Monday, June 29, 2009

Father's Day Special - Part 1

..This time we decided to have in-house celebration. Meaning, I plan to cook.
So, pagi father's day tu, shopping brg2 dan ramuan utk dimasak.Wah..baru terasa mcm mak2. Pergi pasar..memasak..emphhh..what a nice feeling..

Lepas penat, saya belanja hubby Mc'D breakfast. Try to take light breakfast untuk diisi sepenuhnya lunch nanti..

light breakfast ke ni..?hehe..whatever!

Oooo ye..sila jgn buat muka terkejut, mahupun muka tak pecaya bila saya kata saya nak masak..hehe..saya agak terer masak okeyy, cuma malas takde masa jer nak praktik selalu..

Easy homemade simple recipes for father's day special

Menu pertama : Rendang dinding (Resipi turun-temurun)
Disebabkan ini resipi turun temurun, saya tak boleh share in details mcm yg chef wan selalu buat tu..tapi kalau rasa terer, sila laa ikut..

Ramuan : Daging (direbus, dipotong nipis, ditumbuk sehingga nipis dan digoreng), cabai kering (dikisar halus bersama sedikit belacan), bawang merah(ditumbuk kasar), air asam jawa, kicap & garam (secukup rasa)

Bahan2 nya puan-puan...

dan..hasilnya

Menu kedua : Tom Yam Pot Tet (Sesuai utk yg mulut becok pot pett..pot pett..)

Me and hubby suka pekena tom yam Pot Pet dkt Dengkil. So, saya fikir why not saya try..rasanya sama mcm tom yam biasa, cuma tambahan santan utk memekatkan dan menambah gemukkan org yg memakannya..

Ramuan : Pes tom yam (jenama apa pun bleh..asal halal), isi ayam, sotong, udang, tomato, carrots, baby corn, brocoli, or you can add any vegetables u like, santan (sebaiknya yg diperah fresh), bawang besar, daun limau purut, serai, halia, lengkuas & cili

bahan-bahan tomyam..

rupa tomyam tak menarik tetarik da bomm sgt..tapi rasanya sodappp..


Menu ketiga : Daging kering goreng..
Resipe ni sgt simple and mudah disediakan. Cuma kena beli laa daging kering ni yg beharga RM20.Takde dijual diluar..tapi kalau nak,boleh order dgn saya. Sesuai dgn harga, daging ni memang marvellous. Nampak jer osman kering..tapi rasanya mak aiii..Dimakan pulak dgn nasi panas and kicap campur majerin..uhhhhhh..
cadangan : sgt sesuai dijadikan hidangan sahur.

Cara Penyediaan : carik2 atau koyakkan daging kering menjadi pecahan kecik, digoreng dgn bawang atau cili padi kalau nak pedas..satu plastik daging ni boleh dimakan 5 org..

daging kering dlm peket

dan..hasilnya!

Menu keempat: Agar2 MiKo (Milo + Koko)
Ini resipe ciptaan sendiri. Mula2 plan nak buat agar2 milo kosong. Tapi bila dah siap, rasa cam tak manis sgt. So, saya tambah chocolate syrup Hershey's..dan hasilnya..walla!

Ramuan : Agar2 (sepeket), milo (siap dibancuh pekat), chocolate syrup (Hershey's the best, i think..)

Hiasan..ikut kreativiti sendiri


Menu kelima : Fruits Cocktail
You can try any fruits you like..

Love the combination..

And..the result..Mr Beloved sgt2 suka dan berselera makan..sampai 4 kali tambah! Dan itu tak masuk dgn meratah lauk & menghirup tomyam sebanyak 4 mangkuk...hehehe..saya sgt puas hati..walaupun penat jgk memasak ni sbenarnya...

Specially for a very special papa in da' world..

Yummyyy..

Kalau Jalan2 Cari Makan ada guest, kitaorg pon ada special guest to taste the food. The best part is..special guest ni pon makan 4 kali tambah..dan..sambil tambah, sambil puji-memuji masakan saya..Sgt kembang hidung...(wpun mamat ni lapar sbenarnya..)

Petua org dulu..kalau nak menambat hati suami, bermula dari perutnya

;)

Happy Father's Day sayang (From Hezryn Amyra "Kak Long" and Humaira Sufea "Yaya"

..Luv u soooooo mucchh!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...