Sunday, October 31, 2010

Hezryn support Breastfeeding!

Hezryn Amyra dah jadi 'kakak' masa umur 1 thn 8 bulan (2008).Sejak tu dia dipanggil 'Kak Long'. Mengikut buku psikologi yg saya pernah baca, panggilan kepada anak2 memainkan peranan. Bila kita panggil 'adik', kebanyakan anak-anak jadik manja, dependable, suka memberontak. Semua perwatakan & sifat seorang 'adik' akan meresap dalam diri anak. Tapi kalau kita panggil 'kakak', sifat2 pelindung,caring, tolerate & loving yg anak-anak tonjolkan.

Betul..ciri2 itu dah mula ada sejak kami panggil dia 'Kak Long'. Walaupun tak boleh share toys atau barang2 dia dengan adik (very posessive),tapi sifat2 lain sebagai seorang kakak memang nampak ketara. Contohnya boleh tengok gambar bawah ni...

(Camera tersembunyi . Dia tak taupun gambar diambil)

Mama kata....Kena bagi Adik Yaya makanan berkhasiat. Apa Kak Long nak bagi adik makan yer...Kena check buku resepi jap. Ermmmmm..


Haaaa...Kak Long tau! Kak Long nak guna mesin pengisar jus ni..Kak Long pernah nampak Mama pakai. Mula-mula kena pasang dulu...Nak panggil apa mesin ni yek? Macam blender pun ada!


Masa Kak Long kecik dulu, selalu nampak Mama bawak 'blender' ni. Kak Long dah hafal cara nak pasang. Kak Long bijak kan..Sebab otak Kak Long dapat sumber2 nutrisi yg baik dari Mama's Original Receipe. Sekarang, Kak Long nak buatkan untuk adik Yaya pulak. Supaya bijak macam Kak Long nanti...ecewah,poyo kan Kak Long. Itu sah-sah mewarisi Papa ;)


Lepas siap pasang, seperti yg dapat dilihat dlm gambarah, Kak Long kena tarik baju & letak 'blender'ni kat bawah pusat. Eh, betul ker? Belasah la. Sekejap lagi Yaya bangun mesti dia nangis-nangis sebab lapar. Kak Long nak bagi dia minum. Kak Long nak buat sendiri.



Haaaa..tengok. Kak Long dah buat sendiri. Banyak ke tidak tak tau laa..sebab Kak Long tak nampak. Ada bawah baju. Mama cakap adik minum susu yg sama macam Kak Long minum dulu. Mama tak beli susu kat kedai. Semua Mama buat sendiri. Kadang-kadang Mama bagi adik minum terus. Ada masa Mama guna 'blender' ni. Kak Long selalu nampak Mama bawak pergi mana-mana. Mama nak yg TERBAEK untuk Kak Long & Yaya.

Kami Sayaaaaaangggg Mama!!



Eh, Yaya dah bangun laaa...Okey, Kak Long nak bagi susu ni. Tata!


Yaya nakkkkkkkk...

Nanti...Bagi Kak Long rasa dulu..Kalau OK baru Kak Long bagi Yaya.
Kak Long kan kakak...Mama kata jadik kakak kena selalu lindungi adik. Jadik, utk melindungi Yaya bagi Kak Long minum sampai abes dulu..



Emphhh..sedap nyaaaaaa...Terpaksala Kak Long abeskan semua. Yaya main-main ni dulu...Nanti Mama bagi susu lain yer...teheheheee..


p/s - Bila tengok gambar Kak Long and Yaya masa kecik ni..rasa cam nak pregnant lagi jer..boleh? *malu dong ahh*

Till then, daaaaaaaaaa!

1 comment:

Nur Shazura said...

pregnant lagi la abbo...ko cute sesangat bila preggy...kalau nak saing ngan aku...2012...skarang tengah nak rehat dari bawak beg pam ngan cooler susu...hehehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...