Tuesday, November 23, 2010

Minta apa saja...Insyaallah akan dapat!

Eheeemmmm...Korang mesti suka entry ni. Baca pun dengan bernapsu nampak...hehe.
Nak-nak pulak yg ada berderet-deret wishlist tu. Kan..kan..kan!
Kalau korang yg perempuan-perempuan ni, ditanya nak mintak apa...confirm kerat jari mesti jawab...

...Nak designer handbags harga ribu-ribu boleh? Yg macam Siti Nurhaliza pakai pun jadiklaa..??

...Nak tambah collection kasut boleh..?? Nak beli warna kelabu taek anjing plak...


...Nak gi vacation boleh...?? Boring asyik keja jer. Otak dah kebas. Kita gi lepak Europe nak..??



Adakah itu wishlist saya?? Of coz not!!!!! I'm not into expensive handbags, kasut, baju,etc.
Kalau encik kesayangan nak belikan pun saya tak mahu! Lebih baik gunakan duit tu untuk bawak pergi jalan-jalan pusing dunia. Pergi haji ker..umrah..atau beli properties utk dijadikan modal masa depan atau bekalan di akhirat nanti... Itu sebenarnya yg saya nak. Memang kedengaran seperti seorang ustazah yg ditemubual dalam rancangan forum Islam.. tapi memang itulah saya.


..."Tapi kan.. kalau sayang dah terbeli konon nak buat surprise sempena engagement anniversary bulan 12 ni, saya pasrah dan redha menerimanya. Kalau tolak, derhaka plak kan.Heeeheee.."
*Itu adalah sejenis ayat hint..sila jgn buat2 tak paham*


* Gambar memang sekadar hiasan, walaupun tak berapa relevant. Dekat blog siapa lagi nak menayang muka sendiri. Takkan dekat blog korang kot kan... *


Dah terkeluar tajuk nampaknya. Mari kita balik ke pangkal jalan pada cerita 'Minta apa sajer' ni..
Al-kisahnya.....


Masa aktiviti pindah rumah 2 bulan lepas, seplastik kasut-kasut anak saya hilang. Kasut dari new born..sampai sekarang. Dah jenuh cari merata. Siap suruh abang lori angkut barang2 tu pun check sama dalam lorry. Mana tau terselit bawah seat ker, terpakai ker, tercurik ker. Carik kat rumah pun baru, takder. Kat rumah lama, takder. Kat rumah sewa, lagi la takder.


Arghhh, sudah! Ada 2 kebarangkalian. Satu, terbuang sekali dengan plastik sampah. Atau, memang tertinggal dalam lori tu. Ada org lain jumpa, terus pergi jual kat kasut bundle. Atau mungkin jugak, abang lori yg amek. Iyaaaa, sang syaiton nirojim sudah berbisik membuatkan saya menyumpah berbakul-bakul pada itu olang!Grrrrrrrr...


Saya ni jenis tak boleh tidur malam kalau ada barang2 yg hilang. Wehhh, sayang tu! Collection kasut sejak diaorg kecik2, sampai sekarang. Kasut raya yg baru 2-3 kali pakai pun termasuk dalam plastik tu. Walaupun tak la semua brand hebat & mahal, tapi tetap ada sentimental value. Ada antara kasut tu kenangan pertama diaorg belajar berjalan teketek-ketek. Haruslah simpan buat kenangan sampai diaorg besar.Tiba-tiba, teringat cerita kata-kata member opis...


Kalau ada antara kita yg berkehendakkan sesuatu, baca Surah Al-Nasr 3 kali. Dalam hati, berdoa, dan mintak dengan seikhlas hati apa yg korang hajatkan.
Mintak apa sahaja...Insyaallah, akan dapat! Dan, bila kita dah dapat, baca lagi Surah Al-Nasr 3 kali.




Tapi, jangan mintak benda buka-bukan plak! Nak pecah masuk rumah ker, nak rompak bank ker. Agak-agak laaaa kan....


Saya cuba buat macam yg disuruh. Mintak dipertemukan balik dengan sebungkus kasut2 tu. Heeheee...terasa meroyan plak. Takperla. Janji kalau jumpa, dah boleh tidor dengan nyenyak.


Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, dapat jumpa balik. Huhuhuhu...Syukur!!! Walaupun kitaorg agak musykil lokasi kasut-kasut itu dijumpai. Tapi, takper, abaikan. Yang penting, doa dimakbulkan Allah.


'Minta apa sajer' tu jangan laaa semata-mata material. Pasal shopping, pasal handbags, pasal makeup, pasal kasut atau perkara duniawi lain. Ingat, niat mesti ikhlas. Insyaallah, Allah itu Maha Mendengar!


Selamat mencuba...dan selamat beramal...!!


*Sebahagian kasut2 yg dijumpai...tersusun rapi :)*


*Antara yg paling sayang...*

Till then, daaaaaaa...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...