Sunday, October 31, 2010

Hezryn support Breastfeeding!

Hezryn Amyra dah jadi 'kakak' masa umur 1 thn 8 bulan (2008).Sejak tu dia dipanggil 'Kak Long'. Mengikut buku psikologi yg saya pernah baca, panggilan kepada anak2 memainkan peranan. Bila kita panggil 'adik', kebanyakan anak-anak jadik manja, dependable, suka memberontak. Semua perwatakan & sifat seorang 'adik' akan meresap dalam diri anak. Tapi kalau kita panggil 'kakak', sifat2 pelindung,caring, tolerate & loving yg anak-anak tonjolkan.

Betul..ciri2 itu dah mula ada sejak kami panggil dia 'Kak Long'. Walaupun tak boleh share toys atau barang2 dia dengan adik (very posessive),tapi sifat2 lain sebagai seorang kakak memang nampak ketara. Contohnya boleh tengok gambar bawah ni...

(Camera tersembunyi . Dia tak taupun gambar diambil)

Mama kata....Kena bagi Adik Yaya makanan berkhasiat. Apa Kak Long nak bagi adik makan yer...Kena check buku resepi jap. Ermmmmm..


Haaaa...Kak Long tau! Kak Long nak guna mesin pengisar jus ni..Kak Long pernah nampak Mama pakai. Mula-mula kena pasang dulu...Nak panggil apa mesin ni yek? Macam blender pun ada!


Masa Kak Long kecik dulu, selalu nampak Mama bawak 'blender' ni. Kak Long dah hafal cara nak pasang. Kak Long bijak kan..Sebab otak Kak Long dapat sumber2 nutrisi yg baik dari Mama's Original Receipe. Sekarang, Kak Long nak buatkan untuk adik Yaya pulak. Supaya bijak macam Kak Long nanti...ecewah,poyo kan Kak Long. Itu sah-sah mewarisi Papa ;)


Lepas siap pasang, seperti yg dapat dilihat dlm gambarah, Kak Long kena tarik baju & letak 'blender'ni kat bawah pusat. Eh, betul ker? Belasah la. Sekejap lagi Yaya bangun mesti dia nangis-nangis sebab lapar. Kak Long nak bagi dia minum. Kak Long nak buat sendiri.



Haaaa..tengok. Kak Long dah buat sendiri. Banyak ke tidak tak tau laa..sebab Kak Long tak nampak. Ada bawah baju. Mama cakap adik minum susu yg sama macam Kak Long minum dulu. Mama tak beli susu kat kedai. Semua Mama buat sendiri. Kadang-kadang Mama bagi adik minum terus. Ada masa Mama guna 'blender' ni. Kak Long selalu nampak Mama bawak pergi mana-mana. Mama nak yg TERBAEK untuk Kak Long & Yaya.

Kami Sayaaaaaangggg Mama!!



Eh, Yaya dah bangun laaa...Okey, Kak Long nak bagi susu ni. Tata!


Yaya nakkkkkkkk...

Nanti...Bagi Kak Long rasa dulu..Kalau OK baru Kak Long bagi Yaya.
Kak Long kan kakak...Mama kata jadik kakak kena selalu lindungi adik. Jadik, utk melindungi Yaya bagi Kak Long minum sampai abes dulu..



Emphhh..sedap nyaaaaaa...Terpaksala Kak Long abeskan semua. Yaya main-main ni dulu...Nanti Mama bagi susu lain yer...teheheheee..


p/s - Bila tengok gambar Kak Long and Yaya masa kecik ni..rasa cam nak pregnant lagi jer..boleh? *malu dong ahh*

Till then, daaaaaaaaaa!

Thursday, October 28, 2010

Get Into Supermodel Shape (Method #1)

Saya nak body macam SUPERMODEL dengan cara....(sila sudahkan karangan ini..)


Arghhhh, Stress!
Kenapa definasi body supermodel adalah kurus kering macam tengkorak?
Kenapa?Kenapa????Tell me why...

*Google Image*

Akibatnya, ramai perempuan-perempuan sanggup berhabes ribu2 Ringgit Malaysia untuk jadik kurus. Slimming centre, ubat2 kurus, gym, slimming suit, jamu kurus, siput sedut lemak ...semuanya meletop-letop kat pasaran skang ni mcm goreng pisang azmi panas!Apa ada pada kurus?Confirm ker korang lawa kalau kurus??


Hahaa..Tak payah cakap banyak dan tak payah cari jauh2.. saya ni salah sorang dari perempuan kategori di atas. Pengakuan eksklusif ni. Kisah benor!

Kalau korang tengok dalam gambar separuh atau tengok saya sebagai pembaca berita tv, gerenti kata kurus. Sebabnya, korang tengok separuh. Separuh di bahagian bawah tak nampak. Tumbesaran berlaku dgn jayanya di bahagian bawah pinggang hingga ke kaki. Pear-shaped Body.


*Google Image*

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kurniannya. Setiap kejadian ada hikmah. Saya percaya itu.

Cumanya, sebagai wanita biasa, ada jugak sekelumit...bkn sekelumit jer kot...berbakul2 perasaan jeles dgn wanita2 berkaki kurus panjang & yg pakai jeans pat-pat melekat jer kat kaki.
Nak lagi jeles tahap dewa, diaorg makan nasi 3 kali sehari tak penah skip. Tapi badan mcm papan plywood...damn you!!

*Google Image*

*Google Image*

Jadik, untuk menyambung karangan di atas.....
Saya nak body macam SUPERMODEL dengan cara....

Method #1
...menggunakan khidmat KEEP SLIM!



Tak ada tajaan mana2 pon utk entry ni. Tapi, untuk reference kawan2 yg mengalami masalah yg sama.

*Google Image*

Bukan lepas tengok Farah Fauzana yg berpeha drumstick, saya pon sibok nak register! Nopee!!
Saya lagi awal dari dia...lepas deliver Hezryn 2007, badan saya naik 10 kg. Dari mata kasar, memang tak nampak. Tapi sebab lemak2 degil di bahagian yg susah dikecikkan, encik kesayangan terus ajak register KEEP SLIM.


Syukur, saya dikurniakan encik kesayangan yg sgt cerewet pasal kecantikan. Tudung senget-benget pun dia komplain tau. Tapi, Alhamdulillah...dia bukan jenis yg tau komplain jer. Kalau dah nak bini yg sentiasa cantik, jangan la kedekut keluar modal kan..

Mulanya kami nak amik package tone up and shave off some fat jer. Tapi lepas terpedaya dgn janji2 manis amoi Keep Slim tu, terus register full body package. Membazir pulak kan. Rasa gemok sket jer..ecewah...!

Masa nak measure weight & fat, Amoi tu membebel2 kata badan dah out of figure, lemak banyak la, flabby...pendek kata saya adalah seorang perempuan yg gemok gedempol dan loser dan tak layak hidup di muka bumi ni. Ceh! Jeles laa tu! Badan ko tu yg sekeping..tak sexy-mexy dan menggiurkan mcm badan aku!


Sila lihat gambarajah di atas. Yg line hitam tu measurement utk ideal body. Yg line merah pulak measurement body saya. Nampak tak gap yg besar di bahagian waist, hip and thigh. (Amaran : Sila jgn buat muka jijik sambil mengeleng kepala!)

Measurement ni diambil masa saya baru register tahun 2007. Baru beranak sorang. Sekarang ni entah macam mana. Mau line merah tu terkeluar dari kertas terus! 3 tahun pun treatment tak abis2. Ada lebih kurang 15 sessions lagi.


Ideal weight between 49-53. Saya target 50kg utk kembali ke bentuk asal zaman anak dara. To tell you the truth, it's not easy at all!! Bila umur makin meningkat, tahap metabolisme pun makin kurang. Tak cukup setakat tahan makan nasi, exercise atau makan ubat2 kurus. Alat2 untuk memecahkan lemak2 degil juga diperlukan. Keep Slim menggunakan infrared untuk memecah & membuang lemak, especially dlm kes2 lemak yg lama bermastautin di bahagian2 tertentu.

*Google Image*

Tapi, walau apa pun, displin diri adalah sangat penting! Keep Slim takkan dapat membantu walau bayar package yg paling mahal, tapi still makan makanan yg berkalori tinggi & tak datang buat treatment ikut schedule. Macam saya ni la, dah 3 tahun treatment tak abis2 lagi. Patutnya treatment seminggu sekali, tapi datang 3 bulan sekali. Abes camno kan!

Yaa, atas kesedaran itu, sekarang saya akan buat treatment ikut jadual. Use some self control! Tiap minggu WAJIB buat treatment. Alhamdulillah, usaha menampakkan hasil, walaupun sikit. My mission, abeskan treatment tahun ni jugak dan capai ideal body target. Bukan utk tujuan cantik, tapi untuk sihat!




Ini baru method #1. Bermacam-macam method lain yg saya cuba untuk kurus. Insyaallah, akan di share dlm blog dalam entry yg akan datang...okey..

Till the, daaaaaaaaaaaaa

Tuesday, October 26, 2010

Short Family Visit to Xin Jia Po..

Date : 21 ~23 October 2010
Day : Thursday ~ Saturday
Location : JB - Xin Jia Po - JB-Batu Pahat



Dah tu..tak payah susah2 pi google.
Xin Jia Po is Singapore actually..
Dekat jer..bukan China atau Vietnam mcm yg korang sangkakan dgn confident skali...
Buta Geografi betul! Teheehee..

It's a family visit..melawat Pak Chaq, Mak Chaq & saudara-mara sebelah hubby. Mak Chaq tak berapa sihat. Nampak uzur dari our last visit (March). Kebetulan, my MIL and Maksu dtg KL seminggu, so elok sgt2 laa kami bawak sekali.

-Day 1-
Dlm pukul 10, lepas breakfast kami bertolak ke JB. Lepas amek Kak Teh dkt UTM Skudai, terus check-in at Embassy Hotel & Service Apartment. Lepas tu lunch di Restoran Singgah Selalu. Macam kena cursed, tiap kali dtg JB memang akan selalu singgah 'Singgah Selalu' ni. Best. Menu banyak pilihan. Yg paling best, ada kids play area. Tenang sket ibu-ibu bapak-bapak nak menjamu selera bila kanak2 Ribena semua berkumpul dalam ni.


*Kak Long & Yaya with new buddy *


Lepas makan terus balik hotel. Jerebu tengah teruk, tak boleh nak berjimba kat luar. Sempat ke Parkson skejap, shopping ringan-ringan.

*JB dari bilik hotel. Jerebu teruk*


Malamnya, kami ke Medan Ikar Bakar Senibong. Satu lagi tempat makan heaven kesukaan sang hubby :) Disebabkan masih dlm sessi diet yg menyeksakan, saya hanya mampu meratah lauk-pauk. Haiiihhh..bila laaa nak kurus mcm supermodel nie........


Balik dari dinner, lepas hantar semua balik hotel, mcm biasa...ada sessi dating dgn hubby terchenta. Opssss lupa...ditemani Kak Teh sebagai bodyguard. Kami ke Pasar Karat JB. Sempat rembat toys utk Kak Long & Yaya. Lepas minum2 & sessi bergosip, balik terus ke hotel.

-Day 2-

Lepas breakfast & hantar Kak Teh ke UTM, gerak ke Singapore. Sampai rumah Pak Chaq & Mak Chaq kat Pasir Ris dlm pukul 2pm. Di sebabkan agenda asal adalah untuk melawat org sakit, makanya memang tak plan nak berjimba sakan di Singapore. Hubby ajak jalan2 area Pasir Ris jer.


*Malaysia pun jauh lagi cantik, kalau sebersih ini *

*Flat biasa jer, tapi nampak kemas, teratur & bersih*

*Pasir Ris Park*

*Park yg bebas dari sebarang aktiviti 18sx. Mat rempit yg bawak awek berdating pon tak ada kat sini. Fully utilized with 'healthy' activities. *

*Pasir Ris Beach*

*Follow my footsteps uollss..*


Dan seterusnya, kami ke White Sands Shopping Centre. Dari sini, kami naik train ke Tampines Mall. Lepas satu station jer dari Pasir Ris MRT Station.

*Touch N Go train card*

*Pasir Ris MRT Station*

*Tampines Station*

Sampai jer terus cari McD. Adehhhh...fast food tu! Highest Calory intake...Seperti dalam gambarajah, kami cuma mkn fries jer sambil memerhati Liya mkn Double Cheese..Tap..! tap..! Ayaq liuq menitik..



Sampai rumah Pak Chaq dalam pukul 7pm..bersiap untuk balik JB. Tak overnite Singapore pon. Insyaallah, masa lain kami dtg lagi rumah Pak Chaq yer...

* Gambar complete 3 beradik - Maksu (in purple), Mak & Pak Chaq (in white shirt). Mak Chaq dah tak larat masa ni. Rehat dalam bilik. Last visit, Rizal (Orange shirt) still single & available. Tapi skarang tak lagi...hehe. Insyaallah, next year boleh makan nasi minyak Singapore*hint*

*Ciri2 seorang ayah dah kelihatan di situ..ecewah!*

Malam tu kami bermalam di Grand Hallmark Hotel, JB. Hotel baru, furniture semua bau kedai lagi. I loikeee..

-Day 3
-

Lepas breakfast, kami ke UTM Skudai skali lagi. Kak Teh baru lepas abes kelas. Hari Sabtu pun ada kelas. Siann..
Lepas tu kami ke Jusco Taman Universiti, Skudai. Hubby ada mini gathering dgn staff2 UTM yg penah jadi kawan rapat masa belajar di UTM. Kak Long & Yaya seperti biasa, pantang ada machine pakai token ni. Pandai jer dua beradik ni naik sendiri.

*Aippp...jgn pandang-pandang...*

*Boleh naik turun tau mesin ni..kewl ek*

*Yaya pon boleh buat tgn mcm nie....see..*

*Mini gathering...termasuk anak2 kira ramai ler tu..*


Sementara hubby bergathering tu, saya sempat lari naik atas jap utk beli wedding & birthday gift. Kebetulan, pembeli 'Villa MyLan' Karl & Tasya kawin hari Sabtu tu. Langkah kanan, dah mmg ada sekitar Johor, so next destination ke Batu Pahat. Ohh ya...Birthday gift pulak utk Liya, 'pembantu rumahtangga' kami. Happy Birthday Liya..

Sampai rumah kenduri dah agak lewat. Ingatkan dekat jer...rupanya jenuh masuk ke dalam Batu Pahat. Adoiii.....Tapi rezeki pergi lewat, pengantin sendiri yg tolong tapaukan nasi dan lauk-pauk. Sweet kan diaorg ni...kan..kan!

*Karl dah tukar uniform, Tasya sgt cantek..Ada korang penah tgk pengantin yg cantek mcm ni tolong tapaukan lauk...??*

*Kak Long & Yaya boring sgt dlm keta..syok sgt bila dapat keluar. Tu tgh tiru aksi GBS - Geng Bas Skolah*


Thanks Karl & Tasya... 5 tahun lepas, masa kami baru kawin, terus masuk rumah yg Karl & Tasya beli sekarang. Semoga rumah tu 'sejuk' utk korang berdua. Sentiasa happy, bahagia...dan cepat2 dapat baby ek :)


Lepas balik kenduri Karl & Tasya, kami ke Ayer Hitam. Mak and Maksu nak shopping. Beli buah tangan utk anak2 dan menantu. Dalam pukul 8 mlm gerak balik Shah Alam.

Sekian sahaja cerita lawatan pendek kami.

Till then, daaaaa....

Wednesday, October 20, 2010

Kak Long...Dulu & Sekarang!

Masa tengah susun2 gambar dlm hard disk, terjumpa gambar Kak Long masa berpipi lendut dan gebus nie...

*Hezryn Amyra - 1 yr old*

Selalu jadik mangsa gigitan dan gomolan Papa. Pipi yg mcm Pau Yik Mun..
Dan, bila dibandingkan dengan gambar di bawah ni...adeh..mana pergi semua lemak2 di pipi Kak Long ni..???

*Hezryn Amyra - 3 yrs old*

Baru tesedar (selama ni sedar jgk...tp buat2 tak sedar diri) how time flies!
Tahun depan Kak Long masuk 4 tahun. Tak lama lepas tu Kak Long akan jadik anak gadis Mama & Papa....Gambar atas mungkin akan bertukar jadi macam ni...

Mungkinkan Hezryn secantik ni...atau mungkin lebih lg sebab mewarisi darah Pan-Asian Mamanya..*sila muntah skarang*
Pix googled -actress Marshanda

Mama pulak...dari seorang anak gadis sunti 20an yg menjadi siulan anak2 muda *muntah lagi*..

menjadi Mama Vogue di umur 30an...40an...


dan akhirnya...akan tua kerepot jugak mcm ni..



But, what minutes! Count them by sensation, and not by calendars, and each moment is a day.
~Benjamin Disraeli


Anyhow, Mama & Papa will always luvvvvvvvvvvvvvv Kak Long!
Ssssoooooooooooo much!!!!!.

Mwahhhhh...mwahhhh!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...