Sunday, October 10, 2010

Penempatan sementara...So, NO 'Raya Open House' this year!

Raya dah abes, baru nak update cerita Raya :)
Tau...tau..memang slow! Sungguh tak senonoh kan...
Ok....before I'll post on rendang, ketupat, beraya di kampung, open house, etc...
Some of my fb friends already know, we're staying at 'Penempatan Sementara' for about 3 months.

While our NEW HomeSweetHome under constructions
Dan disebabkan, pembeli rumah yg dah tak sabar2 nak masuk..
So, NO Choice!Terpaksa merempat carik Rumah Untuk Disewa for 3 months..


Pencarian Rumah Sewa pun bermula hanya selepas balik bercuti raya seminggu. Area Putra Heights ni tak dapat la nak cari owner yg boleh sewakan short-term. Paling lama pun contract for a year. Sewa pun mahal. RM1000 for a month. Gile tak berbaloi.


Memang nak pengsan masa tu. Rumah ada, tapi dah dijual...rumah baru tak siap...dan skarang kena cari rumah sewa! Korang pening..?? Kitaorg lagi laa pening! Dateline Jumaat sebab owner baru dah bagi last date. Ikutkan hati nak suruh jer dia menyewa tempat lain, biar kitaorg duk dulu rumah tu. Tapi sebab dia dah start bayar...dan dia pun dah nak kawin October, memang nak-tak nak, kitaorg terpaksa keluaq!

Alhamdulillah, Rabu tu dah dapat gud news dari agent. Ada Rumah Sewa, tapi di Bandar Saujana Putra. Jauh sikit pun terpaksa pasrah...janji kawasan agak selamat untuk anak2. Lepas dapat kunci, Rabu tu jgk kami angkat sikit2 barang.

Jadik, ramai yg confuse dgn statement profile FB. Yaaaps...kami dah pindah, tapi bukanlah di rumah baru. Itu sebab musabab kami tak buat 'Raya Open House' tahun ni. Insyaallah, lepas selesai semua urusan..kami buat kenduri di rumah baru :)

Sebagai bukti pembelian, inila 'Penempatan Sementara' kami. Keadaan masa baru pindah masuk Jumaat 17 September..



Bawak brg2 penting jer, yg lain kami tinggalkan di stor rumah baru. Tak ada la sakit pinggang angkat brg2 2-3 kali. Ada jugak barang yg sedia ada kat rumah sewa ni. Kira mcm sewa semi-furnished. Overall, we satisfied with the area and neighborhood. Jiran2 pun sgt friendly.
First day masuk rumah ni, esoknya dah dapat 3 jemputan Open House dari jiran2 terdekat.

Lepas ni harapnya jgn ada yg tanya lagi pasal pindah-memindah atau issue rumah baru..Rumah kami nanti tu pun tak ada la hebat manaaa. Cukup untuk keselesaan kami sefamily...Insyaallah..I'll post the progress week by week.

Till then, daaaaaaaaaaaaa...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...