Monday, November 22, 2010

MAHA 2010...and flashback of MAHA 2008!

MAHA 2010 sudah datang..! Yipppieeeeeee!!!

"Berasaskan kejayaan MAHA 2008, MAHA 2010 dianjurkan sekali lagi dan merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010"

Cepat betul masa berlalu. Dah 2 tahun rupanya. Masa MAHA 2008, saya pregnant 8 bulan. Sarat-sarat macam tu pun, 3 kali jugak la kitaorg ke tapak MAHA. Memang Bestttt!!!

Mari kita flashback balik MAHA 2008...

*Maha 2008 - Kak Long masa umur setahun setengah*


Macam-macam tau ada kat sini...
Ada binatang2 ternakan yg menyerupai zoo. Budak2 mesti suka..
Ada pameran pasal tanaman bagi yg suka bercucuk tanam..
Ada pameran pasal makanan..uihhh..ni memang kitaorg suka...siap ada food test..
Ada pameran mesin..err...ni encik suami jer suka...
Kalau nak tau detail, sila tekan sinih.


*Tak yah type caption, boleh? Dah beso gajah takkan tak kenal gajah lagi kot..*



* Sang rusa dan rumput-rumput*


* Sang arnab*

*Kak Long kusyuk tengok kambing*


*Lembu yg ada masalah dark eye circle..ker ko pakai celak non-water proof nih?*


*Boleh usap-usap sang donkey camnie*

*Ada sang itik..*

* Horse...Lan...wupssssss!!*


*Pameran Mesin...encik kesayangan suka...*

*Kak Long pun tekun mendengar..*


Jom ramai-ramai ke MAHA 2010 dari 26 Nov ~ 5 Dec 2010 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. Bawak sekali anak-anak. Sekarang pun dah start cuti sekolah kan...Ohhh...sangat tak sabar nak bawak Kak Long ngan Yaya. Mesti si kecik tu terlompat-lompat. Tak pun, Papa yg terlompat...emmphhh...!


1 comment:

Nur Shazura said...

abbo...si el ni pun dah sound byk kali nak pegi....sha bukan apa...bab2 bertani ni memang kureng skit...tangan panas...hehehehe...tapi bila tengok entry abbo kata ada mini zoo tu ngan pameran makanan...cam best le pulak...ada yang hari minggu ni pegi ni...hehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...