Thursday, November 25, 2010

2 Alam...atau Cerita Alam & Manusia??

Jumaat 2 minggu lepas, saya dan encik kesayangan telah memecah rekod peribadi. Kitaorg dengan bangganya sebagai anak jati melayu...errr...encik kesayangan jer, saya masih Pan-Asian..
Ulang balik. Kitaorg dengan bangganya pergi tengok mid nite cerita yg dijangka pecah ponggong panggung dengan kutipan RM40 juta....2 ALAM!!!!

*Google Image*

Jangan ditanya macam mana boleh tergerak hati nak tengok cerita ni. Mungkin sebab keyakinan producer filem ni yang tak agak-agak. Ya...Kepositifan itu telah berjaya mempengaruhi encik kesayangan. Lalu, dipaksanya saya ikut tengok. Walaupun saya yakin Raya tahun depan cerita ni keluar TV. Confirm!


Okey, pilih. Nak dengar yg best ker..yg tak best dulu??? Kita dengar yg Best dulu la ekk..


YG BEST

  • Idea keseluruhan memang menarik. Tapi rasanya dia org dapat idea ni pun lepas heboh skejap dlu kes pertukaran jantina seorang celebrity nie. Di kala industri filem malaysia (ayat buku, tetiba rasa mcm nak bagi syarahan) disajikan dengan cerita yg sama spesis -pasal hantu, pasal drift, mat rempit. Tiba-tiba keluar cerita pasal pertukaran jantina lelaki ke perempuan. Yaaa akhirnya! Ada jugak idea baru directors kat malaysia ni.

  • Mesej cerita yg boleh menginsafkan penonton, walaupun sekadar 50%. Ada part yg menaikkan bulu2 roma saya yg halus dan rebonding. Bagi saya, dari buang masa tengok cerita agama2 lain yg dah tentunya kita tak paham. Baik kita abeskan masa tengok cerita yg dah memang tentu ada kaitan dengan agama kita sendiri.

YG TAK BEST

Ok, Part yg TAK BEST agak banyak. Memang TAK BEST nak cerita menda yg TAK BEST. Takut, bagi impak tak best TAK BEST. Tapi, untuk jadi the best, kena jugak dengar yg TAK BEST. Pening..??? Korang memang tak best. Sikit-sikit pening!

  • Macam yg ramai komen. Tak relevant langsung bila dimasukkan adengan2 18sx yg merapu, tak sexy langsung dan kaku. 2 Alam ni pasal pertukaran jantina. Alam lelaki, bertukar ke alam perempuan. Ker, Alam dan Manusia..??? Kalau ini adalah satu taktik untuk dapat kutipan juta-juta...alahai, tolonglah! Zaman 80-an dlu boleh la kot. Zaman heroin kena pakai swimming suit dan berlari2 sambil babai tu dah berlalu.Skarang ni, penonton nakkan logik! Logik utk kitaorg fikir and challenge our own mind!

  • Banyak sangat yg tak logik. Pasal ustaz, uruskan jenazah yg kononnya susah dari pagi sampai tengah malam. Tapi elok jer pulak lagi baju putihnya. Tak pulak kotor kena tanah, kena peluh dan bermacam2 kotoran degil. Pakai sabun cap apa? Semurni TOP kot. Lepas tu, shawl ustaz tu elok jer pulak terselit kat bahu sepanjang hari. Dengan panas, dengan penat ngangkat keranda, dengan nak berjalan ke hujung kampung.. tapi penampilan seorang ustaz yg kemas dan bersih suci tetap kelihatan. Kagumm... Bagi saya, dressing takkan menghidupkan watak. Yg paling penting, karakter. Kalau ustaz tu pakai track suit ngan t-shirt pagoda biasa, tapi karakter ustaz tu hidup, memang budak darjah satu pun boleh tau Aron Aziz tu ustaz.
*Google Image*

*Google Image*

*Google Image*
  • Ada watak yg mati tiba-tiba. Watak si Faizal Hussein ngan 2-3 org member tu tiba2 lesap. Aikkk...Takkan lepas mandikan jenazah terus balik tidur. Kot yer pun balik tido, inform la deyyyy!! Jangan tetiba matikan, dengan harapan penonton yg bijak bistari macam kami tak perasan. Lepas tu, watak mamat yg tidur dengan minah 'sexy' ni. Tolong la explain..diaorg ni siapa dalam filem ni. Sumpah tak paham!Ker kitaorg yg selow part kotor-kotor nie..
*Google Image*

  • Kesesuaian pelakon dengan jalan cerita. Bagi saya, filem ni kena amek lelaki sebagai heroin. Dah nama pun transeksual - lelaki jadi perempuan. Bila gunakan perempuan sebagai heroin utama, habis spoilt rasanya overall cerita. Kejadian Allah sangat kompleks dan sempurna. Walau macam mana kita nak tukar, originality tu masih nampak. Pondan sekalipun, walau buat operation 10 kali, tetap nampak lelaki, dari suara, cara jalan, perwatakan dan sebagainya. Ini saya rasa pengarah kena buat research sikit. Ambil beberapa sample dari real cases. Yer laaa, kata nak buat filem 40 juta kan..
*Google Image - Heroin 2 Alam*

  • Banyak sangat scenes yg tak relevant langsung. Contoh, masa flashback banyak2 kali dengan lagu. Mak aiii...rasa macam tengok kompilasi video clips. Watak mat-mat rempit yg merogol & bercakap2 lucah pun takde kaitan. Iskkk..ni memang sah-sah nak menambah elemen2 'kotor' dalam cerita. Yg paling tak tahan, scene berjalan 2 org kat kolam renang. Dah jalan-jalan, pastu tenggelam dalam air..Apakah???? Patutnya, part sedih tu. Tapi kitaorg tak dapat menahan diri dari nak gelak terbahak-bahak.

Banyak lagi kalau nak comment. Bukan sebab nak menjatuhkan, tapi anggapla untuk sama2 menaikkan mutu filem Melayu ke peringkat yg boleh dibanggakan. Saya jarang tengok wayang cerita melayu bukan sebab malu, tapi sebab kualiti drama2 di tv lebih hebat kalau nak dibuat perbandingan. Kami bayar tiket wayang bukan untuk tengok cerita orang Melayu atas katil, dalam swimming pool, merempit, dua2 dalam hotel atau dalam kereta waktu malam.

Tolonglaaaa...buat filem yg boleh membuatkan kami dengan bangganya akan berkata....

"Tengok Harry Potter..?? Eyaakkkssss...baik tengok 2 Alam. Tengok cerita melayu lagi best! "

Just my two cents!


Ok, till then. Daaaaaaaaaa...

3 comments:

Nur Shazura said...

hahahahaha...aku masih kagum ko laki bini pegi tengok tengok 2 Alam....

aNiSFaHiMi said...

ala aunty teh..even hp pon bosan gla..dh la lma gla...mmg siap bleh kluaq p toilet lg...hehe

just me..ummi said...

betul betull... aku bersetuju ngan mamazura.. ehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...