Thursday, September 30, 2010

Gudbye Villa Mylan! We'll miss you...

Blog ni sgt tak konsisten. Update satu....pastu seminggu terbiar. Patutla tak banyak visitor..huhu
Buzy yg teramat lately....mana nak pindah rumah lagik, nak monitor renovation kat umah baru lagik, dgn open house lagik *wajib*. Tiap weekend ada jer agenda bersama rakyat.

Yaaaa...mcm yg kebanyakan memember fb dah tau, kami sekeluarga dah pindah ke penempatan sementara. Dekat jer dgn umah baru. Senang nak jenguk selalu. Tapi masalah paling besar...streamyx takde. Broadband Celcom pon hampeh tahap satria gaban. Rasanya kalau race dengan ciput babs...ciput babs boleh menang tanpa bertanding!! Stress gue!

Kami pindah Jumaat lepas, 24 Sept. Ingat tak entry ni. Sepatutnya, kalau ikut schedule asal kami pindah bulan May-July. Tapi sebab ada beberapa...bkn beberapa...byk sebenarnya masalah2 lain, kami postponed to September. To be precise, lepas Aidilfitri.

*pindah malam..1:30 pagi baru settle angkat2 brg*

Sebak sangat masa nak kemas2 brg. Tak tau la org lain, tapi me and my laling sgt2 emotional bab nak berpindah ke tempat baru. Mcm yg saya cerita sebelum ni, Villa Mylan banyak simpan kenangan suka duka kami sekeluarga. Lepas kawin terus tgl sini. Inai merah lagi di jari, kitaorg dah cabut2 rumput depan halaman, bersihkan rumah, angkat2 barang. Kemudian, dari seorang anak, ke-2 org anak. Saat kami happy, sedih dan semua rahsia2 kami share dalam rumah.

Insyaallah, kalau kami dah kaya & mampu beli rumah mcm beli basikal, Villa Mylan ni akan kami beli semula. Mungkin jadikan rumah persinggahan tempat family berkumpul bila turun KL. Ataupun, jadik rumah khas untuk Kak Long atau Yaya kumpul semua toys dan main sesuka hati. Atau mungkin...jadikan premis beberapa bisnes yg tgh difikirkan ni. Semua ni..KALAU kami kaya....Insyaallah...Aminnnnn. Doakan yer..

Gambar keadaan bila Villa MyLan dah kosong. Sepi.




We'll miss you Villa Mylan...We love u sooooo much!!!
Kak Long banyak kali tanya.."Mama, mana rumah kita?" "Mama...kenapa kita tak balik rumah kita?" Yg paling sedih "Mama..kenapa pakcik tu duduk kat rumah kita?"
uhuuuu...anakku..itu bukan lagi rumah kita. Insyaallah, 3 bulan lagi kita akan pindah rumah kita yg sebenarnya.*Sedihhh*

*kenangan terakhir dgn Villa MyLan...abaikan kotak2 blakang tu & baju my laling yg mcm belon*


Till then, daaaaaaaaaaaaaaaa.....

Tuesday, September 21, 2010

My Secret Revealed....!!



SSSSSssssssshhhhhhhhhhhhhhhh....

meh dekat2 sket...nak share satu SECRET nihhh...


Dalam facebook, ramai juga kawan2 lama hantar personal message & email, tanya..

"Ko pakai apa ek..? Muka ko nampak lain la skarang."


Rahsianya...?

Cuma tepek MAKEUP terlebey sudah kat muka jer...

Dulu, masa zaman student...takde masa la nak sental2 makeup. Sempat pakai bedak pun dah kira baik. Tak kosa rasanya nak abeskan masa berjam2 duk depan cermin membedek tiap inci muka.

Pergi & balik dari kelas pulak berjalan meredah panas terik. Kalau pakai makeup pun gerenti cair. Pastu mula la bedak jadik bermisai jer...pastu bertompok2.. (ok..saya pakai bedak murah..Kata zaman student kan..)

Sekarang ni, bila dah pegang income sendiri, dah ada suami & kena berhias slalu (konon) baru nak berjinak2 dgn dunia makeup. Itupun, basic makeup set sahaja. Dengan hanya menggunakan Makeup base, Oil-Free Compact Foundation, Pressed Powder, Concealer, Blusher, Eye Liner, Mascara & Lipgloss...boleh mengubah muka anda dari pucat & kusam macam ni.......

selalunya kalau gambar 'BEFORE', kena buat muka seposen camnih utk efek yg lebih ganas..(mcm hantu?dah tu, jgn nak kutuk lebih2 ek..)


Boleh berubah menjadik seperti ini yer puan-puan....

Gambar 'AFTER' selalunya kena senyum ayu2 gadis kampong sket...

dan....satu lagi rahsia....

Kalau nak kesan yg lebih mengancam, korang boleh dapatkan bantuan Photoshop untuk hilangkan eyebag degil dan dark circle under eyes, yg tak boleh ditutup dgn concealer...

BEFORE edit

Dengan bantuan 'Photoshop'....

AFTER edit. Berjaya remove 'eyebag' sepenuhnya..
Terima kasih Tummytrim 'Photoshop'



Itu la sebab artis-artis nampak cun gile melecun dalam magazine. Bukan sahaja sebab guna makeup artist yg pro, gambar diaorg jugak melalui proses editing di setiap inci muka. Itu belum masuk yg pakai botox, cucuk vitamin C, susuk, plastic surgery,etc2. Kesimpulannya...korang pun boleh cun gile melecun mcm artis2 tu kalau korang nak. Cuma jangan berlebihan. Karang kena panggil 'Akak Mekap' pulak kat office..


Ok...korang dah tau rahsia saya...shhhhhhhhhhhh...

Till then, daaaaaaaaaaaaaaa :)

Tuesday, September 07, 2010

Aidilfitri 1431H Checklist

Our theme for Syawal 1431H is combination of .....

PURPLE + PINK + MAROON

*pic googled*

Tahun ni..kami try MIX and MATCH concept. Macam tak suka nak sedondon-sedondeng ni. Penat tau nak carik merata warna sesama.

1) BAJU KURUNG & BAJU MELAYU
checked!
As for me and my laling, we choose PURPLE. Untuk 1st Baju Kurung Kak Long and Yaya..warna MAROON. 2nd Baju Kurung warna PURPLE bunga kecek-kecek..Ala2 gadis kampung gitew..



2) KASUT RAYA checked!
Kasut my laling beli dekat Bandung 2 minggu lepas. Saya pulak, beli masa SALE di Sunway Pyramid 2 bulan lepas..wahhhh..budget buat early preparation la kunon. Sudahnya, terbekenan yg lain pulak masa edisi shopping RAYA yg berikutnya. Rasanya, kalau Raya postpone bulan depan, ada yg buat collection sampai sepuloh pasang kasut nih..iskk..al-nafsu al-syaiton!





Kasut anakku beli dekat Nike Boutique and Royal Sporting House, Mid Valley. Memang mahal ngalahkan kasut omaknya..tapi sebab kasut Nike & Adidas tahun lepas dah hancur koyak-rabak..jadik utk nyedapkan hati, beli mahal sket pun berbaloi-baloi.


3) DUIT RAYA checked!
My Laling dah awal2 gi tukar. Yg bestnya, kali ni tak payah susah2 gi beratur dkt Bank. Personal Assistant tolong tukarkan. Senang dan cepat! Tahun ni pun tak buat open house (homesweethome under renovation), so tak payah nak tukar duit byk2. Cukup utk family & friends (anak diaorg).


4) KUIH RAYA checked!
Seperti biasa, ni mmg tugas2 khas saya. Masa tempah, kena pastikan 3 bekas utk jenis yg sama. Sebekas utk rumah mak Ipoh, mak SP and rumah sendiri. Saya kena prepare cookies buatan sendiri dan Kek Batik. Plan nak buat Rabu malam, lepas berbuka. Insyaallah la,kalau larat...huhuh


5) SAMPUL RAYA checked!
Company dah tolong sumbangkan sampul raya yg santek-santek. Tapi mcm tak puas ati...so saya beli sampul Mickey Mouse yg comei2 utk bagi pada kanak2 ribena nanti. Lebih attractive..budak2 mana suka gambar2 kereta ni kan ;)


6) MAKE-UP SET
checked!
Last Raya, saya try pakai MAC. Tapi tahun ni, lepas semua stock dah abis, saya try Bobbi Brown. So far...saya sgt berpuas hati.


Saya juga beli set brush MAC, OPERA sunblock, blusher & lip gloss TheFaceShop. Dgn harapan cantek gila beseri di pagi raya..walaupun kecantikan palsu yer puan-puan...



7) TUDUNG RAYA checked!
Selaku peminat setia, saya masih setia dgn tudung bawal..walaupun dah bermcm2 pesyen ada di pasaran sekarang ni. Ada jugak try tudung jenis melekap ke kepala ala-ala Yuna tu..huhuhu...sgt men'joreng'kan mukaku. Dah mcm telor rebus rupa saya. Memang dah ditakdirkan pakai tudung bawal jer kot. Anyway, ni pun bknnya bawal biasa. Saya beli di Bandung 2 minggu lepas. Sulamnya sgt detail dan cantek dan di merata2 tempat di kepala. Cuma tak berapa berkenan dgn material bawal ni...sgt lembut. Bisa memenyekkan owning depan tu nanti.

Tudung utk mak & bibik pon dah beli..



8) BAJU SOSIAL UTK ANAK2 BESUKARIA checked!
Bukak bisnes branded baby kidswear, membuatkan anak2 saya tak pernah beli baju2 sosial mcm ni di shopping complex. Kebanyakan ambil terus dari butik, mana2 yg saya berkenan. Itu sebab saya bukak bisnes ni pon...sebab sgt gile meroyan bila tgk baju budak2. Awal2 lagi saya dah prepare beberapa helai gown, jeans & shirt utk Kak Long & Yaya.

Untuk anak2 sedara pun ambil dari butik jer. Senang. Tak payah nak bawak anak2 besesak2 di shopping complex, pastu mana nak try baju..nak pegang diaorg lagi. Iskkk...ngeri!



9) KASUT ANAK2 UNTUK DIPAKAI DGN BAJU KURUNG unchecked!
Ni jer tak beli lagi. Takper, shopping last minute dkt kampung nanti. Kaki Kak Long dah panjang..kalau tak boleh recycle tahun lepas punya kasut comei bereben.


10) BARANG YG TAKDE PUN BOLEH JER BERAYA, TAPI NGADA2 NAK JUGAK
checked!


Set penjagaan tumit & kuku kaki Schol

Kalau sesapa yg pakai kasut sexy-mexy, haruslah beli ni. HARD SKIN tu mcm kertas pasir, tapi version terpuji sket la. Bagi saya brg ni PERLU ada utk sesapa yg ada masalah tumit kaki merekah. Nampak hudoh sungguh bila berjalan dgn kaki merekah2 nih.

Bagi yg bermasalah kuku kaki wana kuning atau penuh daki di celah kuku boleh try DISCOLOURED TOE NAIL from Schol. Muka, baju, maku-up lawa dah...tapi tgk kuku kaki pengsan!!! Jgn sampai bakal mak metua reject tgk kaki bercekam & nampak pengotoq..eeieewww


Greta Croc Stamped Eco-Leather Clutch by Guess
Gambar sandal comel bereben blakang tu cuma hiasan. Dek kerana nafsu, saya TERbeli sandal ni utk tujuan sesajer menambah koleksi. Saya perlukan satu clutch yg agak boleh muat wallet & handphone, dan boleh dijadikan sling-bag. Suker...sukerrr..aiii, tak sabo plak nak raya..

Saya rasa ada beberapa barang lagi yg saya akan TERbeli selagi Penyimpan Mohor Besar Raja2 belum buat annoucement Raya..huhuhu...antaranya Kerongsang Traditional Kebaya (3 berangkai)dah survey dkt PKNS harga RM90 (mak aihh...harga sepasang baju kurung tu). Mungkin nak survey kat Ipoh jer..murah sket kot.


Okeyla, sebelum mengakhiri entry ni...terimala gambar budak2 cinonet ni yg tengah raptai sembahyang raya dgn telekung baru..Insyaallah, akan masuk ke butik saya bulan depan (based on demand)..iklan jap..hehee

*Kak Long & Yaya*

Till then, daaaaaaaaa

Friday, September 03, 2010

Baby- Branded-Boutique - Branded Kidswear for Aidilfitri

Alohaaa Mommys.....

Sama seperti tahun-tahun yg lepas, Baby-Branded-Boutique ada menjual Branded Kidswear for Aidilfitri. Baju branded yg comei-comei, pastinya untuk anak2 korang yg comei-comei dari new born - 6 yrs..

Shirt ESPRIT - Dark Stripe (H001)


Size : 9 (1 unit) SOLD! & 4 (1 unit) SOLD!
Price : RM 18


Shirt ESPRIT - White Stripe (H002)

Size : 3T (1 unit) SOLD!
Price : RM 18

Shirt DISNEY MICKEY (H003)

Size : 6 (1 unit) SOLD!
Price : RM 18

Feminine OSH KOSH gown (H004)

Size : 3 (1 unit) SOLD!
Price : RM 20


Romper EMILY ROSE (H005)

Size : new born (1 unit) SOLD!
Price : RM 20


CARTER'S Cute Gown (S001)

Size : 1 yr (1 unit)
Price : RM 35

POLO White Shirt (S002)


Size : XL (1 unit) SOLD!
Price : RM 35

GUESS Shirt & Jean (S003)


Size : 1yr (1 unit) & 2 yrs (1 unit)
Price : RM 50



DISNEY PRINCESS with Jeans - Pinky (C001)


Size : 4 yr (2 units)
Price : RM 33


STRAWBERRY SHORTCAKE with Jeans - Stripe (C002)


Size : 3T (2 units)
Price : RM 33


STRAWBERRY SHORTCAKE with Jeans - Pink (C003)


Size : 2T (1 unit)
Price : RM 33



STRAWBERRY SHORTCAKE with Jeans - Red (C004)

Size : 2T (1 unit) & 4T (1 unit)
Price : RM 33



DISNEY PRINCESS with Jeans - Red (C005)

Size : 4T (1 unit)
Price : RM 33


ATHEA KIDS - Flora Gown - Pink (C006)


Size : 2T (1 unit) SOLD!
Price : RM 29


ATHEA KIDS - Flora Gown - Green (C006)

Size : 4T (1 unit) SOLD!
Price : RM 29

Okey, seperti biasa...kalau ada yg nak order sila email ke mysara@myself.com..

Wednesday, September 01, 2010

Kaftan for Raya

Hi All...


Aidilfitri Menjelang Tibaaaa....

Alhamdulillah, my ONLINE and OFFLINE biz dibuka semula untuk jualan Aidilfitri. Mcm tahun lepas jgk, tahun ni Baby-Branded-Boutique menyediakan Branded Kidswear utk anak-anak beraya dgn comeinya. Dan korang pun mesti kembang idung bangga bila org duk jeling cap baju anak2 korang kan...Guess, Oshkosh, POLO, Carter's dan macam-macam lagi..

Tapi, jualan hanya akan dibuka BESOK (2 September 2010).
Kenapa lambat bukak ?? Dah nak Raya pun ni..

Ini adalah pasaran utk Mommy yg suka last minute shopping. So, bersedia pagi2 besok..sebab korang kena bersaing dgn pembeli2 OFFLINE ni...kebanyakannya kwn2 tempat kerja, dtg terus ke Boutique atau call utk penghantaran terus.

Untuk hari ni...jualan khas hanya utk HOT MOMMYS
(atau...yg belum jadik Mommy pon boleh)

BAJU KAFTAN SULAMAN

*sila jgn jeles dgn low-budget model ni..terpaksa..Dah takde model lain. Semua dah balik kampung*

Sgt cantik kan...(I mean kaftan nii yer ...) and yet, so simple. Tak terlalu over dgn design yg melampau, yg mana sah2 lepas abeh musim kaftan ni, bakal terkubur dlm wardrobe.

Bukan sahaja boleh dipakai di Aidilfitri, kenduri-kendara, ke office...malahan korang boleh jadikan baju tido sexy sebab kainnya yg sgt sejuk dan sexy awww...awww gitew.
Tapi, kalau nak jadikan baju tido sexy kena bukak inner dlm tu. Biar terjojol sket mata sang suami kan..hik hik.

3 Quarter KAFTAN



Harga
RM 55
(dah survey kat luar utk jenis yg sama RM 250)

Size
Free Size. Tak kira peringkat umur dan saiz badan...semua boleh pakai.


Special
Kaftan yg simple, diserikan dgn kerawang yg detail di leher, lengan & perut.


Style

  • Dipakai dgn inner & seluar Palazo (yg jenis besar) atau boleh juga dipakai dgn skinny jeans
  • Kalau nak ikut body, boleh diikat di depan atau belakang (KAFTAN beserta dgn tali dan lubang di bahagian tepi)
  • Kalau nak keselesaan, tak payah ikat langsung...biar lepas...

*ikat belakang*

*ikat depan*

Color
  • Black dgn kerawang Grey Silver (P01) SOLD!


  • Black dgn kerawang CoklatEmas (P02) SOLD!



  • Black dgn kerawang Biru Silver (P03) SOLD!



  • Black dgn kerawang Pink Silver (P04) SOLD!



LONG CAFTAN
(Tapi masih senteng sikit di bawah, sebab saya prefer yg tak meleret...reason, takut hancur kena pijak, malas nak pegang kain dan takut kotor especially kalau hujan)



Harga

RM 70
(dah survey kat luar utk jenis yg sama RM 250..)

Size
Free Size. Tak kira peringkat umur dan saiz badan...semua boleh pakai.

Special
Kaftan yg simple, diserikan dgn kerawang yg detail di leher, lengan & perut.



Style
  • Dipakai dgn inner & seluar Palazo (yg jenis besar) atau boleh juga dipakai dgn fit jeans
  • Kalau nak bagi ikut body, boleh diikat di depan atau belakang.
  • Kalau nak keselesaan, tak payah ikat langsung...biar lepas...

Color

  • Biru tua dgn kerawang biru silver (P05) SOLD!


  • Coklat tuadgn kerawang gold(P06) Available

  • Black dgn kerawang purple silver (P07) SOLD!


  • Black dgn kerawang browngold (P08) SOLD!



Kalau nak order. atau nak beli terus...boleh email saya mysara@myself.com


Tinggal Long Kaftan dark brown color jer...cepat...sebelum kena rembat jgk...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...