Monday, December 27, 2010

2011 Vacation.....

HINT???

Vacation kali ini TIDAKKKKKK


...Ke INDON atau kawasan2 yg sewaktu dengannya. Tahun 2010 ni memang banyak kali ke Indon. Sejak bukak bisnes kat Bandung, ramai yg panggil kitaorg 'GBB'. Apakah itu?? Bukan sejenis burger. 'GBB' singkatan bagi 'Geng Bakar Bendera'. Sampai ati korang!


...Ke kawasan beriklim khatulistiwa..wahhh...dah lama tak guna term2 geography. Rasa macam nak bukak buku teks. Ohh..lupa, dulu dapat buku pinjaman. Dah pulang balik.

...Membawa maid sekali...jadik, saya yg akan menjaga 2 orang anak2 kecil itu. Saya sendiri. Diulangi. Saya, ibu mithali ni yg menjaga sendiri tanpa bawak maid. Sang suami pula akan bertindak sebagai tukang bawa beg botol susu & cameraman. Tak di lupakan, tukang tengok map, tukang belanja makan dan tukang apa2 yg mengeluarkan duit. (Sayang...jangan pandang-pandang........)


Itu jer hint yg dibenarkan oleh lembaga penapisan. Dengan alasan, nak bagi surprise. Memang kedengaran agak poyo. Saya yg mendengar pun rasa nak hempuk diri sendiri sebab poyo gile. Konon bajet ramai yg excited tertunggu-tunggu nak tau. Mungkin ada yg tak boleh tido malam. Ngetik-ngetik jer jiwa raga sebab tak sabar nak tau. Atau mungkin ada yang sanggup tunggu status-status saya di FB. Mungkinkah..???


Okey..okeyy...saya dah hempuk diri sendiri.


Tugas saya...??...Sudah tentu kena bekerjasama dengan Pokcik Google untuk buat itinerary, survey makan, survey hotel, survey tempat2 menarik termasuk tempat shopping yg heaven. Yang paling penting & menjadi keutamaan adalah....



GOOGLE 'dress mode', fashion and appearance untuk ke tempat kejadian...




Suka. Nampak muda remaja. Sesuai la dengan kitaorg yg masih belasan tahun ni
(sapa tau...kalau nak buat senyum kambing guna symbol apa ek....?
:8] ni mcm senyum badak sumbu jer...boleh la tuu)


Yg ni pun kan. Tapi mana pulak nak cari boot macam tu. Arwah Tok punya masa bawak pergi kebun durian dulu ada lagi ker tak ek...


Mabeles la makcik ni. Kalau saya pakai camni, adakah akan semarbeles dia..??? Tolong jawab dengan tidak jujur langsung.

Suka long winter jacket macam ni. Black ke Brown...emphhh..Kalau black boleh matching ngan boot kebun hitam getah tu. Nanti balik kampung nak cari. Jangan ada katak atau apa2 binatang lembik dlm boot tu sudah...


Percayalah...dulu sebelum kena sumpah jadik gemuk, kitaorg memang sebijik macam Tom Cruise ngan Katie Holmes ni...tolongla pecaya!


Dressing untuk anak2 pun kena survey....Jadik, kita amik Suri Cruise sebagai rujukan. Masa ngandungkan Yaya dulu, suka sangat tengok si Suri ni. Ajaibnya, Yaya tak ikut macam Suri pun. Tapi saya pulak makin lama makin macam Katie Holmes. Camno..

Buat rambut kusut masai camni pon nampak lawa. Kalau aku, mesti mcm orang baru abes pantang yg meroyan. Takpun, antu Mak Limah.


Gile comei dowhh...(Dowh ni singkatan untuk bodoh ker..??Bahasa nowadays...ishhh)


Sooooooooo adorable. Nak Kak Long rambut panjang mengurai macam nie...


Nak bagi Yaya rambut mcm ni...kena hantar dia gi Yun Nam Hair Care la kot. Rambut dia sikit dan jarang.


Iskkk..suka beno ngan 2 beranak nie. 'Suka beno' means 'Really admire'. Sajer translate. Kot-kot Katie Holmes google dan tak paham cakap PERAK.


Suka...tapie nak warna merah. Ada sesapa nak sponsor?? Terangkat tangan sendiri plak.

Osh Kosh.
Kak Long ada, tapi stripes. Yaya punya warna merah.
Nampak sangat superstar Hollywood pon shopping kat Bandung..ngeh..ngehh



Tak sabarnyer nak 19 January............



Okey. Banyak dah bagi hint. Kalau tak dapat jugak, pergi baca doa penerang hati...



Sebagai penutup, terimalah gambar saya, encik kesayangan dan Kak Long masa ke Beijing 2008. Kenapa laa saya tak vogue langsung & kelihatan seperti student yg kawin masa tengah belajar di overseas???







Till then, daaaaaaaaaaa!!

Tuesday, December 21, 2010

As Busy As a Bee...

Kalau anda ada hati nak ngorat awek Perak yg memang terbukti cantik-cantik belaka.. (Sample cantik? Sila lihat gambarajah penulis blog ini)

muntah jer...jangan malu-malu

Diulangi. Kalau ada hati nak ngorat aweks Perak, anda boleh belatih baca entry ni dengan penuh perasaan. Dijamin, lidah anda takkan kelu mengkudu bila sembang2 kosong dgn bakal metua yg pekat cakap Perak mcm Pah Bedah.

Sebelum tu, pegi warming-up dulu. Bukan korang laa. Lidah tu kasi warming-up...

Ok, sekarang, boleh mula...

Ater, sebok bebenor skarang nie...
Banyak benor keroje..
Uihhh..pening teman!Pening!!
Bile ler gamaknye teman boleh duduk ngangkang jer kat romah..
Tak lalu dah terkejor sana...terkejor sini..ngalahkan orang besor-besor
Orang keroje gomen pon idak sebok ruper ni.
Idak dah teman lalu wehhhh
Belog ni pon idak ngombeng..
terbiyor jer...
banyak nak ceghiter..nak ngater pon banyak jugak..
Nanti ler..Insyaallah..taun depan teman ada banyak pelan dengan belog ni
Idak...teman idak beda'ah..teman cakap yang benor.
Kome tunggu ajer ler..eceh...loghat beno bunyinyer...

Ha...macam mana?? Paham..?? Nasib korang la kalau tak paham..Malas nak translate!

Apa pon, saya agak bz lately. Mungkin takde masa nak update. Tapi Insyaallah, tahun depan blog ni akan bertukar ke wajah baru...Gaya citer macam korang kesah jer kan...Korang kesah tak..??Ala..kesah laa..kesah laaa...*aksi gedik melampau*

Tuesday, December 14, 2010

Quality Time with My Kids

Bila kami selalu dating berdua.
Tengok movie berdua.

Pergi ke function atau kenduri kawen berdua.

Bershopping berdua....
Dan, tinggalkan anak-anak dengan maid di rumah bertiga.
Itu bukan bermakna kami tak sayang anak-anak yerr..!!!

It just that...
We want to spend only the
QUALITY TIME with our kids..
Biar bukan selalu, tapi masa yg kami abiskan bersama sangat berkualiti.


Through our observation.
Sesetengah parents ni macam takde sivik.

Shopping complex crowded pun heret anak kecik.
Sudahnya, pukul budak2 depan orang bila degil berlari siti-situ-sana-sini.
Pekik, jerit, tengking usah cerita laaa..
Dah macam tarzan malaya pakai keris.
Itu belum masuk bab anak2 hilang. Shopping ngalahkan Paris Hilton sampai anak hilang, 2 jam kemudian baru perasan.
Bila dengar annoucement, siap boleh tanya "Itu bukan anak kita kan bang..."
Lepas tu claim diri sendiri 'ibu contoh'...apakah??

Bagi sesetengah yg berfikiran Melayu Kuno Kurun ke-18, kalau ada maid tu kira seorang ibu yg loser laa.
Tak layak dinyanyikan lagu Ibu...Ibu...macam dlm iklan susu Nespray.

Tak layak dapat anugerah tokoh ibu mithali, tokoh ibu tarzan atau tokoh ibu berimej bersih sebab tak pernah tengking maid (sebab memang takde maid)
Atau, memang tak layak dipanggil ibu pon...mungkin lagi sesuai dipanggil Bubu atau Bobo (mcm nama kucing gemok sebelah rumah)

KPI maid kami hanya jaga anak2 bila kami takde di rumah.

(Tingat KPI jer lantas muka boss menari-nari depan mata....syuhhh..syuhhh)
Selebihnya, memang tugas kami. Kami akan tinggalkan dengan maid bila tempat & keadaan yg tak sesuai untuk anak-anak.

Kalau shopping lama, tak sampai hati tinggalkan anak kat rumah, kami tinggalkan di play school macam yg ada di Startz Garden SOGO & Mega Kidz Mid Valley.
Bukan masa jer berkualiti, tempat pun berkualiti.
Terjamin keselamatan anak-anak.

STARZ GARDEN, SOGO









MEGA KIDZ, MID VALLEY









ATAU..HOME SCHOOL





Tiap parents mesti nak yg terbaik untuk anak2, macam tu jugak dengan kami.

Kami akan sentiasa belajar jadi Quality Parents, from time to time. Insyaallah..

Ok, till then.Daaaaaaaa

Sunday, December 12, 2010

Masalah sejak tadika & MAHA 2010

Saya ada masalah yg sama setiap tahun.
Bila nak masuk tahun baru, sibuk nak bagi azam baru macam org2 lain.
Antara azam yg paling berazam nak buat ialah...buang tabiat suka melengahkan kerja.
Ya...memang keji.Saya tau. Tak payah nak ngeleng-ngeleng kepala macam drama Melayu. Tapi rasanya ini ada kaitan dengan genetik. Ayah saya pun ada masalah yg sama sebelum pencen dulu. Hehee.

Bukan kerja jer, bila berblogging pun sama. Suka melengah untuk post entry terbaru.
Sudahnya, cerita jadik basi.
Dah tak hot!
Dah tak berita terkini hiburan sensasi..
Walaupun sedar, siapa sangat pon nak tau cerita terkini saya, kan?
Sila jangan jawab 'Tau, takper!' dalam hati yer. Pls don't! It's hurt.....

Contohnya, macam entry yg ni.
2 minggu lepas, 3 kali kami ke MAHA.
Saya ulang, 3 kali yer puan-puan. Betapa MAHA taksubnya kami dengan Ekspo MAHA 2010 ni.
Minggu lepas pulak, saya dengan kawan2 office berjaya memboloskan diri ke KLIMS 2010.
(Penting utk meletakkan tahun 2010 .Untuk mengingatkan saya ekspo akan datang, saya bukan lagi gadis 20-an yg anda kenali. Huhu..)

Kan lagi bagus, lagi berguna & lagi informative kalau saya post pasal MAHA 2010 ni pada minggu MAHA ni berlangsung?
Kalau ada yg google - 'what is MAHA ekcelli?'
Boleh juga blog ni berkhidmat untuk bangsa dan negara.
Berguna untuk orang-orang yg nak beli kambing, lembu dan binatang2 yg seangkatan dengannya.
Haihhhh!
Tapi takper. Saya post jugak. Sebab 3 kali pergi. Perasaan excited tu masih ada.
Layannnn....


Amaran : Anak2 saya pecinta wanita binatang. Jadi, kebanyakan gambar memang dengan binatang ternakan. Tak elok untuk tatapan ibu-ibu mengandung.


Kaji MAP macam nak jelajah Europe. 10 markah untuk gaya!

MAHA Information Kiosk.

Di ladang ternakan. Ok, tak baek tipu. Poster ladang ternakan jer belakang tu.

Kibas. Binatang ni memang tak seglamer kambing atau lembu. Sangat low profile.

Bayar RM3, boleh bagi arnab makan, main2 dengan arnab...sampai diaorg boring tengok muka korang...kewl ek?

Kak Long berani betul..Ni mesti ikut darah pendekar Mama..egegegee

Biri-biri yg eksen. Macam lawa!


Yg belakang tu sebenarnya spesis gamat. Walaupun tak berapa nampak, encik kesayangan suruh jugak masuk gambar ni. Sebab katanya muka nampak suci dan glowing. Berkat dari makan gamat tetiap hari kot :p




Jalan-jalan di rumah negeri. Yg belakang tu bukan hantu sundal bolong yer puan-puan. Itu adalah org-org yg digunakan di sawah padi utk menakutkan burung. Tapi rasanya, burung2 sekarang pun dah terer. Baik pakai yg ada kat highway tu, kan!

Lagi cantekkk kalau bergambar kat Sarawak betul-betul.
(Ini adalah sejenis ayat hint yer :p )

Background : Sawah padi (Ker, tasik? Dah tak ingat)



Nak suggest try otak-otak dengan sata ni pon, MAHA dah abes. Tapi memang sodap! Marbeles. Nama gerai - Aziz Satar dari Terengganu. Pak Ajes punya kot.

Apa motif gamba pon tak diketahui. Konon nak nampak mcm kat sawah padi guna poster sebagai backdrop. Tapi tak real. Pegi sawah bawak handbag??


Ini lagi tak real. Nampak mcm pesawah tu meraba pungg**g encik kesayangan. Awwww...sexy

First time tengok buah kelapa sawit. Rasa nak bawak balik tanam kat rumah.

Idea untuk wedding decoration.



Rasa nak gigit jer. Bukan buah kat belakang, tapi budak kecik kat depan tu..

Yang ni pun. Slrrrpppp!


Kalau korang terlepas MAHA 2010, boleh pergi MAHA 2012.
2 tahun lagi...adakah kami akan pergi berlima pulak????
Insyaallah... (Sila letak tangan di telinga dan menyayi macam Maher Zain...)

Untuk mengabeskan entry, tak sah kalau tak masukkan gambar pasangan sehati berdiet ni :)



Till then, daaaaaaaa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...