Tuesday, September 07, 2010

Aidilfitri 1431H Checklist

Our theme for Syawal 1431H is combination of .....

PURPLE + PINK + MAROON

*pic googled*

Tahun ni..kami try MIX and MATCH concept. Macam tak suka nak sedondon-sedondeng ni. Penat tau nak carik merata warna sesama.

1) BAJU KURUNG & BAJU MELAYU
checked!
As for me and my laling, we choose PURPLE. Untuk 1st Baju Kurung Kak Long and Yaya..warna MAROON. 2nd Baju Kurung warna PURPLE bunga kecek-kecek..Ala2 gadis kampung gitew..



2) KASUT RAYA checked!
Kasut my laling beli dekat Bandung 2 minggu lepas. Saya pulak, beli masa SALE di Sunway Pyramid 2 bulan lepas..wahhhh..budget buat early preparation la kunon. Sudahnya, terbekenan yg lain pulak masa edisi shopping RAYA yg berikutnya. Rasanya, kalau Raya postpone bulan depan, ada yg buat collection sampai sepuloh pasang kasut nih..iskk..al-nafsu al-syaiton!





Kasut anakku beli dekat Nike Boutique and Royal Sporting House, Mid Valley. Memang mahal ngalahkan kasut omaknya..tapi sebab kasut Nike & Adidas tahun lepas dah hancur koyak-rabak..jadik utk nyedapkan hati, beli mahal sket pun berbaloi-baloi.


3) DUIT RAYA checked!
My Laling dah awal2 gi tukar. Yg bestnya, kali ni tak payah susah2 gi beratur dkt Bank. Personal Assistant tolong tukarkan. Senang dan cepat! Tahun ni pun tak buat open house (homesweethome under renovation), so tak payah nak tukar duit byk2. Cukup utk family & friends (anak diaorg).


4) KUIH RAYA checked!
Seperti biasa, ni mmg tugas2 khas saya. Masa tempah, kena pastikan 3 bekas utk jenis yg sama. Sebekas utk rumah mak Ipoh, mak SP and rumah sendiri. Saya kena prepare cookies buatan sendiri dan Kek Batik. Plan nak buat Rabu malam, lepas berbuka. Insyaallah la,kalau larat...huhuh


5) SAMPUL RAYA checked!
Company dah tolong sumbangkan sampul raya yg santek-santek. Tapi mcm tak puas ati...so saya beli sampul Mickey Mouse yg comei2 utk bagi pada kanak2 ribena nanti. Lebih attractive..budak2 mana suka gambar2 kereta ni kan ;)


6) MAKE-UP SET
checked!
Last Raya, saya try pakai MAC. Tapi tahun ni, lepas semua stock dah abis, saya try Bobbi Brown. So far...saya sgt berpuas hati.


Saya juga beli set brush MAC, OPERA sunblock, blusher & lip gloss TheFaceShop. Dgn harapan cantek gila beseri di pagi raya..walaupun kecantikan palsu yer puan-puan...



7) TUDUNG RAYA checked!
Selaku peminat setia, saya masih setia dgn tudung bawal..walaupun dah bermcm2 pesyen ada di pasaran sekarang ni. Ada jugak try tudung jenis melekap ke kepala ala-ala Yuna tu..huhuhu...sgt men'joreng'kan mukaku. Dah mcm telor rebus rupa saya. Memang dah ditakdirkan pakai tudung bawal jer kot. Anyway, ni pun bknnya bawal biasa. Saya beli di Bandung 2 minggu lepas. Sulamnya sgt detail dan cantek dan di merata2 tempat di kepala. Cuma tak berapa berkenan dgn material bawal ni...sgt lembut. Bisa memenyekkan owning depan tu nanti.

Tudung utk mak & bibik pon dah beli..



8) BAJU SOSIAL UTK ANAK2 BESUKARIA checked!
Bukak bisnes branded baby kidswear, membuatkan anak2 saya tak pernah beli baju2 sosial mcm ni di shopping complex. Kebanyakan ambil terus dari butik, mana2 yg saya berkenan. Itu sebab saya bukak bisnes ni pon...sebab sgt gile meroyan bila tgk baju budak2. Awal2 lagi saya dah prepare beberapa helai gown, jeans & shirt utk Kak Long & Yaya.

Untuk anak2 sedara pun ambil dari butik jer. Senang. Tak payah nak bawak anak2 besesak2 di shopping complex, pastu mana nak try baju..nak pegang diaorg lagi. Iskkk...ngeri!



9) KASUT ANAK2 UNTUK DIPAKAI DGN BAJU KURUNG unchecked!
Ni jer tak beli lagi. Takper, shopping last minute dkt kampung nanti. Kaki Kak Long dah panjang..kalau tak boleh recycle tahun lepas punya kasut comei bereben.


10) BARANG YG TAKDE PUN BOLEH JER BERAYA, TAPI NGADA2 NAK JUGAK
checked!


Set penjagaan tumit & kuku kaki Schol

Kalau sesapa yg pakai kasut sexy-mexy, haruslah beli ni. HARD SKIN tu mcm kertas pasir, tapi version terpuji sket la. Bagi saya brg ni PERLU ada utk sesapa yg ada masalah tumit kaki merekah. Nampak hudoh sungguh bila berjalan dgn kaki merekah2 nih.

Bagi yg bermasalah kuku kaki wana kuning atau penuh daki di celah kuku boleh try DISCOLOURED TOE NAIL from Schol. Muka, baju, maku-up lawa dah...tapi tgk kuku kaki pengsan!!! Jgn sampai bakal mak metua reject tgk kaki bercekam & nampak pengotoq..eeieewww


Greta Croc Stamped Eco-Leather Clutch by Guess
Gambar sandal comel bereben blakang tu cuma hiasan. Dek kerana nafsu, saya TERbeli sandal ni utk tujuan sesajer menambah koleksi. Saya perlukan satu clutch yg agak boleh muat wallet & handphone, dan boleh dijadikan sling-bag. Suker...sukerrr..aiii, tak sabo plak nak raya..

Saya rasa ada beberapa barang lagi yg saya akan TERbeli selagi Penyimpan Mohor Besar Raja2 belum buat annoucement Raya..huhuhu...antaranya Kerongsang Traditional Kebaya (3 berangkai)dah survey dkt PKNS harga RM90 (mak aihh...harga sepasang baju kurung tu). Mungkin nak survey kat Ipoh jer..murah sket kot.


Okeyla, sebelum mengakhiri entry ni...terimala gambar budak2 cinonet ni yg tengah raptai sembahyang raya dgn telekung baru..Insyaallah, akan masuk ke butik saya bulan depan (based on demand)..iklan jap..hehee

*Kak Long & Yaya*

Till then, daaaaaaaaa

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...