Monday, June 14, 2010

Universal Studios Singapore - Part 2

Trip to Universal Studios Singapore....

cont'd from Part One
Reminder : This entry will have lots and lots of pics..jgn termuntah pulokk...

Sampai jer diUniversal Studios...objek petama yg korang akan nampak adalah....


Globe Universal Studios
yg berasap-asap...trademark Universal Studio

Jadik apa lagik kan..Aktiviti beposing sakan tak hengat pun bermula. Tapi masa ni Indian tourist tgh ramai. Baru turun dari mana ntah. Kitaorg pun bergambar ke depan sket. Tak nampak plak ada pokok pinang sebatang kat situ..Habis semua gambar termasuk skali dengan batang pokok..caitts...



Tgk gambarajah belakang tu..elok jer diaorg begambar ala-ala tangga. Yg sebelah tu pulak pokok pinang sebatang yg interframe di setiap gambar...menci!!

Dekat depan pintu masuk, kena scan ticket. As for us yg dah siap-siap beli online, serahkan the printed ticket with the barcode kepada pekerja2 yg pakai baju merah ni..


Masuk-masuk jer, pekara petama yg kitaorg buat...menyewa stroller di Beverly Hills Garage. Lepas buat research sesikit, stroller ni adalah sgt perlu. US ni besar..my kids sure tak larat nak jalan kan...


Stroller dekat US ni ada 2 jenis ..Satu jenis mcm papan gelongsor utk 1 seater & satu lg mcm gambar kat bawah utk 2 seater. We prefer double seater mcm ni..sesuai utk 2 beradik tu bergosip dan besukaria bersama2. Yg tak bestnya, double stroller ni tak boleh recline, so stroller yg dibawak dr rumah digunakan sekiranya my kids nak tidor atau baring2 minum susu dan untuk letak segala bag susu & brg2 lain.

Rental fee for stroller :
S$10 for single stroller (RM 24) S$15 for double stroller (RM35)




Dan lepas sewa stroller, kitaorg terus menuju ke booth jual air. Cuaca sgt-sgt panas...Rasa nak masuk jer dlm peti aiskrim ni.


Kepala dinosour ni bukan toys tau...ni sebenarnya botol coke . Selain comei dgn gigi yg tajam2, korang jgk boleh refill coke di mana2 dlm US dgn harga hanya S$2 sahaja. Dan yg best, botol ni disertakan dgn lanyard 'Jurassic Park Universal Studios' utk gantung botol ni dimana2..Kewl eh..Boleh pakai kat office utk gantung work pass..

*inchik suami kata gigi saya mcm dinasour nih..adeke patut..??*

Our first destination is....

Hollywood Street.
Step onto Hollywood Boulevard framed by dynamic architecture, palm trees and the famous Walk of Fame, you will feel as if you have landed in the center of the entertainment universe (http://www.rwsentosa.com)


Actually, masuk2 jer memang akan jumpa Hollywood Street dulu. Sooo many attractions , banyak celebrity lookalikes & 'mascot' cartoon berjalan2 kat sini. Kalau masuk time org tak ramai, mungkin tak perlu beratur untuk begambar dgn mascot ni. Tapi kalau weekends, memang ramai. Jadik, hanya terhad untuk bergambar 2 kali sahaja. Di sini kami cuma bergambar, tak masuk langsung kedai2 merchandise. Skip, and straight away to Madagascar.

Madagascar
Based on the hit DreamWorks Animation Film, Madagascar, this zone brings you to a dense tropical jungle, filled with strange and wonderful animals like lemurs and foosas (http://www.rwsentosa.com)



We love to watch Madagascar...especially my kids. Siap boleh hafal lagu.

Bila papa diaorg nyanyi "We like to...."
Dua budak kecik tu akan sambut ..."Mo-Bit.."(move-it)..

Bila sampai jer Madagascar ni, my kids menjerit-jerit tak tentu hala. Sonok sangat tengok live kartun2 tu. Selama ni tgk movie jer..

- Madagascar A Crate Adventure (coming soon) -

-King Julien's Beach Party-Go-Round-

Madagascar only have 2 attraction - A Crate Adventure(coming mid 2010) and King Julien's Beach Party-Go-Round (spins round and round to the beat of high-energy dance music in crazy carousel).

Yg menariknya, korang boleh pilih nak naik Alex the Lion, Marty the Zebra, Gloria the Hippo atau Melman the Giraffe...Bukan terhad pada budak2 jer...ibu2 bapak2 pon boleh join kalau teringin. Sekejap jer pusingnya, ada la dalam 5 minit. Beratur tunggu turn lagi lama.

Ok, kita tglkan Madagascar...The next stop is.......

Far Far Away
Movie stars, talking donkeys. The land of Far Far Away showcases lifestyles of the rich and fairy tale. See how successful fantasy characters live within tall, graceful walls sweeping over a pavilion-covered courtyard (http://www.rwsentosa.com)

-Welcome to Far Far Away -

Far Far Away Castle..Princess Fiona's Home.

Unfortunately, tak dapat pon jumpa Shrek, Princess Fiona, Donkey atau Puss In Boots. Sian anak2ku..And actually, dlm castle ni jugak ada Shrek 4-D Adventure (original 3D film, complete with jumps, bumps, bounces, air blasts and water spray that bring the action to life for each guests-with an extra dimension of special effects through the miracle of OgreVision glasses)


-Singgah rumah Shrek's Swamp.Tapi dia takder..gi sembahyang Zohor kot -

- My kid's favorite...Shrek -

-Jamban Toilet Shrek..haha..jgn terkejut..masa korang panjat tangga nak ke jamban toilet dia nih..dengar bunyi kentut dia. Pastu siap cakap 'Leave me alone!!!' -

Donkey Live - interactive live show experience. Kat dalam tak boleh ambil gambar..luar ni jer yg boleh. Guests diminta men'sporting'kan diri nyanyi sama2 ngan Donkey. Mr.Hubby dipilih dari ramai2 guests utk borak2 ngan Donkey. Donkey ni siap buli suruh baca pledge..hahaha..Kriteria pemilihan...sebab Mr.Hubby ada mcm bau Shrek..hahaha..kureng betoi..Overall, agak boring utk budak2 sebab Donkey ni byk sgt cakap..

Encharted Airways - Family Roller Coaster..Budak2 bawah 92cm tak boleh naik. Tak sesuai utk Kak Long..apatah lagi utk Yaya. Jadik, kitaorg jer yg naik. Jerit tak hingat..seram masa nak turun. Mcm dah nak terjunan dlm tasik...

-Ini adalah set di mana King Harold, ayah Princess Fiona mati setelah disumpah jadik katak dlm Shrek The Third. Masa ni lagu Live or Let Die (Paul McCartney) -


Lepas penat berjalan (walaupun baru separuh..dan bayak lagi tempat lain tak cover), haruslah mengisi perut..its LUNCH time!!! Ada 3 restaurants at Far Far Away..Kami pilih Goldilocks..(with Halal logo)
Our menu : Thai Spicy Fried Chicken, Mash Potato, Criss Cut Fries, Corn on Corb, Fried bun, etc..and of coz, home-made fish porridge for the kids.

Disebabkan cuaca yg sgt2 panas, peluh jantan pon mencurah-curah. Muka masing2 pun beminyak sampai boleh goreng kopok. Jadiknya, lepas sembahyang, haruslah mandi, tukar baju bagai. Memang kami prepare everything in one bag..especially for my kids. Itu la guna stroller utk bawak beg baju, beg susu..dan tidak dilupakan..beg shopping nanti :)



Ok..kita stop dulu utk Part 2, bersambung di Part 3 nanti...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...