Tuesday, November 02, 2010

Hello Kitty Mini Travel Iron....So cute!

Bila travel, saya selalu mengalami masalah cirit-birit mendapatkan IRON..
IRON dah jadik satu keperluan, especially utk pemakai setia tudung bawal macam saya.
Problemonya, tak semua hotel, homestay atau apartment ada sediakan IRON. Kalau tak ada , terpaksalah...


A - Pakai tudung yg sama berhari2. Walaupun baju ngan tudung tak matching langsung..Belasah! Bau usah cakaplaa..Iskkk..Janji Stylo.

B - Pakai jugak la tudung / baju yg keromot2, penu garis2 kedut-medut. Memang nampak pemalas! Selekeh! Loser! Ada aku kesah...

C - Takde masalah. Saya memang selalu bawak IRON besar peninggalan arwah nenek ke mana2. Dah jenuh IRON besar tu jalan. Merata dunia saya bawak...Usah kata tudung, pampers anak pon saya boleh IRON.

D - Semua di atas.


Tapi sekarang, tidak lagi....Memperkenalkan...

Tora datang lagi......!!!

Hello Kitty Mini Travel Iron


Surprise..!! Comel tak...comel tak? *Sambil buat gaya mcm Eric Leong*


Amaran : Ini bukan toys terbaru di pasaran. Iron betul nie. Panas. Jadik jgn letak sebarangan. Takut anak atau bibik anda main2. Karang tak pasal2 jadik kes Nirmala Bonat . Dera bibik guna seterika
.


*Lengkap dengan power supply*


* Boleh 'duduk' mcm Iron biasa. Bezanya cuma takde pelaras max-min*


*Sekecik tapak tangan *


* Senang disimpan & dibawa ke mana2*


Suka...Suka. Dah takde masalah lagi. Harga pun tak mahal. RM50 jer. Saya tak jual. Tapi kalau nak, boleh ke Gift Shop Hello Kitty. Selain darik iron, ada kettle, hair dryer and kipas. Carik jugak mesin jahit kecik, takde pulak. Huhuuu..

Dengan IRON cute-mute ni, tak ada masalah nak angkut pergi travel mana2. Boleh disimpan dalam handbag pun. Saya dah test-drive iron tudung & blouse, memang sama dengan iron biasa. Berbaloi-baloi......


Sekian saja Product Review untuk kali ni.


Till then, bobaiiii

3 comments:

Mama AqiL said...

sangat menarik lar iron hello kitty nie ....

kat ner ko beli nie..

Nur Shazura said...

alalalala..comelnyer....cam ko gak abbo.....

just me..ummi said...

comel comel... suka suka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...