Sunday, December 12, 2010

Masalah sejak tadika & MAHA 2010

Saya ada masalah yg sama setiap tahun.
Bila nak masuk tahun baru, sibuk nak bagi azam baru macam org2 lain.
Antara azam yg paling berazam nak buat ialah...buang tabiat suka melengahkan kerja.
Ya...memang keji.Saya tau. Tak payah nak ngeleng-ngeleng kepala macam drama Melayu. Tapi rasanya ini ada kaitan dengan genetik. Ayah saya pun ada masalah yg sama sebelum pencen dulu. Hehee.

Bukan kerja jer, bila berblogging pun sama. Suka melengah untuk post entry terbaru.
Sudahnya, cerita jadik basi.
Dah tak hot!
Dah tak berita terkini hiburan sensasi..
Walaupun sedar, siapa sangat pon nak tau cerita terkini saya, kan?
Sila jangan jawab 'Tau, takper!' dalam hati yer. Pls don't! It's hurt.....

Contohnya, macam entry yg ni.
2 minggu lepas, 3 kali kami ke MAHA.
Saya ulang, 3 kali yer puan-puan. Betapa MAHA taksubnya kami dengan Ekspo MAHA 2010 ni.
Minggu lepas pulak, saya dengan kawan2 office berjaya memboloskan diri ke KLIMS 2010.
(Penting utk meletakkan tahun 2010 .Untuk mengingatkan saya ekspo akan datang, saya bukan lagi gadis 20-an yg anda kenali. Huhu..)

Kan lagi bagus, lagi berguna & lagi informative kalau saya post pasal MAHA 2010 ni pada minggu MAHA ni berlangsung?
Kalau ada yg google - 'what is MAHA ekcelli?'
Boleh juga blog ni berkhidmat untuk bangsa dan negara.
Berguna untuk orang-orang yg nak beli kambing, lembu dan binatang2 yg seangkatan dengannya.
Haihhhh!
Tapi takper. Saya post jugak. Sebab 3 kali pergi. Perasaan excited tu masih ada.
Layannnn....


Amaran : Anak2 saya pecinta wanita binatang. Jadi, kebanyakan gambar memang dengan binatang ternakan. Tak elok untuk tatapan ibu-ibu mengandung.


Kaji MAP macam nak jelajah Europe. 10 markah untuk gaya!

MAHA Information Kiosk.

Di ladang ternakan. Ok, tak baek tipu. Poster ladang ternakan jer belakang tu.

Kibas. Binatang ni memang tak seglamer kambing atau lembu. Sangat low profile.

Bayar RM3, boleh bagi arnab makan, main2 dengan arnab...sampai diaorg boring tengok muka korang...kewl ek?

Kak Long berani betul..Ni mesti ikut darah pendekar Mama..egegegee

Biri-biri yg eksen. Macam lawa!


Yg belakang tu sebenarnya spesis gamat. Walaupun tak berapa nampak, encik kesayangan suruh jugak masuk gambar ni. Sebab katanya muka nampak suci dan glowing. Berkat dari makan gamat tetiap hari kot :p




Jalan-jalan di rumah negeri. Yg belakang tu bukan hantu sundal bolong yer puan-puan. Itu adalah org-org yg digunakan di sawah padi utk menakutkan burung. Tapi rasanya, burung2 sekarang pun dah terer. Baik pakai yg ada kat highway tu, kan!

Lagi cantekkk kalau bergambar kat Sarawak betul-betul.
(Ini adalah sejenis ayat hint yer :p )

Background : Sawah padi (Ker, tasik? Dah tak ingat)



Nak suggest try otak-otak dengan sata ni pon, MAHA dah abes. Tapi memang sodap! Marbeles. Nama gerai - Aziz Satar dari Terengganu. Pak Ajes punya kot.

Apa motif gamba pon tak diketahui. Konon nak nampak mcm kat sawah padi guna poster sebagai backdrop. Tapi tak real. Pegi sawah bawak handbag??


Ini lagi tak real. Nampak mcm pesawah tu meraba pungg**g encik kesayangan. Awwww...sexy

First time tengok buah kelapa sawit. Rasa nak bawak balik tanam kat rumah.

Idea untuk wedding decoration.



Rasa nak gigit jer. Bukan buah kat belakang, tapi budak kecik kat depan tu..

Yang ni pun. Slrrrpppp!


Kalau korang terlepas MAHA 2010, boleh pergi MAHA 2012.
2 tahun lagi...adakah kami akan pergi berlima pulak????
Insyaallah... (Sila letak tangan di telinga dan menyayi macam Maher Zain...)

Untuk mengabeskan entry, tak sah kalau tak masukkan gambar pasangan sehati berdiet ni :)



Till then, daaaaaaaa!

3 comments:

::Me.Myself.I:: said...

terserlah la betapa bnyk kali nye mai g MAHA based on baju..:).rajin..my asben dh reject awl2,x sampai ati plak nk ajak..

Nur Shazura said...

abbo...tak tahan betul nengok gambo en hoslan kene raba...auwww....hahahahahahaha

Maisarah Mohamed Taib said...

Nurul :Hahahaa...kitaorg pecinta makanan. Tu yg heaven gile datang sini..hehehe

Sha : Aku lg tak tahan...opssss!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...