Friday, November 13, 2009

What 'Past' is 'Past' - Part 2

....sambungan....(sila baca Part 1 dlu..)
"
"

"
"
"
"

-Recap -

adakah ustaz yg dah le hensem (lagi ensem dari ustaz rebonding akil hayy) dan penuh sopan santun tu akan :

a) menasihatkan Mimi supaya terus bersabar dan menerima suaminya seadanya..

b) menyuruh Mimi mintak cerai..kemudian ustaz tu nak masuk line...(Ana pun kesunyian...)

c) memanggil Azman & melempang saja mamat yg kononnya pernah menjadi kegilaan ramai tu..

d) menjampi serapah dan mengatakan ini semua hasil ilmu itam yg dipakai ex-gepren Azman bagi memporak-perandakan rumahtangga dia..

e) semua yg diatas..

.....

...saya takde la buat rakaman atau amek MOM masa ustaz ni berkhutbah pada bestfren saya si Mimi ni..tapi disebabkan dia cakap dgn lembut, berdiplomasi dan sepatah2 pekataan..saya rasa boleh capture almost every single word..


" Puan (panggilan utk Mimi)..pernah tak puan dengar yg mencintai itu bukan bermakna kita harus menjadi sempurna...tapi belajar menerima ketidak sempurnaan pasangan kita supaya dia boleh menjadi seorang lelaki yg sempurna..."


itu ayat pertama yg keluar dari mulut dia..yang membuatkan saya berkerut. Mimi macam biasa la...macam takder perasaan. Macam apa yg ustaz tu cakap dia dah penah dengar 1000 kali..


" Masalah suami Puan..dia cuma tidak pandai menyembunyikan rahsia hidup dia..kerana bagi dia mungkin Puan dan suami dah terlalu matang untuk membesar-besarkan perkara yg telah lama berlalu..."


Mimi macam tak puas hati sket dgn statement ustaz ensem nih..


"Ustaz..sebab saya matang la saya masih bersabar dan terus bersabar dengan apa sahaja yg saya jumpa dalam tempoh 4 tahun ni. Bukan saya tak bagitau..saya dah cakap saya tak suka! Dia yg tak matang sebab benarkan masalah yg sama berulang kali. Apa yg dia cuba tunjukkan pada saya dan anak...? Yang dia seorang lelaki yg hebat dulu..pernah kawan dengan ramai perempuan sebelum dia kawin dengan saya...???"


"Bukan Puan..jangan salah sangka..Haaa..tengok Puan dah buat andaian sendiri..Itu sangat bahaya dalam rumahtangga. Maksud saya begini..bagi dia, semua perkara yg lepas tu sudah lama dia tinggalkan. Dia langsung tidak ada perasaan lagi.Kalaupun dia baca email ini semula, dia akan hanya nampak huruf-huruf. Perasaan yg sama dahulu sudah lama dia tinggalkan sejak dia jumpa Puan..email itu hanya kenangan..yg mungkin kerana kelemahan dia sendiri dalam menjaga hak-hak peribadi diri sendiri.."


"Lelaki ni bukan semuanya dilahirkan sebagai seorang yg teliti dalam semua perkara..Itu saya kategorikan kelemahan suami puan. Dan puan kena cuba baiki dengan membimbing dia atau cuba buangkan semua itu dari simpanan dia. Kalau dia boleh terima kelemahan puan..kenapa puan tidak..?


" Suami puan seorang yg bertanggujawab...? sayangkan puan dan anak2..?"

Mimi ngangguk.." Saya rasa laaa..Tapi kalau dia sayangkan org lain tak tau la saya " Mimi terus melaser..hehee..


" Dulu mungkin dia tak bertanggujawab..bukan seorang yg penyayang..bukan seorang yg sesapa..Tapi sebab pengalaman lama yg mungkin dia dapat selepas berkawan dgn perempuan2 lain sebelum ni menjadikan dia suami yg baik sekarang.Jadi dia cuma sayangkan kenangan kerana kenangan itu yg mendewasakan dan mematangkan dirinya..bukan kerana 'perempuan2' itu....."


"Jadi puan seharusnya menerima perkara lampau dia, sebagaimana puan menerima suami puan. Itu semua datang sekali sebagai package..puan tak boleh terima suami sahaja..tapi puan tak belajar menerima suka-duka kehidupan lampau dia..."


" Seorang yg sudah bertaubat dengan benar-benar taubat lebih suci dari seorang yg tidak pernah buat apa yg suami buat dulu. Saya percaya sebelum berkahwin dengan puan dia dah terlebih dahulu bertaubat..dan berjanji dgn diri sendiri untuk fokus pada kehidupan yg baru.."


"Jika kalau dia tidak bertaubat..belum tentu dia mendapat apa yg dia dapat sekarang. Semua kurniaan Tuhan pada dia..ada zuriat sendiri, isteri yg sentiasa prihatin dgn dirinya, kehidupan yg bahagia, kerjaya yg stabil dan macam-macam rezeki Allah (SWT) pada kehidupannya..."


"Jangan sia-siakan kehidupan kita yg singkat ini dengan perkara-perkara negatif. Demi anak dan kehidupan puan yg sememangnya bahagia sebelum ni, puan kena belajar menerima dan memberi dalam rumahtangga "


"Puan balik..solat sunat taubat..solat hajat...sentiasa minta diberikan kebahagian dalam rumahtangga dan minta dijodohkan dengan seorang suami yg benar2 boleh membahagiakan puan dan anak2 supaya di akhirat nanti masih boleh bersama..."


"Ramai yg salah faham sekrang ni..sebelum kawin kononnya solat istiqarah..tak salah...tapi lebih afdal kalau sembahyang hajat, pohon diberikan jodoh yang baik sebab kita tak akan tau siapa jodoh kitaa.


"Bukannya dgn solat istiqarah tu kita boleh nampak jodoh kita..dan belum tentu yg kononnya jodoh kita itu betul2 dijodohkan dengan kita. Kita memang takkan tahu..tak penting pun untuk kita tahu. Lagi baik dengan siapa yg kita suka sekrang, mintak Allah panjangkan rasa suka dan sayang itu sehingga akhir hayat kita.."


"Yg lalu...biarkan berlalu....."


Mimi terdiam..mengakui apa yg dikatakan ustaz itu memang laa betull..dan dia terasa menyesal dengan perasaan negatif sendiri.


Bukan Mimi jer sebenarnya...saya pun tiba2 rasa mcm bersalah sebab tak dapat nasihatkan sesuatu yg positif pada Mimi sebelum dia jumpa ustaz. Saya rasa mcm tak membantu Mimi langsung..menambah lagi ada laaa...*dushhhh dushhh utk diri sendiri*


Sebelum kami balik..banyak juga la ustaz bagi doa dari ayat2 Al-Quran untuk Mimi. Dan tiba2 saya rasa macam berazam tinggi untuk menjadi isteri solehah...boleh..?hehehehe...(selama ni solehah jgk..okeyy)


Banyak pengajaran untuk saya dan semua dari cerita rumahtangga Mimi ni..walau apa pun bagi saya TRUST tu penting. Dan..jangan biarkan masalah, konflik dan tekanan perasaan membelenggu diri. Luahkan apa yg kita tak puas hati supaya kita tak pendam sehingga melibatkan rumahtangga..

"

"

"

"

People make mistakes.. We are allowed to make mistakes.

But the actions we take while in a rage will haunts us forever..

Pause and ponder..and thing before you act..Be patient..Forgive and forget!

If you judge people, you have no time to love them..


Love one and all.....


2 comments:

nurshazura said...

huh...kagum betoi...abbo dah ala-ala pakar motivasi dah......

Maisarah Mohamed Taib said...

Ada gaya jadik Cik Sri Siantan tak...?heeeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...