

Salam. Takziah. Mazariwan telah meninggal dunia hari ini.3am diterengganu. Jenazah dicadang dikebumi di Johor. Al-Fatihah..

Serta-merta naik bulu roma, seram sejuk dari hujung kaki sampai kepala.Hezryn yg masa tu dah nak tidur, macam faham, terjaga dan terus pandang aku..bersilih ganti dengan Papa.

Betu ker nih?Mazariwan Ismail tu boss aku..boss aku dah tak ada..?Ishhh..takkan laaa..baru semalam aku message ngan dia..cakap ngan dia..bergurau dengan dia..Dia janji nak balik dari Terengganu pagi Jumaat ni.Tak laaa kot..diaorg main2 nih..Aku menyedapkan hati..Dalam keadaan 80% tak pecaya dan 10% pecaya..yg lagi 10% blurr sebab kesan ngantuk tadik..

Dalam aku tengah ternganga sambil berteka-teki dengan diri sendiri, aku tak sedar Sayang dah menekan nombor si penghantar message tadik. Kebetulan yg menguatkan sangkaan aku yg message tu bertujuan untuk main2 sebab takde nama pada screen tepon tu..maknanya bukan di kalangan kengkawan atau sesapa yg pernah diregister namanya dalam database phonebook.

” Hello..Assalammualaikum..Iyeker..?Innalillah WainnalillahiRojiun..Bila jadiknya..?Kenapa..Ya Allah..Okey..Thanks ..” Bergegar sekali lagi tangkal jantung aku. Dari gaya cakap..memang sahih berita dari SMS tadik. Belum sempat Sayang cerita semua, air mata aku dah mengalir dulu. Ya Allah..

Tanpa menjelaskan apa-apa, Sayang dah peluk aku.Lagi la sayu hati aku..Keras aku dalam dakapan Sayang..Masing-masing cuba stabilkan diri dari rasa terkejut dan sedih yg bersilih ganti.

”Sayang..baru semalam saya bercakap dengan dia..” Itu jer yg mampu aku luahkan. Memang itulah kenyataannya. Walaupun dalam cuti, sebagai ketua dia tetap sentiasa update kerja anak-anak buah. Aku rapat dengan dia, bukan sekadar bos-anak buah, tapi sebagai kawan dan merangkap jiran satu kawasan perumahan. Sayang pun banyak deal ngan dia sebelum ni untuk Agong visit dan urusan-urusan lain. Kadang-kadang, kami balik kerja sama2.Kalau dia tak tumpang kami, kami yg menumpang dia..Dengan isteri dia, Zarina pun rapat. Kebetulan Kak Ina baru masuk PROTON, dan bertugas satu level dengan kami. Jadik bertambah rapat lah kami hari ke hari..

”Arwah meninggal pukul 3 pagi tadik, Sudden Death..Jenazah nak dibawak ke Johor dari Terengganu..”
MasyaAllah.


Maha Suci Allah..Dari Engkau Kami Datang, Dan Pada Engkau Kami Pergi..Kalau
sudah itu janji kita dengan Allah, tak payah sebab yg khusus..kita tetap akan
pergi..


Ramai budak-budak PROTON yg menziarah arwah. Sunyi sepi engineering dan R&D, menghormati pemergiannya. Semua dengan rancangan untuk ke Tangkak. Bas pun disediakan pada yg taknak drive jauh-jauh. Aku dengan Sayang naik keta, tumpangkan sekali Kak Shaq, Kak Zu dan Kak Yati. Sepanjang perjalanan kami bualkan tentang arwah. Sekajap-kejap kami mengesat air mata. Sayu rasanya..Itu perasaan kami, apatah lagi perasaan Kak Ina dan keluarga arwah..

Sampai harini, aku masih dalam keadaan terkejut. Aku masih terkenangkan arwah. Kerja satu apa pun aku tak boleh fokus. Tiap kali teringat,aku sedekahkan Al-Fatihah. Malam-malam pulak, susah aku nak lelapkan mata.Kadang-kadang tak tidur sampai pagi. Kalau balik atau pergi mana-mana,Sayang guna jalan lain untuk ke rumah. Sebolehnya cuba elak lalu depan rumah arwah. SMS terakhir dari arwah masih aku simpan.Kerja-kerja yg arwah suruh sudahkan aku sudahkan. Tak sanggup rasanya nak menatap. Terasa-rasa bunyi tapak kasut arwah, bunyi gelak-tawa dia, suara dia..Semua tu masih fresh dalam ingatan aku..

For my friends and blog readers out there who are MUSLIM, i would be grateful if you would join me in reciting the AL-Fatihah for ALLAHYARHAM MAZARIWAN ISMAIL.

AL-FATIHAH...

Semoga Arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. May He rest in peace..Kami di Engineering
Admin, PROTON akan sentiasa mengingati..selamanya..

Saturday, September 08, 2007

MIND-SET



My first entry..rasa berdebar plak..memula macam banyak menda nak share..tapi bila tangan atas keyboard,tetiba macam blank..what topic I should type?what language I’m going to use..and what type of story I wanna share..semua tu.. toink..toink..toink..atas pala aku..

Actually, aku realize..ni sema melibatkan mind-set..cuba aku setkan mind aku yg blog ni cumalah personal blog yg mana hanya aku dan diri aku je yg akan baca..nobody gonna read this..private and confidential..aku la yg type dan aku sendiri yg baca..

Mesti banyak menda yg nak aku luahkan tanpa was-was..sebab aku tau takkan ada org yg akan kritik..takde org yg akan drop a few comments..dan yg pasti aku takkan kena gelak…hahahaha..mai nuleh blog..mcm poyo jerk..!!hahaaaaaa..

Tapi disebabkan aku menye`set`kan blog ni kepada public..org bebas keluar masuk tanpa sekatan kastam..dan org bebas menconteng sepatah dua kata lepas diaorg baca, membuatkan aku cuba menjadik perfectionist dan sedikit poyo dan sedikit menjadik org lain, not me myself anymore..

Tak bleh macam tu kan..selain dari factor-faktor lain..aku decided to write something and started to call myself as blogger setelah desakan yg kuat untuk share my thinking, my idea dan sedikit kisah idup untuk reference dan tatapan org luar selain memember rapat dan family..

Aku akan gunakan bahasa melayu 50%, dan selebihnya baser omputih 30% dan selebihnya bahasa arab yg dah aku translate ke bahasa melayu balik..
AKu tau, mesti ada yg kata [yg sebenarnya tak ada org nak kata pun..poyo lagi..]naper nak pakai bahasa campur2..?merosakkan bahasa jer…melayu..melayu ahhh..naper nak campur omputih plak..?!

Reason being..sekali lagi..aku nak menjadik diri aku sendiri..yg mana kadang2 aku tak dapat lari nak gunakan terms inggeris dalam perbualan mahupun penulisan aku..Harap korang baca jer tanpa banyak songeh..sukati aku ler..blog aku kan…lalalalalala..

Tuesday, September 04, 2007

My First entry

Hello to all cyber users!I’m pleased to invite any of you to come and visit my page every now and then.This is no extraordinary blog but just in case you want to get a feel of how the way I think, you have come to the right place!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...