Thursday, November 12, 2009

What 'Past' is 'Past' - Part 1

..tapi itu kata di mulut....di hati? tiada siapa yg tahu..


** Kisah rumahtangga yg boleh dijadikan iktibar untuk kita semua..**


..Kali ni saya nak citer pengalaman dan masalah seorang kawan baik..baru2 ni dia berhadapan dgn konflik dalaman jiwa yg sangat serius. Takde tempat lain lagi utk dia mengadu. Sebagai bestfren, menjadi tanggungjawab saya utk tolong meringankan beban masalah yg dihadapinya. Saya share di sini buat petama kalinya dlm blog ni masalah rumahtangga..



Mimi (bukan nama sebenar) sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yg baru nak mencecah 2 tahun. Sebelum berkahwin, Mimi seorang yg sgt aktif, peramah dan ada ramai kawan...tak kira kawan lelaki ataupun perempuan. Dan... sebelum berkahwin jgk, dia pernah ada ramai boyfrens. Biasala tu bagi saya..monkey love..selagi tak pegang title 'husband & wife' tiap sorang dari kita berhak mencari dan memilih yg terbaik sebagai pasangan hidup..asalkan jangan buat sesuatu melebihi batas sempadan sudah...


Secara kasarnya..rumahtangga Mimi takde problem. Semuanya nampak okey..at least di mata saya laaaa sebagai kawan. Apa yg Mimi nak..tak jadik satu masalah atau beban untuk suami dia tunaikan. Suaminya jgk nampak sgt penyayang..Yerla..mungkin sebab si suami sgt beruntung dapat memiliki Mimi yg bukan sahaja cantik, pandai bergaul, peramah dan baik budi bahasa..


Saya namakan suaminya sebagai Azman (juga bkn nama sebenar..) Azman ni dulu pun (sebelum Mimi) ada ramai girlfrens..Baik Mimi mahupun Azman, masing2 berjanji sebelum kawin utk tidak memandang ke belakang lagi. Bagi mereka..'what past is past'. Apa sahaja kenangan atau dosa2 yg penah dibuat sebelum ni...jangan dibawa selepas kahwin. Gambar2 atau apa sahaja yg boleh mencacatkan rumahtangga mestilah ditinggalkan di belakang..jangan dibawa sama dalam kehidupan yg baru. Mimi berjanji...Azman juga berjanji..Masing2 berjanji untuk menjaga rumahtangga sebaik mungkin demi kehidupan di masa depan..


Dipendekkan cerita....setelah lebih kurang 4 tahun berumahtangga..banyak kali juga Mimi terserempak dengan barang2 kenangan Azman dan bekas kekasihnya. Pada mulanya Mimi mampu bersabar..walaupun masa tu dia terasa hati dan memendam rasa. Sehinggalah pada satu masa, secara tidak sengaja dia terbaca email2 lama antara azman dan bekas kekasinya..Mimi jadik tak ketahuan. Walaupun tarikh pada email itu telah lama berlalu, tetapi hati Mimi sangat-sangat tercabar..merasa sedih, geram, geli dan pelbagai lagi perasa2 tambahan utk menambah kelukaan seorang kawan bernama Mimi..



Untuk menjaga nama baik Azman (walaupon korang bukan kenal pon..) tapi saya tapis jugakler isi kandung email2 yg banyak unsur *geli-geli* tu...usah kata Mimi, saya yg baca pun tetiba rasa macam...erkksssss..memang takde keja lain ekkk? jumpa jer nak tuuttt...jumpa jer nak tuttttt!!Gatai sungguh jantan and betina itu..!!



Bayangkan, lelaki yg kita pegang, kita peluk, yg kita sayang, yg kita panggil suami...sebelum ini pernah diperlakukan yg sama oleh wanita lain..dosa semua dah tak ingat sebab cinta punya pasalll..lepas tu, dah sisa, dah buat mcm2..dapat pulak dekat bestfren saya yg masih ranum, cantik dan diminati ramai nih..isshhh...!! Wanita yg baik bukan untuk lelaki yg baikk ker...?? Kenapa kawan saya yg baik ni dapat lelaki yg mcm nih....*saya pulak yg emo*


Persoalan nya sekarang bukan sahaja pada email yg *geli-geli* tu..tapi pada amanah yg dipegang seblum diaorg berikrar menjadi suami-isteri..Utk meninggalkan semua kemungkaran yg dibuat..Yg si Azman tu simpan lagi email2, gambar dan segala mak nenek tu apa kejadahnya kan...?Kalau semua tu boleh dibanggakan macam cipta rekod dunia ker..takper jugak! Ini sesuatu yg boleh menjatuhkan rumahtangga diaorg. Sesuatu yg boleh menimbulkan syak wasangka antara satu sama lain..dan yg boleh mengorbankan rasa hormat seorang isteri kepada suami...


Memang..saya tau..ramai jugak yg akan kata..

'Yang si Mimi tu pergi bukak email2 lama laki dia buat apa..? Itu dah macam tak percaya pada suami sendiri...'

Bagi saya, Mimi tak bersalah...sepatutnya lepas berkahwin tiada rahsia antara isteri dan suami..kalau pun nak berahsia demi maruah sendiri..Kena dihapuskan segala bahan bukti dan menyimpan rahsia itu sebaik mungkin. Kalau setakat korang nak rahsia..tapi sah2 dalam pc penuh lagi email2 kemaksiatan..siap bawah katil pun satu beg penuh gambar kemungkaran...itu bukan RAHSIA! Itu nak bagi bini dia RASA!


Saya tak tahu dgn yg lain, tapi Alhamdulillah dan Insyaallah..suami saya tak buat macam tu..Setakat ni saya tak pernah tahu kisah2 lama dia dari mulut dia sendiri..mungkin dia terlalu nak jaga hati saya. Dari mula kami berkawan dia tak pernah cerita pada saya tentang 'org-org' sebelum saya. Saya dapat tahu pun dari mulut 'kakak2' yg bekerja satu tempat dgn dia..Tapi pesan suami saya dari awal kami kawin..' jangan dengar mulut org..tak semuanya berniat baik..'
Gambar dan barang2 tinggalan semua dah dibuang suami sebelum kami kawin..pesan mak suami 'Buang semua Lan..kalau nak rumahtangga elok aman..'

Bila semua tu saya tak nampak dgn mata...jauh di sudut hati, saya sangat2 menghargai dan terharu..betapa dia menjaga hati seorang isteri...


Berbalik pada kisah Mimi tadi..memandangkan saya tak pernah ada pengalaman sebegini..jadi sebaiknya dibawa kepada yg lebih pakar. Saya nampak kumurungan Mimi memberi effect yg besar dalam kehidupan rumahtangganya. Azman yg blur (atau buat2 blur..) masih tak dapat tangkap kenapa Mimi berubah menjadi seorang isteri yg sangat dingin. Bercakap hanya sepatah..itupun kalau dirasakan perlu.



Di rumah, Mimi hanya boleh tersenyum dengan anak lelakinya, Aiman (yg ni memang nama sebenar). Bila Azman mencium atau memegang Mimi..Mimi terpaksa menolak kerana masih terbayang2 dengan email dan surat yg dibaca..Dalam hati saya....

'padan muka ko Azman..pergi la peluk ex-gepren ko yg kononnya bagus sgt tu..!'


Saya dan Mimi berjumpa seorang ustaz ni..bercerita dari A-Z... (same version dgn cerita aku cuma kalini Mimi bawak sekali semua email..suruh ustaz ni tafsir pulak..kot la kitaorg yg over emotional) Ustaz yg jugak pakar motivasi ni dengan penuh lembut dan berdiplomasinya berkata......



...haaaaa..yg ini kena tunggu email yg akan datang...bagi saspens sket...



adakah ustaz yg dah le hensem (lagi ensem dari ustaz rebonding akil hayy) dan penuh sopan santun tu akan :



a) menasihatkan Mimi supaya terus bersabar dan menerima suaminya seadanya..

b) menyuruh Mimi mintak cerai..kemudian ustaz tu nak masuk line...(Ana pun kesunyian...)


c) memanggil Azman & melempang saja mamat yg kononnya pernah menjadi kegilaan ramai tu..


d) menjampi serapah dan mengatakan ini semua hasil ilmu itam yg dipakai ex-gepren Azman bagi memporak-perandakan rumahtangga dia..


e) semua yg diatas..



oke sekian dlu buat kali ni...tata titi tutu..


p/s - To my dear Mimi...sabarla sayang..ini semua ujian dari Allah utk korang berdua. And thanks sebab sudi bagi aku share cerita ko dalam blog aku yg penuh dgn sawang dan sarang labah2 nih :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...