Tuesday, March 22, 2011

Our Vacation - Hong Kong (Day 2)

Day Two

Date : Thursday, 20th January 2011
Itinerary : Hong Kong Disneyland


*Fairytale Castle at Disneyland HK*

  • Hari ke-2 di Hong Kong. Hari untuk anak-anak besukaria di Disneyland!!!! Yang pasti bukan anak2, Mama ngan Papa yg telebih excited! Normal la tu,kan!
  • Begerak keluar 9:30am dari hotel. Dari Tin Shui Wai ke Disneyland Station, kena bayar HKD 28.5 seorand. 2 kali tukar trains, di Mei Foo & Sunny Bay. Masuk hari ke-2 dah terer. Dah boleh buat muka berlagak Mr.Bean sambil naik train.
  • Ikut itinerary, kami di Disneyland sehari suntuk. So, kena bawak banyak bekalan di hari tua. Snacks & baju extra wajibul ghunnah! Nasib baik anak2 yg bijak mewarisi mama mereka itu dah tak pakai pampers, so kurang sket bebanan & kekembungan beg.
  • Untuk ke Disneyland..semua pakai trench coat. Kak Long, red LV beli dekat Bandung 2 tahun lepas. Masa tu dia tak muat. Tapi sekarang bila pakai macam dah nak pendek. Yaya,Guess Kids beli dekat Mid Valley.

*Posing fesyen apa nie..Mama tak ajar pon rasanya..*
  • Purchase One Day Ticket beharga HKD 350 sampai jer di Disneyland. Lebih kurang RM140 utk dewasa. Child (3-11) kena bayar HKD 250. Alahai...beza seratus. Sekentut jer!

  • Untuk menghangatkan lagi semangat ber'Disney', sebelum masuk belikan Kak Long ngan Yaya headband Mickey & Minnie Mouse. Harga satu HKD 90. Diaorg happy abes! Tapi awal2 kat USA Main Street lagi, headband Minnie Yaya dah terjatuh. Tak sedar pun jatuh kat mana. Bila patah balik & cari..memang dah lesap! Tengok balik gamba ni baru perasan tercicir kat mana...
*Meh cari kepala Mickey tersembunyi*

  • Sebelum masuk, kami buat sindiket menyorok barang makan. Sama macam mana2 rules dlm theme park, tak boleh sesuka hati bawak masuk food dari luar. So, kat sini kena kreatif & inovatif sikit. Mungkin sorok dalam baju atau selimut anak2. Jangan pulak bawak rice cooker, beras, ikan nak masak & berkampung dlm Disney tu. Agak2 laaa...
  • Alhamdulillah, lepas jampi serapah & hembus2 apek penjaga tiket, dapatla kami masuk tanpa bersoal jawab. Mungkin ada budak kecik, diaorg pun tak check sangat.Tocheii..Tocheii..
*Entrance to HK Disneyland. Tunjuk ticket & beg akan diselongkar dengan penuh dedikasi*

  • Perkara pertama yg dibuat, terus sewa stroller di Fire Department. Kali ni kena amek 2 stroller sebab Disneyland takde double stroller macam dkt USS. Harga HKD 80, deposit HKD 40. Tapi deposit akan di-refund bila pulangkan balik stroller dlm keadaan selamat & cukup sifat sebelum pukul 8pm. Nama akan ditulis kat belakang stroller. Takut tertukar bila parking banyak2 nanti.


*Depan Fire Dept*

  • Ada macam2 menda menarik kat Disneyland nie. Antaranya, Lucky Trails. Sempena 5th Anniversary Celebration 2011, Disneyland HK bina 5 lucky trails. Ada apa dengan Lucky Trail nie? Tak ada pun...untuk bergambar jer. Salah satunya, macam yg dekat bawah nie.


  • Semua benda2 dalam Disneyland ni mesti dibentuk macam kepala Mickey Mouse, termasuk makanan. Antaranya, Mickey Waffle. Oooohh sgt cute!



  • Ada 4 bahagian wajib pergi dalam Disneyland HK. Main Street USA, Adventureland, Fantasyland & Tomorrowland. Selain tu, cuba amek gambar dengan semua Disney characters mcm Mickey, Minnie, Pooh, Cinderella, Snow White, etc. Masa kami pergi, dah petang baru dapat jumpa semua characters. Itupun diaorg ni mcm tersorok sikit. Kena pandai carik..



  • Bila dah ke Disneyland, tak lengkap kalau tak tengok The Disney Flights of Fantasy Parade. Bermula pukul 3pm, pukul 2 lagi kami dah 'chup' port terbaek. Siap parking terus stroller. Masa ni korang kena jadi kalut makcik bedah sket, kalau tak senang2 jer diaorg lepak depan walaupun dtg lambat. Sian budak2 kecik ni..nampak kepala orang jer. Kalau dah parking stroller pun nak menempel jugak, korang tolak jer. Dalam gambar kat bawah ni korang nampak 2 biji belon besa. Satu harga HKD50. Masa beli tak seda diri naik train.Dan tak seda diri tak bawak maid. Bila budak rengek2 nak belon, terus beli. Sudahnya, kena kempiskan masa nak naik train balik.

*Parking stroller & siap set camera. Yaya tengah kelentong Kak Long.
Kak Long buat muka boring. Whatevaa!



*The Disney Flights of Fantasy Parade started with Dumbo the Elephant*


*Pertunjukkan peha tanpa selulit..*




  • Malamnya pulak, ada Fireworks at Fairytale Castle. Masa ni dah tak larat nak chup tempat bagai. Asalkan nampak bunga api letop2 jer laaa. Anak2 pun dah letih. Tapi, memang cantikk. Kalau korang pergi Disneyland HK, pastikan lepas tengok fireworks baru balik. Kalau tak rugi.....

*Waaaaaa....Waaaaa....!!!
Macam mana korang tengok citer Jackie Chan, camtu la bunyi mulut diaorg bila tiap kali bunga api meletops*


  • Hasil tangkapan for the day. Untuk elakkan pegaduhan & perebutan, kena beli dua utk jenis yang sama. Agak bershopping sakan-sukun jgk la dalam Disneyland ni. Semua untuk anak2 yg kami sangat-sangat sayanggg...mwahhh!

*All times favorites..Mickey & Minnie Mouse*

  • Selain dari toys & merchandise at Disney Outlets, kami juga sakan membeli gambar2 yg captured by Pro Photographer and edited by Kodak Photo Gallery. Setiap gambar dengan Disney characters atau tempat2 menarik dalam Disney mesti ada pro photographer standby. Lepas captured, korang akan dapat resit. Kalau ada 15 pro photographer, maknanya ada 15 resit gambar. Bila dah nak balik nanti, boleh claim gambar-gambar korang dekat Kodak Photo Gallery @ Main Street USA. Satu gambar, macam contoh kat bawah ni beharga HKD 100. Kami beli 6 semuanya..walaupun ada jer captured dgn camera sendiri.



  • Kenangan paling sweet untuk budak2 kecik ni dengan Mickey. Mula2 kami dah bergambar dengan Mickey. Lepas tu, masa nak balik, si Mickey ni panggil Kak Long ngan Yaya. Dia ajak jalan2 sambil pegang tangan. Masa tu ada cameraman dari mana ntah. Yaya ngan Kak Long ni apa lagi. Syiok tak hengat...asyik nak peluk perut Mickey jer.

*Mama...nak patung Mickey besar macam ni boleh...*


*Best tengok diaorg ni peluk Pooh.Rasa mcm nak peluk jugak*



  • Sebelum keluar ke train station, sempat bergambar kat Park Promenade yg menyerupai chocolate. Boleh jer begambar waktu siang hari, tapi selalunya penuh.



  • Balik dari Disneyland, singgah Kowloon untuk dinner at SPICE - Thai & Malay cuisine. Tak sempat nak snap gamba makanan. Lepas tu terus balik hotel. Sangat penat tapi enjoiii!


End of Day 2.


More of our pics at
Hong Kong Disneyland....

More info on Hong Kong Disneyland.....

1 comment:

angkasa said...

bestyaa aunty teh! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...