Monday, April 12, 2010

Villa Mylan dalam kenangan...

Alhamdulillah, banyak issue dan hal2 berkaitan jual-beli rumah dah settle last week.Agak senang hati sket, especially untuk Mr. Beloved. Sekarang tgl proses lawyer dan seterusnya.. renovation.

Dan ini bermakna...homesweethome kami sekarang Villa MyLan dah ada tuan yg baru, walaupun bukan secara rasmi lagi. Huhh..of course sedih walaupun sgt excited nak pindah rumah baru. Banyak kenangan manis, suka dan duka kami sekeluarga di dalam rumah yg kami duduki sejak bergelar 'suami isteri' ni.


4 tahun lepas..bulan 3, 2006..Dalam bz buat wedding preparation, Mr. Beloved sempat survey rumah utk dibeli. Dah memang niat katanya, bila dah ada calon isteri..dan ketetapan hati utk kawin, dia akan hadiahkan sebuah rumah tanda bersyukur dianugerahkan isteri untuk sehidup semati..wahh wahhh..hadiahkan rumah yg bertangga..simbolik kan..



Survey punya survey, saya agak berkenan dgn rumah ni pada masa tu..sgt strategik sebab berhadapan dgn playground and recreational area. Senang nak jogging kononnya, and bila ada anak2 nanti boleh bawak main playground depan rumah. Saya dan Mr. Beloved punya family yg agak besar..jadik parking area pun tak ada masalah sebab rumah kami bukan berhadapan rumah jiran.

Homesweethome ni kami namakan Villa MyLan.Walaupun ada yg kata rumah dpn junction tak elok kalau ikut Feng Shui Cina, Alhamdulillah..rezeki sentiasa ada dari Allah SWT. Yg paling penting, di rumah inilah kami mulakan kehidupan kami..dari suami isteri, kepada mama and papa kepada dua org puteri.



Kenangan paling istimewa..bila Villa Mylan masuk dalam majalah 'Anjung Seri'. Walaupun bukan muka depan, tapi bagi saya cukup membanggakan. Hal2 interior deco, memang Mr. Beloved serahkan bulat2 pada saya. Dari bab langsir, cat sehinggalah perabot2 rumah. Kami banyak berbincang..and bila sama2 setuju baru decide untuk beli sesuatu barang.

Dan sekarang, bulan yg sama, March 2010..kami akan serahkan rumah kesayangan kami ini pada 'owner' yg baru. Young couple, sama mcm kami waktu mula2 nak beli rumah ni. Insyaallah, org tua2 kata, rumah ni 'sejuk'. Iya la kottt..sebab kami pasang air-cond..teheee..

Rezeki 'owner' baru Villa MyLan ni..kami jual sekali dgn perabot. Fully furnished. Masuk tak yah nak fikir beli perabot baru. Semua dah tersedia..

Genap 4 tahun kami memiliki Villa MyLan..sama dgn usia perkahwinan kami..doakan segala yg terbaik di rumah baru kami nanti. Nama tak ada lagi...panggil 'rumah baru' aje la dlu..


Villa MyLan dalam kenangan......muahhhhhhh...We'll Miss U..

1 comment:

angkasa said...

waah cantik.
nanti tunjuk rumah baru pulak
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...