Thursday, December 24, 2009

Happy Engagemaversary....

Happy Engagemaversary my dear....
(Engagement + Anniversary)
24 Dec 05 ~24 Dec 09




Today marks the 4th year Anniversary of the day me and my other half got engaged.

Time just felt like flying by without we really noticed it, eh sayang..? I really felt that it was only yesterday when we met at 'this company'..heheheh..sibokkk jer email-email org..( Saya pon sibokkk and gatai balas email sayang..!ahahahaaa..)


But all in all, I really glad that I've found you and we finally made it here..



Some people need a kiss a day to seal their love..

others need flowers everyday..

And other 'pompuan materialistik' need 'bling..bling'..baju, kasut, high-class dinner,etc..etc..(this is not a hint tau...!)



But, I just need you to
keep falling in love all over again...


Happy Engagemaversary Sayang...


Luv ya' baby...so very much!!!
muahhh..muahhh...muahhhhh

...The happy couple decided for a very simple engagement ceremony and lunch to formally introduce both families to each other and of course..to celebrate :)







psssttt..gamba kita bedua takder..sebab org tua2 kata tak manissss masa sanding nanti..eheheee..(and..u know why..!!! :p )

ok, till then....

daaaaaaa....

Tuesday, December 15, 2009

Masak-Memasak Di Hujung Minggu

Hiyeeeeeeeeee.......

Last weekend..adalah sgt takde mood utk keluar..maybe because 3 of us (me, Yaya and Kak Long) kena batuk,sesema and mild fever. So..agak tidak bernafsu utk berpoya di luar.

ermmm....the best way is..masak sendiri kat rumah ler kann..Kebetulan sehari sbm tu mmg dah shopping brg2 dapur. Bila stock penuh dlm fridge, lagilaaa excited..


So, for today's entry, mari kita ke dapur utk berkongsi recipe masak-memasak. Sebabkan my beloved ni seorang yg tak cerewet dlm bab2 makan, saya pun takde masalah utk prepare recipe yg simple-dimple...



1st Menu - Sambal Tumis Udang Petai Kau Kunci Cintaku
..
(eheee..konon mcm artis2 yg selalu bubuh nama lagu kat akhir recipe :)


Bahan2

1) Udang (ikut la nafsu makan masing2..and family size)



2) Petai (pergghhh...ni memang my favorite. Lantak la busuk pon, saya tetap suka. Baik utk kesihatan..Jadik saya bubuh petai lagi banyak dr udang)



3) Cili kering, red onion & garlic yg dikisar sekali..Sesiapa yg takde masalah resdung boleh mskkan belacan kalau nak..



4) Bawang besar



5) asam jawa


6) gula & garam secukup rasa


Cara Masak
1) Masukkan semua bahan #3 (cili kering, etc) ke dlm kuali yg dah panas (dgn minyak yg sgt minima yer puan2...kang gemuk laki tak suka pulokk kan)


2) Tumis sampai naik minyak..kalau tak sure sampai naik minyak ni mcm mana..rasa2 ada yg bersin tu maknanya dah okey ler kot..)

3) masukkan air asam jawa...and kacau lagi..

4) masukkan gula & garam secukup rasa...

5) masukkan udang..

6) masukkan petai..

7) last sekali..baru masukkan bawang besar utk bagi wangi...(yg ni ikut kesukaan masing2..ada yg suka masuk masa awal2..ada yg suka last2..)

...siap satu menu yg menjadi kegemaran mr beloved sejak kecik lg nie..


kitaorg memang suka sambal tumis yg berkuah mcm ni..but normally kat kedai2 kering jer kan..


2nd menu - Chicken Soup Barney & Friends

(This menu specially for my kids, amat sesuai dibubuh nama idola diaorg ni sekali :)


Bahan2
1) Ayam (Seeloknya small2 part ayam..)


2) ubi kentang


3) red onion, garlic and ginger yg ditumbuk sekali sehingga lumat

4) sup bunjut atau perencah sup (bagi yg nak ada rasa rempah2..but since for my kids, saya tak bubuh takut pedas plak kan..)

5) daun bawang & daun sup (last part..sebagai hiasan..)


5) boleh juga kalau nak masukkan sayur tambahan..macam carrot, etc..


Cara Masak

1) Masukkan bahan #3 dlm periuk panas (dgn sedikit minyak). Tumis hingga naik bau..


2) Masukkan air (dlm 3-5 mug besar)

3) Masukkan sup bunjut atau perencah sup..(kalau pakai perencah sup pastikan dah siap bancuh dgn air dulu tau..)

4) Masukkan ayam ngan ubi kentang..tutup periuk dan biarkan sampai empuk

5) Last sekali..kalau semua dah empuk dan cukup rasa...untuk hidangan taburkan daun bawang and daun sup..nak lagi best bawang goreng sekali.




3rd Menu - Ayam Goreng KFC
(Recipe yg paling simple..tapi menyumbangkan paling byk kolestrol..)


Bahan2

1) Ayam (yg sudah dibuang lemak& kulit dan sudah dicuci dgn tepung gandum + bilas dgn air


2) Tepung goreng ayam



3) telur ( 2 biji) yg dikacau2


Cara Masak


Bahagian A
Rebus ayam tanpa air. Cuma masukkan ayam dalam periuk dan biarkan atas api dalam 20 minit (sampai air ayam keluar dan kering). Tujuannya untuk memasak ayam dgn betul sebelum digoreng dan menghilangkan darah dan air pada isi ayam.


Bahagian B

Ayam dicelup dalam telur yg sudah dikacau dan dimasukkan dlm tepung goreng ayam. Pastikan seluruh ayam tu dilitupi dgn tepung. Biarkan dlm 10 minit.

Bahagian C

Goreng ayam dengan minyak yg agak banyak di dalam periuk supaya keseluruhan ayam dapat dimasak dgn betul.


Dan hasilnyaa....

taraaaaa
....

ayam goreng yg sungguh menggiurkan.

Rupa jer buruk, tapi rasa sedap okeyy..


Dan..kali ni tetamu jemputan utk merasa recipe masakan saya adalah.....jeng..jeng...


Adik Mie...
anak saudara (mr beloved's side) yg dtg sempena school break


*Hezryn (dgn signal 'peace' dia..), Bibik, Yaya, Mr Beloved, Adik Mie*

Seperti biasa...memang licin..!!! Tak perlu pujian..tengok diaorg makan bersungguh pun dah tau berapa rating diaorg nak bagi...eheheeeeee...


Jadik..tak payah buat2 terkejut tgk body saya and mr. beloved yg membesar bagai johan ni :)



Mak saya selalu kata...'ikat perut suami dgn masakan'. Saya bukan ikat perut jer, ngan tali2 pusat sekali...ngehhhhhhngehhh



okey, Selamat Mencuba!!!!



Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Monday, December 07, 2009

Rinduuuuuunyaa kat.....katil..!!!

Monday Blues....!!!

..I miss my cozy-mozy bed and kewl room...


..I miss my lil'angels..Kak Long and Yaya.. ...


I miss 'main-main' ngan my sayanggg...(heeheee..main game larrr!!)



and..
I sgt2 ngantukssssss skarang niee....!!!!
Tolonggggg...

"
"
"
"
"
"
"
"

tak sabar nak esok....
ada training kat luar..
so semestinya ada sessi 'makan2' yg hebat..
(abesla diet akuuuuu)
yg paling BEST dan TAK SABAR2...

"
"
"
"
"
"
esok malam d
ating ngan 'sayangku'..
nak tengok ni kat IB

SYIOKKKNYER...

Friday, November 13, 2009

What 'Past' is 'Past' - Part 2

....sambungan....(sila baca Part 1 dlu..)
"
"

"
"
"
"

-Recap -

adakah ustaz yg dah le hensem (lagi ensem dari ustaz rebonding akil hayy) dan penuh sopan santun tu akan :

a) menasihatkan Mimi supaya terus bersabar dan menerima suaminya seadanya..

b) menyuruh Mimi mintak cerai..kemudian ustaz tu nak masuk line...(Ana pun kesunyian...)

c) memanggil Azman & melempang saja mamat yg kononnya pernah menjadi kegilaan ramai tu..

d) menjampi serapah dan mengatakan ini semua hasil ilmu itam yg dipakai ex-gepren Azman bagi memporak-perandakan rumahtangga dia..

e) semua yg diatas..

.....

...saya takde la buat rakaman atau amek MOM masa ustaz ni berkhutbah pada bestfren saya si Mimi ni..tapi disebabkan dia cakap dgn lembut, berdiplomasi dan sepatah2 pekataan..saya rasa boleh capture almost every single word..


" Puan (panggilan utk Mimi)..pernah tak puan dengar yg mencintai itu bukan bermakna kita harus menjadi sempurna...tapi belajar menerima ketidak sempurnaan pasangan kita supaya dia boleh menjadi seorang lelaki yg sempurna..."


itu ayat pertama yg keluar dari mulut dia..yang membuatkan saya berkerut. Mimi macam biasa la...macam takder perasaan. Macam apa yg ustaz tu cakap dia dah penah dengar 1000 kali..


" Masalah suami Puan..dia cuma tidak pandai menyembunyikan rahsia hidup dia..kerana bagi dia mungkin Puan dan suami dah terlalu matang untuk membesar-besarkan perkara yg telah lama berlalu..."


Mimi macam tak puas hati sket dgn statement ustaz ensem nih..


"Ustaz..sebab saya matang la saya masih bersabar dan terus bersabar dengan apa sahaja yg saya jumpa dalam tempoh 4 tahun ni. Bukan saya tak bagitau..saya dah cakap saya tak suka! Dia yg tak matang sebab benarkan masalah yg sama berulang kali. Apa yg dia cuba tunjukkan pada saya dan anak...? Yang dia seorang lelaki yg hebat dulu..pernah kawan dengan ramai perempuan sebelum dia kawin dengan saya...???"


"Bukan Puan..jangan salah sangka..Haaa..tengok Puan dah buat andaian sendiri..Itu sangat bahaya dalam rumahtangga. Maksud saya begini..bagi dia, semua perkara yg lepas tu sudah lama dia tinggalkan. Dia langsung tidak ada perasaan lagi.Kalaupun dia baca email ini semula, dia akan hanya nampak huruf-huruf. Perasaan yg sama dahulu sudah lama dia tinggalkan sejak dia jumpa Puan..email itu hanya kenangan..yg mungkin kerana kelemahan dia sendiri dalam menjaga hak-hak peribadi diri sendiri.."


"Lelaki ni bukan semuanya dilahirkan sebagai seorang yg teliti dalam semua perkara..Itu saya kategorikan kelemahan suami puan. Dan puan kena cuba baiki dengan membimbing dia atau cuba buangkan semua itu dari simpanan dia. Kalau dia boleh terima kelemahan puan..kenapa puan tidak..?


" Suami puan seorang yg bertanggujawab...? sayangkan puan dan anak2..?"

Mimi ngangguk.." Saya rasa laaa..Tapi kalau dia sayangkan org lain tak tau la saya " Mimi terus melaser..hehee..


" Dulu mungkin dia tak bertanggujawab..bukan seorang yg penyayang..bukan seorang yg sesapa..Tapi sebab pengalaman lama yg mungkin dia dapat selepas berkawan dgn perempuan2 lain sebelum ni menjadikan dia suami yg baik sekarang.Jadi dia cuma sayangkan kenangan kerana kenangan itu yg mendewasakan dan mematangkan dirinya..bukan kerana 'perempuan2' itu....."


"Jadi puan seharusnya menerima perkara lampau dia, sebagaimana puan menerima suami puan. Itu semua datang sekali sebagai package..puan tak boleh terima suami sahaja..tapi puan tak belajar menerima suka-duka kehidupan lampau dia..."


" Seorang yg sudah bertaubat dengan benar-benar taubat lebih suci dari seorang yg tidak pernah buat apa yg suami buat dulu. Saya percaya sebelum berkahwin dengan puan dia dah terlebih dahulu bertaubat..dan berjanji dgn diri sendiri untuk fokus pada kehidupan yg baru.."


"Jika kalau dia tidak bertaubat..belum tentu dia mendapat apa yg dia dapat sekarang. Semua kurniaan Tuhan pada dia..ada zuriat sendiri, isteri yg sentiasa prihatin dgn dirinya, kehidupan yg bahagia, kerjaya yg stabil dan macam-macam rezeki Allah (SWT) pada kehidupannya..."


"Jangan sia-siakan kehidupan kita yg singkat ini dengan perkara-perkara negatif. Demi anak dan kehidupan puan yg sememangnya bahagia sebelum ni, puan kena belajar menerima dan memberi dalam rumahtangga "


"Puan balik..solat sunat taubat..solat hajat...sentiasa minta diberikan kebahagian dalam rumahtangga dan minta dijodohkan dengan seorang suami yg benar2 boleh membahagiakan puan dan anak2 supaya di akhirat nanti masih boleh bersama..."


"Ramai yg salah faham sekrang ni..sebelum kawin kononnya solat istiqarah..tak salah...tapi lebih afdal kalau sembahyang hajat, pohon diberikan jodoh yang baik sebab kita tak akan tau siapa jodoh kitaa.


"Bukannya dgn solat istiqarah tu kita boleh nampak jodoh kita..dan belum tentu yg kononnya jodoh kita itu betul2 dijodohkan dengan kita. Kita memang takkan tahu..tak penting pun untuk kita tahu. Lagi baik dengan siapa yg kita suka sekrang, mintak Allah panjangkan rasa suka dan sayang itu sehingga akhir hayat kita.."


"Yg lalu...biarkan berlalu....."


Mimi terdiam..mengakui apa yg dikatakan ustaz itu memang laa betull..dan dia terasa menyesal dengan perasaan negatif sendiri.


Bukan Mimi jer sebenarnya...saya pun tiba2 rasa mcm bersalah sebab tak dapat nasihatkan sesuatu yg positif pada Mimi sebelum dia jumpa ustaz. Saya rasa mcm tak membantu Mimi langsung..menambah lagi ada laaa...*dushhhh dushhh utk diri sendiri*


Sebelum kami balik..banyak juga la ustaz bagi doa dari ayat2 Al-Quran untuk Mimi. Dan tiba2 saya rasa macam berazam tinggi untuk menjadi isteri solehah...boleh..?hehehehe...(selama ni solehah jgk..okeyy)


Banyak pengajaran untuk saya dan semua dari cerita rumahtangga Mimi ni..walau apa pun bagi saya TRUST tu penting. Dan..jangan biarkan masalah, konflik dan tekanan perasaan membelenggu diri. Luahkan apa yg kita tak puas hati supaya kita tak pendam sehingga melibatkan rumahtangga..

"

"

"

"

People make mistakes.. We are allowed to make mistakes.

But the actions we take while in a rage will haunts us forever..

Pause and ponder..and thing before you act..Be patient..Forgive and forget!

If you judge people, you have no time to love them..


Love one and all.....


Thursday, November 12, 2009

What 'Past' is 'Past' - Part 1

..tapi itu kata di mulut....di hati? tiada siapa yg tahu..


** Kisah rumahtangga yg boleh dijadikan iktibar untuk kita semua..**


..Kali ni saya nak citer pengalaman dan masalah seorang kawan baik..baru2 ni dia berhadapan dgn konflik dalaman jiwa yg sangat serius. Takde tempat lain lagi utk dia mengadu. Sebagai bestfren, menjadi tanggungjawab saya utk tolong meringankan beban masalah yg dihadapinya. Saya share di sini buat petama kalinya dlm blog ni masalah rumahtangga..



Mimi (bukan nama sebenar) sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yg baru nak mencecah 2 tahun. Sebelum berkahwin, Mimi seorang yg sgt aktif, peramah dan ada ramai kawan...tak kira kawan lelaki ataupun perempuan. Dan... sebelum berkahwin jgk, dia pernah ada ramai boyfrens. Biasala tu bagi saya..monkey love..selagi tak pegang title 'husband & wife' tiap sorang dari kita berhak mencari dan memilih yg terbaik sebagai pasangan hidup..asalkan jangan buat sesuatu melebihi batas sempadan sudah...


Secara kasarnya..rumahtangga Mimi takde problem. Semuanya nampak okey..at least di mata saya laaaa sebagai kawan. Apa yg Mimi nak..tak jadik satu masalah atau beban untuk suami dia tunaikan. Suaminya jgk nampak sgt penyayang..Yerla..mungkin sebab si suami sgt beruntung dapat memiliki Mimi yg bukan sahaja cantik, pandai bergaul, peramah dan baik budi bahasa..


Saya namakan suaminya sebagai Azman (juga bkn nama sebenar..) Azman ni dulu pun (sebelum Mimi) ada ramai girlfrens..Baik Mimi mahupun Azman, masing2 berjanji sebelum kawin utk tidak memandang ke belakang lagi. Bagi mereka..'what past is past'. Apa sahaja kenangan atau dosa2 yg penah dibuat sebelum ni...jangan dibawa selepas kahwin. Gambar2 atau apa sahaja yg boleh mencacatkan rumahtangga mestilah ditinggalkan di belakang..jangan dibawa sama dalam kehidupan yg baru. Mimi berjanji...Azman juga berjanji..Masing2 berjanji untuk menjaga rumahtangga sebaik mungkin demi kehidupan di masa depan..


Dipendekkan cerita....setelah lebih kurang 4 tahun berumahtangga..banyak kali juga Mimi terserempak dengan barang2 kenangan Azman dan bekas kekasihnya. Pada mulanya Mimi mampu bersabar..walaupun masa tu dia terasa hati dan memendam rasa. Sehinggalah pada satu masa, secara tidak sengaja dia terbaca email2 lama antara azman dan bekas kekasinya..Mimi jadik tak ketahuan. Walaupun tarikh pada email itu telah lama berlalu, tetapi hati Mimi sangat-sangat tercabar..merasa sedih, geram, geli dan pelbagai lagi perasa2 tambahan utk menambah kelukaan seorang kawan bernama Mimi..



Untuk menjaga nama baik Azman (walaupon korang bukan kenal pon..) tapi saya tapis jugakler isi kandung email2 yg banyak unsur *geli-geli* tu...usah kata Mimi, saya yg baca pun tetiba rasa macam...erkksssss..memang takde keja lain ekkk? jumpa jer nak tuuttt...jumpa jer nak tuttttt!!Gatai sungguh jantan and betina itu..!!



Bayangkan, lelaki yg kita pegang, kita peluk, yg kita sayang, yg kita panggil suami...sebelum ini pernah diperlakukan yg sama oleh wanita lain..dosa semua dah tak ingat sebab cinta punya pasalll..lepas tu, dah sisa, dah buat mcm2..dapat pulak dekat bestfren saya yg masih ranum, cantik dan diminati ramai nih..isshhh...!! Wanita yg baik bukan untuk lelaki yg baikk ker...?? Kenapa kawan saya yg baik ni dapat lelaki yg mcm nih....*saya pulak yg emo*


Persoalan nya sekarang bukan sahaja pada email yg *geli-geli* tu..tapi pada amanah yg dipegang seblum diaorg berikrar menjadi suami-isteri..Utk meninggalkan semua kemungkaran yg dibuat..Yg si Azman tu simpan lagi email2, gambar dan segala mak nenek tu apa kejadahnya kan...?Kalau semua tu boleh dibanggakan macam cipta rekod dunia ker..takper jugak! Ini sesuatu yg boleh menjatuhkan rumahtangga diaorg. Sesuatu yg boleh menimbulkan syak wasangka antara satu sama lain..dan yg boleh mengorbankan rasa hormat seorang isteri kepada suami...


Memang..saya tau..ramai jugak yg akan kata..

'Yang si Mimi tu pergi bukak email2 lama laki dia buat apa..? Itu dah macam tak percaya pada suami sendiri...'

Bagi saya, Mimi tak bersalah...sepatutnya lepas berkahwin tiada rahsia antara isteri dan suami..kalau pun nak berahsia demi maruah sendiri..Kena dihapuskan segala bahan bukti dan menyimpan rahsia itu sebaik mungkin. Kalau setakat korang nak rahsia..tapi sah2 dalam pc penuh lagi email2 kemaksiatan..siap bawah katil pun satu beg penuh gambar kemungkaran...itu bukan RAHSIA! Itu nak bagi bini dia RASA!


Saya tak tahu dgn yg lain, tapi Alhamdulillah dan Insyaallah..suami saya tak buat macam tu..Setakat ni saya tak pernah tahu kisah2 lama dia dari mulut dia sendiri..mungkin dia terlalu nak jaga hati saya. Dari mula kami berkawan dia tak pernah cerita pada saya tentang 'org-org' sebelum saya. Saya dapat tahu pun dari mulut 'kakak2' yg bekerja satu tempat dgn dia..Tapi pesan suami saya dari awal kami kawin..' jangan dengar mulut org..tak semuanya berniat baik..'
Gambar dan barang2 tinggalan semua dah dibuang suami sebelum kami kawin..pesan mak suami 'Buang semua Lan..kalau nak rumahtangga elok aman..'

Bila semua tu saya tak nampak dgn mata...jauh di sudut hati, saya sangat2 menghargai dan terharu..betapa dia menjaga hati seorang isteri...


Berbalik pada kisah Mimi tadi..memandangkan saya tak pernah ada pengalaman sebegini..jadi sebaiknya dibawa kepada yg lebih pakar. Saya nampak kumurungan Mimi memberi effect yg besar dalam kehidupan rumahtangganya. Azman yg blur (atau buat2 blur..) masih tak dapat tangkap kenapa Mimi berubah menjadi seorang isteri yg sangat dingin. Bercakap hanya sepatah..itupun kalau dirasakan perlu.



Di rumah, Mimi hanya boleh tersenyum dengan anak lelakinya, Aiman (yg ni memang nama sebenar). Bila Azman mencium atau memegang Mimi..Mimi terpaksa menolak kerana masih terbayang2 dengan email dan surat yg dibaca..Dalam hati saya....

'padan muka ko Azman..pergi la peluk ex-gepren ko yg kononnya bagus sgt tu..!'


Saya dan Mimi berjumpa seorang ustaz ni..bercerita dari A-Z... (same version dgn cerita aku cuma kalini Mimi bawak sekali semua email..suruh ustaz ni tafsir pulak..kot la kitaorg yg over emotional) Ustaz yg jugak pakar motivasi ni dengan penuh lembut dan berdiplomasinya berkata......



...haaaaa..yg ini kena tunggu email yg akan datang...bagi saspens sket...



adakah ustaz yg dah le hensem (lagi ensem dari ustaz rebonding akil hayy) dan penuh sopan santun tu akan :



a) menasihatkan Mimi supaya terus bersabar dan menerima suaminya seadanya..

b) menyuruh Mimi mintak cerai..kemudian ustaz tu nak masuk line...(Ana pun kesunyian...)


c) memanggil Azman & melempang saja mamat yg kononnya pernah menjadi kegilaan ramai tu..


d) menjampi serapah dan mengatakan ini semua hasil ilmu itam yg dipakai ex-gepren Azman bagi memporak-perandakan rumahtangga dia..


e) semua yg diatas..



oke sekian dlu buat kali ni...tata titi tutu..


p/s - To my dear Mimi...sabarla sayang..ini semua ujian dari Allah utk korang berdua. And thanks sebab sudi bagi aku share cerita ko dalam blog aku yg penuh dgn sawang dan sarang labah2 nih :)

Monday, October 12, 2009

Salam Aidilfitri 2009

Walaupun dah agak lewat, tapi masih di bulan Syawal kan :p

saya & family terchenta

mengucapkan....

Selamat Hari Raya Aidilfitri

untuk semua yg

PERNAH,

KADANG2 BILA BORING

atau

yg SELALU SINGGAH di blog saya..


Semoga AIDILFITRI 2009 ni membawa lebih erti dan kebahagian buat anda SEKELUARGA..
AMIN!!!


Insyaallah..untuk entry yg seterusnya (yg entah bila)

saya akan post gambar Raya
(80's version)


dan gambar open house Raya

(merangkap Humaira's first birthday party)


(frens @ facebook : http://www.facebook.com/album)


oke...tunggguuuuu....

Thursday, September 17, 2009

Aidilfitri 1430 Checklist...

Our Theme for Syawal 1430 is BROWN

A)Baju Kurung / Kebaya Raya
  • Kebaya Bandung - light brown -pakai pagi Raya
  • Kebaya Bandung - maroon
  • kurung moden Bandung - pink
  • kebaya moden - orange

Things To Do :
1) Bawak semua Kebaya Bandung untuk alter@ tailor(ada lg ke yg nak terima nihh...?)
  • Bubuh sponge kat bahu
  • Jahit kain - tak suka jenis yg ikat2 nih..takut terlucut plak!
  • Kena kecikkan sket dkt pinggang..maklumla..bulan posa nih kurus sket kannn
B) Baju Melayu Mr.Beloved
Color : Brown
To buy at Parkson Subang Parade (Amir Zechna, John Master, No Brand pon boleh asal comfortable and affordable..) checked!

C) Baju Kurung For My Little Angels
Color : Brown and Green
Things To Do :
1) Jahit beads dkt leher, tangan and bawah baju sikit (beads warna coklat muda and emas)
2) Ukur baju dgn Yaya..risau tak muat. Kalau tak muat boleh alter..isshhh...harapnya muat la. Dah tak larat nak shopping baju raya wehh..

D) Kasut Raya

1) Kasut Mr.Beloved
  • slipper pergi masjid (CROCS) checked!
  • sneakers / loafer / casual shoes
2) Kasut saya
  • Pakai ngan baju kebaya / kurung / casual / jeans (Minat yg mcm nih..CrissCross Espadrille in beige color)
-soo sexyyy..-

3) Kasut for my angels
  • Kasut pakai ngan baju kurung / gown - saya nak carik yg mcm nih..huuhu..sempat lagi ker nak shopping ni..?
  • Kasut pakai dgn jeans - Kak Long & Yaya -> Nike For Baby Girl
E) Tudung - checked!

F) Brooch / Butang baju melayu - checked!

G) Handbag - tak beli lagiii..uhuhuhu..tapi nak yg mcm nih

H) Make-up set - Checked!


I) Baju Jalan-jalan / Outdoor / Casual - checkeddddddddd!!!
Yg ni memang saya dah prepare awal-awal..masa beli brg2 jualan kat Bandung dah beli skali utk diri sendiri..mr. beloved and lovely angels..

Dah mamanya bukak bisnes baju branded kan..haruslah anaknya pun berbranded-branded..eheee

J) Kuih raya - checkedddddd!!!
Semua dah bayar and dah dapat..tinggal nak agihkan utk umah mak Ipoh, mak SP and rumah sendiri..

...okey..Saya rasa macam banyak lagi tak settle nih..balik kerja ni nak terus cabut and pergi carik taylor yg available utk alter my kebaya..and terus beli kasut mr beloved and anak2. Malam mau tak tidur kena jahit beads..kemas beg lagi...adehhh..bibiikkkkkk..kamu kena tolong yaaa!!!

Wednesday, September 16, 2009

Hantaran Raya - Part 2


Hiiiyeeeeeeeeeeee.....
4 days to Hari Raya Aidilfitri..
Sangat-sangatttttt excited BERAYA tahun ni
sebab last year 1 Syawal kat SJMC..
Orang tengah bertakbir,
saya meneran and mengerang menahan sakit..
ouchhhhhhhh!!
And..tahun ni jgk kami genap ber4..
Humaira Sufea, 2nd angels to the family
Cikenit ni pon dah boleh jalan sikit-sikit..
Tak sabar nak bagi dia pakai baju kurung and gown comei-comei..
mesti "ketek-ketek" jer dia kan..

Okey..seperti yg dijanjikan..ecehhh..
Hantaran Raya yg kedua dari encik tersayang adalah..
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Bleh teka..?
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Clue..????
Benda ni saya tak pernah minta
sebab saya sendiri jarang pakai..
atau kadang-kadang tak pakai langsung...
Kecuali yg ada di jari sejak kawin..
Tapi, tipulah and bodohlah kalau saya tolakkkk kan..
Saya suka..sangat suka...
cuma bila time nak bayar atau time barang ni hilang jer yg tak suka :]
"
"
"
"
"
"
Dapat?
"
"
"
"
Clue lagi...
Sgt berharga..
Stengah perempuan memang sgt GILE dgn benda niee..
especially spesis mami jarum...
lip-lappppp lip-lapppppppppp
bling-blingggggg
"
"
"
"
okey..?
"
"
"
"
"
ya betulllllllll...
hantarannya adalah..

The Ring
i love the design..
(lebih kurang mcm yg diatas cuma yg kat atas ni pakai diamonds. Mine, combination emas putih..But still..I LOOOVVEEE it!!)
customized ring, according to mr.beloved's spec..

Normally, my MIL recommend Habib Jewels..
But, this time mr.beloved saje nak cuba lain plk...
dan kebetulan Tomei Gold & Jewellery
nearest outlet is at Giant Putra Heights
and..ada SALES sempena Aidilfitri nih..
jadik..pilihan yg bijak ler kann..


-Tomei..comei kan-


My dearest Hon..thanks so much. Thank You for Your for being my LOVE
and giving me Your Love..

Friday, September 11, 2009

Hantaran Raya - Part 1

Dah 3 minggu kita berpuasa..
satu entry pon saya tak post pasal puasa kan*muka kesal*
reason standard biasala..BIZI!!!
emmphh..rasa cepat betul masa berlalu
rasanya baru lagi dengar
"Penyimpanan mohor besar raja..."
masa nak masuk Ramadhan..
Tup..Tap..Tup..seminggu lagi je dah nak Aidilfitri..


Biasanya..setiap kali nak Raya, mr.beloved bagi prezie..menggantikan duit raya. Dia cakap lagi meaningful kalau bagi something yg 'nampak'..duit ni karang cepat jer abesnya..Lebih kurang mcm hantaran laa..Hantaran Raya, boleh gitu?


Okey..memandangkan taun lepas, kitaorg sefamily beraya di hospital..Ingat lagi tak..?rujuk entry ni..So, this year mr. beloved dgn baik hatinya bagi 2 Hantaran Raya..ooohhhh..saya sgt sukaaaa..sebab dua-duanya memang dah lama saya idamkan.Thanks so much sayang..

My dear readers wanna know what's the Hantaran Raya from mr.beloved..?emm..
"
"
"
"
"
jeng..jeng..

"
"
"
"
"
"

M.A.C Make-up set

Sebenarnya, dah laaaaaammmmmaaaaa sgt saya ngidam set M.A.C ni. Tapi, tiap kali pegi Sunway Pyramid, stakat lalu luar jer laa..Nak masuk, adehh..Tgk harga compact powder biasa pon cecah ratusan membuatkan saya melupakan jer la niat suci murni utk mencantikkan diri..Sedapkan hati sendiri, takpe..aku pakai ni bukan muka boleh tukar jadik Siti Nurhaliza pon.

-M.A.C studio perfect compact-

Tapi, Alhamdullillah..my mr.beloved yg sgt memahami dan baek hati belikan jgk lepas tgk saya ambil-letak-ambil-letak..ehehee.. Memandangkan harga yg agak gile bapak mahal dan first time nak beli makeup set, saya cuma ambil basic jer. Promoter kat situ nama Rachel yg tolong pilihkan..Mulanya dia buat demo makeup kat muka. Kita cuma perlu inform nak makeup ke function ke..ke office ker..As for me, saya nak yg light and natural, sesuai ke office. Baik amoi nih..dah le cun..masa dia makeup muka saya rasa cam beauty and the beast plk..

- M.A.C Skin Base Visage -

Dia bkn saja ajar technique to apply makeup, malah bagi tips utk muka nampak shining and tak kusam. Lepas tu siap register nama saya utk the next M.A.C makeup workshop. Ohhhh...I likeee

- M.A.C Sheertone Blush (Gingerly) -

- M.A.C Technakohl Liner -

Dan yg paling best...dapat free 2 skincare. Wpun kecik jer, tapi cukup laaa utk menambah koleksi..


Tak tau kenapa..tapi lately saya mcm begitu taksub nak me'makeup'kan diri. Kalau dulu memang saya tak berminat langsunggg okey. Beli lipstik ngan compact powder biasa jer. Lipstik tu pon color mcm tak pakai lipstik. Konon nak natural beauty..hehehh..lepas sedo diri tak beauty mana, maka saya pun mula bejinak-jinak ngan makeup - mula belajar pakai contact lense, pakai lash, pakai eye-liner, blush dan yg sewaktu dengannya..

Tapi tak laa mcm 'kakak mekap' kat opis tu kan..(ngeh..ngehh)

Ni hasil selepas muka kena tenyeh ngan amoi cina yg santek itu..opsss..anyaway, cantek tak?

emm..apa plk hantaran raya utk mr. beloved..? saya bagi ni haaa...
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
emmmuaaaaaaaahhh...!!

hehehehehe...jgn jelessssss...


okey, till then yaa..nanti la saya sambung Hantaran Raya yg kedua..
kasi sepraisss sket naa..


-daaaaaaaaaaaa-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...