Thursday, November 25, 2010

2 Alam...atau Cerita Alam & Manusia??

Jumaat 2 minggu lepas, saya dan encik kesayangan telah memecah rekod peribadi. Kitaorg dengan bangganya sebagai anak jati melayu...errr...encik kesayangan jer, saya masih Pan-Asian..
Ulang balik. Kitaorg dengan bangganya pergi tengok mid nite cerita yg dijangka pecah ponggong panggung dengan kutipan RM40 juta....2 ALAM!!!!

*Google Image*

Jangan ditanya macam mana boleh tergerak hati nak tengok cerita ni. Mungkin sebab keyakinan producer filem ni yang tak agak-agak. Ya...Kepositifan itu telah berjaya mempengaruhi encik kesayangan. Lalu, dipaksanya saya ikut tengok. Walaupun saya yakin Raya tahun depan cerita ni keluar TV. Confirm!


Okey, pilih. Nak dengar yg best ker..yg tak best dulu??? Kita dengar yg Best dulu la ekk..


YG BEST

  • Idea keseluruhan memang menarik. Tapi rasanya dia org dapat idea ni pun lepas heboh skejap dlu kes pertukaran jantina seorang celebrity nie. Di kala industri filem malaysia (ayat buku, tetiba rasa mcm nak bagi syarahan) disajikan dengan cerita yg sama spesis -pasal hantu, pasal drift, mat rempit. Tiba-tiba keluar cerita pasal pertukaran jantina lelaki ke perempuan. Yaaa akhirnya! Ada jugak idea baru directors kat malaysia ni.

  • Mesej cerita yg boleh menginsafkan penonton, walaupun sekadar 50%. Ada part yg menaikkan bulu2 roma saya yg halus dan rebonding. Bagi saya, dari buang masa tengok cerita agama2 lain yg dah tentunya kita tak paham. Baik kita abeskan masa tengok cerita yg dah memang tentu ada kaitan dengan agama kita sendiri.

YG TAK BEST

Ok, Part yg TAK BEST agak banyak. Memang TAK BEST nak cerita menda yg TAK BEST. Takut, bagi impak tak best TAK BEST. Tapi, untuk jadi the best, kena jugak dengar yg TAK BEST. Pening..??? Korang memang tak best. Sikit-sikit pening!

  • Macam yg ramai komen. Tak relevant langsung bila dimasukkan adengan2 18sx yg merapu, tak sexy langsung dan kaku. 2 Alam ni pasal pertukaran jantina. Alam lelaki, bertukar ke alam perempuan. Ker, Alam dan Manusia..??? Kalau ini adalah satu taktik untuk dapat kutipan juta-juta...alahai, tolonglah! Zaman 80-an dlu boleh la kot. Zaman heroin kena pakai swimming suit dan berlari2 sambil babai tu dah berlalu.Skarang ni, penonton nakkan logik! Logik utk kitaorg fikir and challenge our own mind!

  • Banyak sangat yg tak logik. Pasal ustaz, uruskan jenazah yg kononnya susah dari pagi sampai tengah malam. Tapi elok jer pulak lagi baju putihnya. Tak pulak kotor kena tanah, kena peluh dan bermacam2 kotoran degil. Pakai sabun cap apa? Semurni TOP kot. Lepas tu, shawl ustaz tu elok jer pulak terselit kat bahu sepanjang hari. Dengan panas, dengan penat ngangkat keranda, dengan nak berjalan ke hujung kampung.. tapi penampilan seorang ustaz yg kemas dan bersih suci tetap kelihatan. Kagumm... Bagi saya, dressing takkan menghidupkan watak. Yg paling penting, karakter. Kalau ustaz tu pakai track suit ngan t-shirt pagoda biasa, tapi karakter ustaz tu hidup, memang budak darjah satu pun boleh tau Aron Aziz tu ustaz.
*Google Image*

*Google Image*

*Google Image*
  • Ada watak yg mati tiba-tiba. Watak si Faizal Hussein ngan 2-3 org member tu tiba2 lesap. Aikkk...Takkan lepas mandikan jenazah terus balik tidur. Kot yer pun balik tido, inform la deyyyy!! Jangan tetiba matikan, dengan harapan penonton yg bijak bistari macam kami tak perasan. Lepas tu, watak mamat yg tidur dengan minah 'sexy' ni. Tolong la explain..diaorg ni siapa dalam filem ni. Sumpah tak paham!Ker kitaorg yg selow part kotor-kotor nie..
*Google Image*

  • Kesesuaian pelakon dengan jalan cerita. Bagi saya, filem ni kena amek lelaki sebagai heroin. Dah nama pun transeksual - lelaki jadi perempuan. Bila gunakan perempuan sebagai heroin utama, habis spoilt rasanya overall cerita. Kejadian Allah sangat kompleks dan sempurna. Walau macam mana kita nak tukar, originality tu masih nampak. Pondan sekalipun, walau buat operation 10 kali, tetap nampak lelaki, dari suara, cara jalan, perwatakan dan sebagainya. Ini saya rasa pengarah kena buat research sikit. Ambil beberapa sample dari real cases. Yer laaa, kata nak buat filem 40 juta kan..
*Google Image - Heroin 2 Alam*

  • Banyak sangat scenes yg tak relevant langsung. Contoh, masa flashback banyak2 kali dengan lagu. Mak aiii...rasa macam tengok kompilasi video clips. Watak mat-mat rempit yg merogol & bercakap2 lucah pun takde kaitan. Iskkk..ni memang sah-sah nak menambah elemen2 'kotor' dalam cerita. Yg paling tak tahan, scene berjalan 2 org kat kolam renang. Dah jalan-jalan, pastu tenggelam dalam air..Apakah???? Patutnya, part sedih tu. Tapi kitaorg tak dapat menahan diri dari nak gelak terbahak-bahak.

Banyak lagi kalau nak comment. Bukan sebab nak menjatuhkan, tapi anggapla untuk sama2 menaikkan mutu filem Melayu ke peringkat yg boleh dibanggakan. Saya jarang tengok wayang cerita melayu bukan sebab malu, tapi sebab kualiti drama2 di tv lebih hebat kalau nak dibuat perbandingan. Kami bayar tiket wayang bukan untuk tengok cerita orang Melayu atas katil, dalam swimming pool, merempit, dua2 dalam hotel atau dalam kereta waktu malam.

Tolonglaaaa...buat filem yg boleh membuatkan kami dengan bangganya akan berkata....

"Tengok Harry Potter..?? Eyaakkkssss...baik tengok 2 Alam. Tengok cerita melayu lagi best! "

Just my two cents!


Ok, till then. Daaaaaaaaaa...

Tuesday, November 23, 2010

Minta apa saja...Insyaallah akan dapat!

Eheeemmmm...Korang mesti suka entry ni. Baca pun dengan bernapsu nampak...hehe.
Nak-nak pulak yg ada berderet-deret wishlist tu. Kan..kan..kan!
Kalau korang yg perempuan-perempuan ni, ditanya nak mintak apa...confirm kerat jari mesti jawab...

...Nak designer handbags harga ribu-ribu boleh? Yg macam Siti Nurhaliza pakai pun jadiklaa..??

...Nak tambah collection kasut boleh..?? Nak beli warna kelabu taek anjing plak...


...Nak gi vacation boleh...?? Boring asyik keja jer. Otak dah kebas. Kita gi lepak Europe nak..??



Adakah itu wishlist saya?? Of coz not!!!!! I'm not into expensive handbags, kasut, baju,etc.
Kalau encik kesayangan nak belikan pun saya tak mahu! Lebih baik gunakan duit tu untuk bawak pergi jalan-jalan pusing dunia. Pergi haji ker..umrah..atau beli properties utk dijadikan modal masa depan atau bekalan di akhirat nanti... Itu sebenarnya yg saya nak. Memang kedengaran seperti seorang ustazah yg ditemubual dalam rancangan forum Islam.. tapi memang itulah saya.


..."Tapi kan.. kalau sayang dah terbeli konon nak buat surprise sempena engagement anniversary bulan 12 ni, saya pasrah dan redha menerimanya. Kalau tolak, derhaka plak kan.Heeeheee.."
*Itu adalah sejenis ayat hint..sila jgn buat2 tak paham*


* Gambar memang sekadar hiasan, walaupun tak berapa relevant. Dekat blog siapa lagi nak menayang muka sendiri. Takkan dekat blog korang kot kan... *


Dah terkeluar tajuk nampaknya. Mari kita balik ke pangkal jalan pada cerita 'Minta apa sajer' ni..
Al-kisahnya.....


Masa aktiviti pindah rumah 2 bulan lepas, seplastik kasut-kasut anak saya hilang. Kasut dari new born..sampai sekarang. Dah jenuh cari merata. Siap suruh abang lori angkut barang2 tu pun check sama dalam lorry. Mana tau terselit bawah seat ker, terpakai ker, tercurik ker. Carik kat rumah pun baru, takder. Kat rumah lama, takder. Kat rumah sewa, lagi la takder.


Arghhh, sudah! Ada 2 kebarangkalian. Satu, terbuang sekali dengan plastik sampah. Atau, memang tertinggal dalam lori tu. Ada org lain jumpa, terus pergi jual kat kasut bundle. Atau mungkin jugak, abang lori yg amek. Iyaaaa, sang syaiton nirojim sudah berbisik membuatkan saya menyumpah berbakul-bakul pada itu olang!Grrrrrrrr...


Saya ni jenis tak boleh tidur malam kalau ada barang2 yg hilang. Wehhh, sayang tu! Collection kasut sejak diaorg kecik2, sampai sekarang. Kasut raya yg baru 2-3 kali pakai pun termasuk dalam plastik tu. Walaupun tak la semua brand hebat & mahal, tapi tetap ada sentimental value. Ada antara kasut tu kenangan pertama diaorg belajar berjalan teketek-ketek. Haruslah simpan buat kenangan sampai diaorg besar.Tiba-tiba, teringat cerita kata-kata member opis...


Kalau ada antara kita yg berkehendakkan sesuatu, baca Surah Al-Nasr 3 kali. Dalam hati, berdoa, dan mintak dengan seikhlas hati apa yg korang hajatkan.
Mintak apa sahaja...Insyaallah, akan dapat! Dan, bila kita dah dapat, baca lagi Surah Al-Nasr 3 kali.




Tapi, jangan mintak benda buka-bukan plak! Nak pecah masuk rumah ker, nak rompak bank ker. Agak-agak laaaa kan....


Saya cuba buat macam yg disuruh. Mintak dipertemukan balik dengan sebungkus kasut2 tu. Heeheee...terasa meroyan plak. Takperla. Janji kalau jumpa, dah boleh tidor dengan nyenyak.


Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, dapat jumpa balik. Huhuhuhu...Syukur!!! Walaupun kitaorg agak musykil lokasi kasut-kasut itu dijumpai. Tapi, takper, abaikan. Yang penting, doa dimakbulkan Allah.


'Minta apa sajer' tu jangan laaa semata-mata material. Pasal shopping, pasal handbags, pasal makeup, pasal kasut atau perkara duniawi lain. Ingat, niat mesti ikhlas. Insyaallah, Allah itu Maha Mendengar!


Selamat mencuba...dan selamat beramal...!!


*Sebahagian kasut2 yg dijumpai...tersusun rapi :)*


*Antara yg paling sayang...*

Till then, daaaaaaa...

Monday, November 22, 2010

MAHA 2010...and flashback of MAHA 2008!

MAHA 2010 sudah datang..! Yipppieeeeeee!!!

"Berasaskan kejayaan MAHA 2008, MAHA 2010 dianjurkan sekali lagi dan merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010"

Cepat betul masa berlalu. Dah 2 tahun rupanya. Masa MAHA 2008, saya pregnant 8 bulan. Sarat-sarat macam tu pun, 3 kali jugak la kitaorg ke tapak MAHA. Memang Bestttt!!!

Mari kita flashback balik MAHA 2008...

*Maha 2008 - Kak Long masa umur setahun setengah*


Macam-macam tau ada kat sini...
Ada binatang2 ternakan yg menyerupai zoo. Budak2 mesti suka..
Ada pameran pasal tanaman bagi yg suka bercucuk tanam..
Ada pameran pasal makanan..uihhh..ni memang kitaorg suka...siap ada food test..
Ada pameran mesin..err...ni encik suami jer suka...
Kalau nak tau detail, sila tekan sinih.


*Tak yah type caption, boleh? Dah beso gajah takkan tak kenal gajah lagi kot..*



* Sang rusa dan rumput-rumput*


* Sang arnab*

*Kak Long kusyuk tengok kambing*


*Lembu yg ada masalah dark eye circle..ker ko pakai celak non-water proof nih?*


*Boleh usap-usap sang donkey camnie*

*Ada sang itik..*

* Horse...Lan...wupssssss!!*


*Pameran Mesin...encik kesayangan suka...*

*Kak Long pun tekun mendengar..*


Jom ramai-ramai ke MAHA 2010 dari 26 Nov ~ 5 Dec 2010 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. Bawak sekali anak-anak. Sekarang pun dah start cuti sekolah kan...Ohhh...sangat tak sabar nak bawak Kak Long ngan Yaya. Mesti si kecik tu terlompat-lompat. Tak pun, Papa yg terlompat...emmphhh...!


Tuesday, November 16, 2010

One Week Off!

For a Week......???


Ohhh yeaaa bebeh....From 13 ~21 Nov 2010. Hor Yeaaaa...!!

Cuti banyak lagi ker..??

Ishhh...jangan tanya soalan-soalan maha sensitip macam tu, boley? Memang tinggal sket ponnn. Company cuti 3 hari utk Aidiladha from Wed till Friday (kelebihan mendapat MD Melayu, Islam & Malaysian!) So, apa lagi...kan! Cuti la Isnin & Selasa tu. Kalau ikut perkiraan matematik moden, apply AL for 2 days tu jer..

Lama tu. Buat apa cuti lama2? Vacation ker..??Pindah rumah kerrr???

Ada macam2 aktiviti kekeluargaan seminggu ni..

Ada.....my niece Birthday Party on Saturday (13 Nov 2010)

*Google Image*


Ada....'Cuti-cuti Mesia' with beloved family on Sunday to Monday (14-15 Nov 2010)

*Google Image*


Ada...aktiviti
Memasak, preparation for Aidiladha bersama ibu, kakak2 & aunty terchenta on Tuesday (16 Nov 2010)

*Google Image*
-kata Pan-Asian, aunty2 haruslah semua omputih la kan..hik hikk..melayu mudah lupa!-


Ada...
Hari Raya Aidiladha on Wednesday (17 Nov 2010). Seperti biasa, first Raya kat Ipoh...

*Google Image*


Ada...Ibadah Korban on Thursday (18 Nov 2010) di SP...ooowwhhh, saya sangat suka..

*Google Image*
-kepasrahan seekor kambing. Konon buat muka cute camnih, org tak jadik sembelih. cehhhh! Kambing nowadays..-


Ada...
Majlis Aqiqah on the same day, Thursday (18 Nov 2010) kat Aloq Setaqqq..

*Google Image*


And.....My Brest Friend's Wedding on Saturday (20 Nov 2010)

*Google Image*


Best...best. Bz nampaknya seminggu ni dgn aktiviti kekeluargaan. Tapi satu jer yg tak best. Bila besukaria kat kampung, mak masak kaww...kawww. Mesti makan banyak. Dengan kenduri-kendara lagik. Abeslaa...mesti jadik camni.

*Google Image*


Hehehehehehe...
Selamat Hari Raya Aidiladha and Happy looongggg weekend everyone!



Till then, daaaaaaaaaaa!

Friday, November 12, 2010

Gastroenterology Endoscopy (OGDS) Procedures.

Isnin lepas, selepas bergulung-gulung menahan gastric, seperti biasa, saya telan ubat nexium.
Lepas nampak mcm tak surut dan masih bergulung2 mcm tenggiling atas katil, saya ngadu kat encik kesayangan. Dia pon tak agak2 mengeluarkan statement ini...
"Bila mula skolah kerja Isnin, sakit pon datangla ler yer sayang....."

Isskkkk...ni bukan Monday Blues mcm biasa. Ni betul-betul sakit. Ouchhh...ouchh...ouchh!!

Makanya, melihatkan keberkesanan watak pesakit gastric yg berjaya, saya pon di bawa ke klinik. Dr. Zul tak berapa puas hati dengan record saya. Tiap minggu mesti kena gastric. Sampai bila nak telan ubat makan kacang goreng jer. So, dia buat surat refer ke specialist.

Lepas amek GL kat klinik tempat keja, terus ke DEMC. My case was referred to Dr. Jeetha. Lepas di soal siasat & check-up bagai , Dr.Jeetha suggested to undergo...

Gastroenterology Endoscopy (OGDS)

Gastrointestinal Endoscopy is an examination of the digestive tract using a flexible, lighted fibreoptic scope. The procedure enables the physicians to directly visualize the esophagus, stomach, portions of the small intestine, and the large intestine. The physician can obtain biopsies for an accurate diagnosis. Endoscopy also enables physicians to treat some disorders without open surgery. Dilatation of narrowed areas of the intestine and removal of polyps which are growths in the digestive tract can be done even on an outpatient basis
(Source : http://www.lifecare.com.my)


How is it Done, the OGDS?
  • This procedure is done as an outpatient
  • One cannot eat or drink about 8 hours before the test so that your stomach and duodenum are empty.
  • Most people have a choice between having the procedure while they are awake, or often having a medicine to make them drowsy - a sedative (Of koz amek ubat pengsan)
  • One will have a spray to numb the back of your throat and make it easier for you to swallow the endoscopy tube.
  • You will be instructed to lie on your left side
  • Doctor will pass the endoscope tube down your throat to the area being investigated.

* endoscope tube*

  • The test lasts about 5 to 20 minutes.
  • If there are any abnormalities, the doctor will take pieces from the abnormal looking area to send the laboratory for closer inspection under a microscope. These tissue samples are called biopsies.
  • There may be a sensation of gas, and the movement of the scope may be left in the abdomen. Biopsies cannot be felt.
  • If one was given sedation, you will need to take someone with you to the hospital appointment. You won't be able to drive for the rest of the day and should someone to go home with you.
(Source : http://www.wellsphere.com)


Hopefully, everything goes well. Nothing serious. Aminnnn...

pstttt.... Alang-alang dah masuk camera dalam perut, boleh tak sedut lemak2 bawak keluar terus. Takyah nak diet menyakitkan sampai gastric nih! Boleh Doc??


Till then, daaaaaaaaaaa!

Thursday, November 11, 2010

New HomeSweetHome - Phase 1 : 95% Progress

Towards the end of Phase 1

Final development - Visitor's Toilet & Backyard Area.


Mulanya toilet tu tak masuk dlm plan asal. Tapi sebab size yg agak kecil, so we decided to extend. Kalau fikir logik pun, visitors kebiasaannya akan masuk toilet bawah. Jadik, kena la 'presentable', compared to other toilets. Alang2 dah renovate tu, terus tukar tiles untuk lantai dan dinding, automatic opening-and-closing toilet bowl lift, toilet sink and mirror-mirror on the wall..

* Toilet versi original. Dinding yg berbatu-bata tu bukan bahagian toilet. Itu bahagian sinki luar. Renovate jadi part of toilet. *

*Pintu toilet di tarik ke depan*

* Dah tempek simen *

* Alat pemotong jubin. Jaga-jaga cik salmah....*


* Lorong ke toilet *

Tak suka! Tak suka! Arghhhh...bujet lariii!!!! Dan kami jugak agak tak puas hati dengan hasil kerja tangan pekerja2 contractor utk toilet ni. Tak kemas. Macam buat satu tangan, dan satu tangan lagi tutup lobang hidung. Sambil buat muka terpaksa macam kena denda basuh toilet. Aikkk..korang keja bukan free tau! Bukan sukarela. Upah bersih tu, tak masuk dgn harga barang. Beli tiles and barang2 semua kami udah settlekan.

*Siap ngan plan bagai..ngalahkan project manager nak buat bangunan tetinggi kat mesia. Padahal nak pilih tiles jer pon. ahaksss*

*Selalu dengar iklan White Horse ni kat radio. Mcm best...So, kitaorg try..*

*Penuh tiles sampai atas. Padan muka bajet lari. Sib baik toilet sekangkang nyamuk. Kalau tak mau botak chin *

Tiles di belakang (sebelah bilik maid) pon dah siap pasang. Yg ni memang simple jer. Nanti kena pasang kabinet untuk washing machine, buat tempat keringkan baju dan kena pasang polycarbonate awning / skylight.

*Sebelum...*

*Selepas...area ni jer buh tiles. Yg lain semua rumput golf *

Next entry : Phase 2 started

Ok, till then. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Sunday, November 07, 2010

Congratulations Ayu & Em! On your new little one..

Welcome to the world, Nur Aryanna Erisa bt. Emri :)


Last Friday (Deepavali), we visited Ayuez and her second baby at Bangi.
Ayuez, used to be my housemate masa zaman bujang trang tang-tang & permulaan zaman bekerja dulu2. Juga bertindak sebagai pengapit masa kitaorg kaweng 4 tahun yg lepas.
Tak lama..2 bulan lepas tu, diaorg pulak kawin dan kami membalas kepitan kami jadik pengapit..



Semua geng x-housemate dah beranak 2 nampaknya...wah..wah..wah
Ayuez, Syuez, Noraez...prodaktip korang yek!
Tapi, semua kena 'keja keras' pasni sebab takde antara kita yg dapat sepasang..
Ayu & Nora..2 princess, Syuez..2 boys..


Nur Aryanna Erisa, selamat dilahirkan 1 November 10 (011110) @ KPMC Kajang
Cantik nombor yer Ayu...Banyak 'satu'...Agaknya ko kuat sangat menyokong '1 Malaysia' masa tengah ngandung..heheh..

* "Haaa....Mama! Tengok jer tau...jangan nak teringin...Bagi kami besaq dlu...." kata Yaya sambil menunjuk jari tanda amaran keras. Cehhh...amaran untuk Papa la! *


*..Antara keseronokan dpt baby...Boleh dapat adiah banyak2 camnie..best..best..!! errr...ni motivasi utk diri sendiri ker apa...*


Kak Long and Yaya pun happy dapat new friend...Aleeya (Yaya's same-age-peer). Seronok diaorg main2 mewarna, tangkap gamba sesama, bergosip (Silap. Itu aktiviti Mama)

Aleeya - " Kita ada 2o toys...10 anak patung...mcm2 adaaaa..."
Yaya - " Kita pun ada...errr..kita ada 2 pisssss "

Kak Long - " huh, whatever..... (dgn muka boring..hehe) "


*Friends Forever*


* Aktiviti favorite kanak2...Mari Mewarna. Kak Long menayang skill..Use your right hand please....*


"Congratulation....Ayu & Em
On the new baby

May U guys
Have Many Many More!!
and

May Baby Aryanna

Grow strong & happy

Under ur care and love.."



Sebagai mengakhiri entry ni, terimalah gambar masa kita bujang2 dulu...sebagai penguat semangat utk ko berpantang 44 hari (semangat utk aku jugak sbenarnya)..chaiyokkk Ayu!

*Konvoi ke kenduri Keyah - 2006. Kembalikanlah kerampingann peha ku itu..Kembalikan!!!!*

*Bowling @Summit - 2006. Semua osmate, kecuali yg sorang tu..
Main bowling gaya 10 markah..tapi bila baling, bola tergolek dog terus ke blakang..keh..keh...ampun mang!*



*My wedding..2006. Ayu nampak sungguh sekeping masa ni..*


Till then, daaaaaaaaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...