Thursday, September 13, 2007

Al-Fatihah...


Uweekkk…uwekkk… Hezryn menangis, agak kuat. Menandakan dah lama sebenarnya dia bagi signal, tapi Mama ngan Papa macam tido mati. Aku meloncat dari katil, suakan botol susu. Tapi kali ni dia macam taknak susu. Aku angkat dia dan letak atas katil. Tido sekali.

Memang dari dia lahir lagi, aku dah biasakan dia tidur berasingan. Ramai yg kata..weehhh..sampai hati ko tidur jauh dari anak..Ini bukan pasal sampai hati atau apa..memandangkan aku ngan Sayang tido agak lasak, aku tak berani jamin keselamatan kalau dia tido bersama. Pernah sekali aku bangun pagi tengok kaki kat perut sayang aku, dan kaki sayang aku dekat punggung aku..hahahahaha..macam tengah gusti dalam mimpi jer..Lagipun, aku nak biasakan dia tido berasingan supaya senang bila ber’adik’ nanti..cewah..ke situ plak aku..

Atas katil, tidur sekali dengan Papa dan Mama, baru dia diam..Tapi sekejap jer..lepas dia dah lena, aku akan angkat balik masuk katil dia. Masa dalam proses dia nak terlena, Tut...tut...tepon hubby berbunyi, menandakan ada message masuk.

”Ya Allah..” Sayang meraut muka duatiga kali..
”Naper yang..”
”Ya Allah, Astarafirullah halazim..”Ishhh..aku makin takut..biasanya berita tak baik jer pagi-pagi macam ni..kuat getar kat dada aku masa tu..Sayang menyua tepon nya pada aku..dan aku baca ..

Salam. Takziah. Mazariwan telah meninggal dunia hari ini.3am diterengganu. Jenazah dicadang dikebumi di Johor. Al-Fatihah..

Serta-merta naik bulu roma, seram sejuk dari hujung kaki sampai kepala.Hezryn yg masa tu dah nak tidur, macam faham, terjaga dan terus pandang aku..bersilih ganti dengan Papa.

Betu ker nih?Mazariwan Ismail tu boss aku..boss aku dah tak ada..?Ishhh..takkan laaa..baru semalam aku message ngan dia..cakap ngan dia..bergurau dengan dia..Dia janji nak balik dari Terengganu pagi Jumaat ni.Tak laaa kot..diaorg main2 nih..Aku menyedapkan hati..Dalam keadaan 80% tak pecaya dan 10% pecaya..yg lagi 10% blurr sebab kesan ngantuk tadik..

Dalam aku tengah ternganga sambil berteka-teki dengan diri sendiri, aku tak sedar Sayang dah menekan nombor si penghantar message tadik. Kebetulan yg menguatkan sangkaan aku yg message tu bertujuan untuk main2 sebab takde nama pada screen tepon tu..maknanya bukan di kalangan kengkawan atau sesapa yg pernah diregister namanya dalam database phonebook.

” Hello..Assalammualaikum..Iyeker..?Innalillah WainnalillahiRojiun..Bila jadiknya..?Kenapa..Ya Allah..Okey..Thanks ..” Bergegar sekali lagi tangkal jantung aku. Dari gaya cakap..memang sahih berita dari SMS tadik. Belum sempat Sayang cerita semua, air mata aku dah mengalir dulu. Ya Allah..

Tanpa menjelaskan apa-apa, Sayang dah peluk aku.Lagi la sayu hati aku..Keras aku dalam dakapan Sayang..Masing-masing cuba stabilkan diri dari rasa terkejut dan sedih yg bersilih ganti.

”Sayang..baru semalam saya bercakap dengan dia..” Itu jer yg mampu aku luahkan. Memang itulah kenyataannya. Walaupun dalam cuti, sebagai ketua dia tetap sentiasa update kerja anak-anak buah. Aku rapat dengan dia, bukan sekadar bos-anak buah, tapi sebagai kawan dan merangkap jiran satu kawasan perumahan. Sayang pun banyak deal ngan dia sebelum ni untuk Agong visit dan urusan-urusan lain. Kadang-kadang, kami balik kerja sama2.Kalau dia tak tumpang kami, kami yg menumpang dia..Dengan isteri dia, Zarina pun rapat. Kebetulan Kak Ina baru masuk PROTON, dan bertugas satu level dengan kami. Jadik bertambah rapat lah kami hari ke hari..

”Arwah meninggal pukul 3 pagi tadik, Sudden Death..Jenazah nak dibawak ke Johor dari Terengganu..”
MasyaAllah.


Maha Suci Allah..Dari Engkau Kami Datang, Dan Pada Engkau Kami Pergi..Kalau
sudah itu janji kita dengan Allah, tak payah sebab yg khusus..kita tetap akan
pergi..


Ramai budak-budak PROTON yg menziarah arwah. Sunyi sepi engineering dan R&D, menghormati pemergiannya. Semua dengan rancangan untuk ke Tangkak. Bas pun disediakan pada yg taknak drive jauh-jauh. Aku dengan Sayang naik keta, tumpangkan sekali Kak Shaq, Kak Zu dan Kak Yati. Sepanjang perjalanan kami bualkan tentang arwah. Sekajap-kejap kami mengesat air mata. Sayu rasanya..Itu perasaan kami, apatah lagi perasaan Kak Ina dan keluarga arwah..

Sampai harini, aku masih dalam keadaan terkejut. Aku masih terkenangkan arwah. Kerja satu apa pun aku tak boleh fokus. Tiap kali teringat,aku sedekahkan Al-Fatihah. Malam-malam pulak, susah aku nak lelapkan mata.Kadang-kadang tak tidur sampai pagi. Kalau balik atau pergi mana-mana,Sayang guna jalan lain untuk ke rumah. Sebolehnya cuba elak lalu depan rumah arwah. SMS terakhir dari arwah masih aku simpan.Kerja-kerja yg arwah suruh sudahkan aku sudahkan. Tak sanggup rasanya nak menatap. Terasa-rasa bunyi tapak kasut arwah, bunyi gelak-tawa dia, suara dia..Semua tu masih fresh dalam ingatan aku..

For my friends and blog readers out there who are MUSLIM, i would be grateful if you would join me in reciting the AL-Fatihah for ALLAHYARHAM MAZARIWAN ISMAIL.

AL-FATIHAH...

Semoga Arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. May He rest in peace..Kami di Engineering
Admin, PROTON akan sentiasa mengingati..selamanya..

4 comments:

Wedding Husni & Fida on 07 07 2007 said...

Askum..i'm not sure betul ke ur name Sara..whatever lahh..apa pun fida dgn rase rendah hati dan ucap takziah utk seluruh anggota keluarga arwah....
memang sama la kita ..3 malam turut2 dihari arwah meninggal x dapat lelap mata langsung sampai pagi..

Sehinggakan hari ketiga tu sakit badan, smpi hubby ngan mak pun risau.. Kami panggil arwah maza jer sbb classmate kan..mmg tahu dia big boss jugaklaa kt proton tu.. mmmm mayb i'm not his best friend, tp a close friend sejak kiterng sama2 further study..

Dlm group kiterng, arwah lah yg paling byk bg support dlm apa jua masalah kiterng.And during our study, nama arwah disebut2 oleh semua lecturer n koordinator akn dpt Dean List, a best student dlm badge kiterng.Mmm tp kelainan mmg nampak pada arwah bila di semester akhir.Arwah lmbt siapkan project n thesis smpi semua org dah submit, dah bind, tp arwah baru sekali jumpe supervisor.. Kami semua seakan x percaya knp arwah ni lain jer semster lepas. Arwah asyik mengulang " ala takpe..tak kemana..kalau lulus pun takpe, x lulus pun takper".. agak pelik sbb sikap arwah bukan begitu sblm ini..

One more thing yg paling last bckp dgn dia, boleh katakan dia contact semua clasmate yg nk convo coming november supaya htr borang convo cepat2..katanye 'dia dah convo, kiterng jer blum convo'..

Tak sangka dlm kata2 itu semua, dia pergi buat selamanya.. Sedih dan takziah utk seluruh keluarga beliau.. especially utk Kak Rin dan anak2 beliau yg beliau amat2 sayang.. Alia dan Aina jer yg selalu dgr nama.. yg bongsu belum sempat kenal..

And b4 this, arwah ade jugak tersebut, kadang2 tumpang kereta kwn sbb rumah dekat.. Mungkin dgn u and ur hubby lah kot..

mm oklah..sorry terpanjang plak comment ni..bukan aper mmg terasa kehilangan dia dan x percaya..

Moga Arwah tergolong dlm golongan org2 yg Beriman..Amin.. Wassalam

zaisha said...

assalamualaikum...

ZaiSha said...

Assalamualaikum...
Maaf kalau saya menyibuk di blog nie tapi... sedih sangat bila baca blog nie.. I’m ZaiSha…would like to share something with u guys…

FYI, arwah Mazariwan dah saya kenali sejak Darjah satu lagi di Sekolah Rendah Ledang, Tangkak...Kitorang panggil dia “Wann”.We all memang kawan baik (dah 23 tahun dah kami berkawan..) dari sekolah rendah – satu sekolah, masuk sekolah menengah walaupun tak sama sekolah, masuk universiti walaupun tak sama universiti dan sampai dah kawen pun kitorang masih close - my hubby pun kira ok ngan dia... boleh click togetherlah.. Tambahan lagi… kitorang 3 orang sekampung.. Tangkak..

Entah macamana Quite some time jugak kitorang lost contact.. kesibukan.. kerja, study, anak-anak, family... buat kitorang makin lama makin jauh...dah lama tak contact Wann..(about 1 ½ yr) Tapi awal tahun nie.. sampai raya aritu memang terasa sangat nak contact Wann balik Lebih2 lagi bila lalu depan rumah mak ayah Wann kat Tangkak… ternampak kereta Waja dia..tapi.. asyik2 cakap nanti lah.. nantilah...

Saya ingat lagi tarikh keramat tu 21/11/2007. Masa tu baru balik lunch… entah kenapa teringat sangat kat Wann.... because masa lunch with my friend, our topic is BEST FRIEND… Then, I tried to email him kat email address dia kat proton.. just to drop a “Hi” message..Tak lama lepas tu email tu tendang balik.. “ Reason: Remote SMTP server has rejected address”

Masa tu pelik jugaklah.. aikk.. takkan dia dah berhenti dari proton kot.. Entah macamana tangan saya gatal nak “google” nama dia. So saya pun pergi google “Mazariwan” and banyak sangat pautan yang ada nama dia… Saya pun click tu one of the blog named - diamonddreamers.blogspot.com Nampak gambar Wann.. Dalam hati kata wow… siap ada gambar, masa tu tak baca pun apa tajuk dia… lepas tengok gambar hati rasa tak sedap. Baca tajuk Al Fatihah for Mazariwan… Ya Allah…Apa nie… panic giler… kenapa boleh jadik macam nie…Tak mungkin… tapi memang sah gambar Wann… habis saja baca blog tu.. saya menangis tak henti2…Langsung tak boleh buat kerja… My subordinate pun terpinga-pinga… Sedih sangat… tak terkata apa…Ralat sangat kenapa dah 2 bulan lebih dia pergi baru saya tahu.. Orang pertama yang saya call – my hubby.. dia pun tak percaya. He thinks that I was joking.. Lebih2 lagi dengan suara yang tersekat-sekat saya cakap.. “Abangg.. abangg…, Wwwannnn.. Wwwannn… dah takde” “Dia pergi mana?” “Ddddiiiiaaaa dahhh meninggal”. Lepas tu both of us.. terdiam… I cannot stop crying.. dekat seminggu jugak arr.. sampai sekarang masih rasa ralat lagi… Bila teringat.. memang sedih lah.. Nasib baik my hubby was very supportive.. dialah yang banyak kuatkan semangat saya..

Tapi sampai hari ni, saya masih tak dapat nak terima kenyataan nie… Tiap kali teringat.. airmata nie automatic jer turun… Hubby ada jugak ajak pergi melawat kubur dia.. tapi saya rasa saya tak cukup kuat lagi nak pergi… Hubby pun banyak ingatkan ada hikmahnya saya tahu lambat, dia kata kalau saya tahu pada hari kejadian keadaan saya akan lebih teruk dari saya tahu sekarang…
He has the point jugaklah.. because dialah satu-satunya kawan saya yang lama bertahan… 23 tahun…

Memang sedih sangat.. orang yang kita kenal dari kecik sampai sekarang just gone like that..Dan yang lebih haru lagi, saya yang konon-kononnya known as his best friend adalah orang yang paling lewat tahu.. Sebab lepas saya dapat tahu on 21/11/2007 I tried to contact kengkawan lain kat kampong.. lagi buat saya sedih bile diorang kata… “Laa.. ko tak tahu ker?.. Aku tahu dah masa hari Wann meninggal hari tu..” “takkan ko tak tahu..” “ko kan kawan baik dia…” “Tak mungkin ko tak tahu…” “Sori..Ingatkan ko dah tahu, itu pasal kitorang pun diam jer.. Kitorang taknak sedihkan ko…” Saya pun cakap balik kat diorang “ Memang arr saya ngan dia kawan baik tapi takkan dia nak beritahu saya dia dah takder…”. NAk marah pun dah tak guna.. tapi Allah tu memang maha kaya.. dia bagi hint suruh saya contact Wann, pergi google nama Wann.. kalau saya tak google rasanya sampai sekarang saya takkan tahu dia dah tak ada…

Wann memang kawan yang baik.. he is very humble n tak pernah pun dia berlagak walaupun dari sekolah rendah lagi dia memang best student..masuk sekolah sains muar, pastu masuk ukm, pastu dapat scholar proton lagi… Dialah kawan berlumba belajar.. sekaligus mentor yang buat saya nak belajar dengan lebih tekun lagi… Selalu rendah diri.. walaupun pangkat dia dah besar kat proton tapi masih lagi cakap.. biasa-biasa jer.. biasa-biasa jer… Walaupun saya selalu cari pasal dengan dia, marah ker, kecik hati ker.. dia tetap cool je.. itu yang buatkan persahabatan kami boleh stay on… Yang paling saya ralat ialah kenapa dah lama saya tak contact dia… Saya bukan saja hilang Wann tapi saya hilang terus dan tak mungkin akan kembali lagi… Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Saya yakin orang baik macam dia, memang Allah sayang dan tak sabar nak tempatkan dia dikalangan orang yang dikasihi… Al-fatihah…
Saya nak dia tahu yang saya dah lama maafkan dia.. dan saya tahu dia pun dah maafkan saya….
Buat keluarga dan anak-anak Wann… Maaf kerana tak menghadiri majlis pengebumian beliau. Alia n Aina n ... yr daddy always proud of you… take care of yr mummy…Contohi arwah daddy..yang selalu buat yang terbaik.. Buat Ina..Sekiranya Ina terbaca article ini… sabar lah hadapi dugaan ni. Kalau kami sebagai kawan dia tak dapat nak terima kenyataan ni. Saya percaya Ina lebih lagi.. tapi Allah lebih menyayangi dia… Moga arwah Wann tergolong dalam golongan orang 2 yang beriman.. Wassalam.

Anonymous said...

assalamualaikum..baru hari nie tgerak hati nak search nama abg wan dalam google..terharu bace smua nie dlm blog akk..yup,he's diffrnt..and special..he will always be,the best brother i ever had..Al-Fatihah to Abg Wan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...