Thursday, February 24, 2011

Our Vacation - Hong Kong (Part 1)



Day One

Dapart (KL -> HK) : Wed, 19th January 2011

Time : 6:25am - 10:15am

Itinerary : Harbour Plaza Resort City Hotel - Peak Tram Lower Terminus -
Peak Tram Historical Gallery - The Peak - Madame Tussauds - Sky Terrace

Entry ni HANYA untuk rujukan anda yg plan untuk bercuti ke HK dengan :
  1. Low budget vacation, tapi nak cover semua tempat best-best. Paling penting Disneyland!
  2. Tidak sama sekali shopping designer handbags yg harganya boleh bayar down payment kereta. Nope! Bukan di blog ini.
  3. Family Vacation. Bukan honeymoon oke! Jadi banyak tempat, aktiviti & masa disesuaikan dengan mood anak2. Nak bepegang tangan bermesra-mesraan pon tak sempat.
  4. Search & Survey sendiri. Tak menggunakan Agency Tour Package.
  5. Family member yg membesar dengan kuat dan cergas. Yg ada masalah lutut, tak boleh berjalan lama, rimas dengan bising atau masalah2 lain seperti meroyan atau fobia bila naik keretapi adalah sgt tidak sesuai untuk trip jenis ini. Yang asyik nak sakit hati pun tak boleh.Nak bercuti2 tak bleh stress. Kena happy jer.


  • February, the best month to visit Hong Kong kalau nak merasa 'Winter Vacation'. Tak dapat la tengok snow flakes, tapi suhu bawah 10 cukup buat kitaorg kancing gigi kesejukan. Best sight seeing masa winter sebab tak berpeluh berjalan sini sana. Lagi satu, kebanyakan diaorang pakai baju proper covering of the aurah masa ni. Long winter jacket, trench coat atau sweater tebal je. Takde la terasa diri tak sexy & hot bila compare ngan diaorg.

  • Bila sebut low-budget travel, automatic akan tau..kami gunakan Air Asia tambang murah. Bertolak dari LCCT pukul 6.25 pagi. Best bertolak subuh2 nie sebab boleh tengok matahari terbit secara LIVE dari atas awan dania

  • Arrived HK Airport pukul 10:40. 4 jam perjalanan. Keras jgkla muntut..Kak Long & Yaya tidur jer. Excited sangat malam tu sebab nak berjalan, sampai lambat tidur. Setengah jam lagi nak sampai baru terjaga.

Nak tangkap gambar jam belakang tu sebenarnya. Tapi, terover sengih.


Konon nak bergambar 'happy' dah sampai HK. Tapi dah macam orang terkehel tengkuk.


  • Bas dah siap tunggu kat airport. Senang..tak payah susah2 cari train atau cab ke hotel. Nama hotel kami Harbour Plaza Resort City Hotel. Takde passenger lain. Kami sefamily jer. Ingatkan free, atau dah termasuk dlm hotel charge. Rupanya masa nak turun driver tu mintak HKD100. Dah siap tangan nak bercakap pasal hak2 pengguna macam Karam Sigh Walia kat apek ni. Tapi,fikir2 balik..bayar jer la.

Mcm ni la rupanya hantar Kak Long ngan Yaya naik bas sekolah nanti :)


  • Location wise, kami memang tak suggest hotel ni. Sebab agak jauh dari Hong Kong city centre. Masa mula2 tengok location dekat dengan light train station, encik beloved terus excited booking. Lagipun nama hotel ni dah berjaya menipu kami. Harbour Plaza dengan Victoria Harbour tak sama. Senang cerita, jauhnya macam Terminal Putra Gombak ke KL Central. Tapi dari segi security, harga & hotel facilities memang kami suka. Jauh dari city centre bermakna kurang bahaya & bising. Ada Wi-Fi dengan view yg cantik dari hotel, berjaya buat kitaorg lupa dah tersilap pilih hotel.

Google Image - Harbour Plaza Hotel

our room
  • Macam yg pernah cerita sebelum hari berlepas, tugas2 khas saya adalah untuk survey & buat full itinerary. Naik train apa, makan kat mana & mcm2 lagi semua kena cari. Encik beloved hanya keluarkan dana jer. Preparation memang gempak abes. Print macam-macam. Sampaikan dah siap2 buat exchange rata HKD to RM. Saya & encik beloved simpan satu copy tiap sorang.

Lakonan mantap. Padahal masa ni tgh kol polis bantuan.haha..


  • Dah study map beriya, tiba hari kejadian blank! Semua tak keluar mcm yg dibaca..Sepatutnya jumpa Tin Shui Wai..tapi yg ini Station Giza. Mana pulak datangnya si Giza ni? Tetiba teringat masa belajar dlu. Sebelum exam study mcm nak gile, sekali hampeh satu apah tak kuar. Peluh jantan, betina, bapok semua keluar. Haiiiyaaaa..seiii lorrr! Sudahnya, encik beloved yg tak study map tu plak yg terer. Menci. Rasa useless. hampehness. Print direction bagai mcm buat final year project. Baru naik train petama dah lady gagau. Mengongness. Siapa? Orang yg buat station Giza tu!

  • Dari Tin Shui Wai station ke Central ambil masa 40 minit. Single ticket harga HKD 24. Budak 3 tahun ke atas dah kena bayar full mcm org dewasa. Kemudian, sekali lagi peristiwa ternganga-nganga dan muka pelancong terpancar di wajah kitaorg. Rupanya semua train bukan direct to destination. Dari Tin Shui Wai ke Central kena tukar 2 trains. Dah la tak bawak stroller. Terpaksa la mengendong Yaya bila budak kenit tu dah tak larat nak jalan. Nak lagi menguji kesabaran saya sebagai ibu mithali ibu yg sejati..tetiba dia tak nak Papa dukung. Nak Mama jer. Adehhh.....! Di sini kesabaran amat penting yer puan-puan.

  • Selepas turun naik train (termasuk salah naik train), sampaila di Central. Central & Hong Kong station sama jer. Dari sini nak ke Peak Tram station pun kena jalan dalam 20 minutes. Sempat masuk The Landmark (one of the biggest shopping mall), jumpa Bank of Tower & lepas jumpa St. John's Building...baru sampai Peak Tram Lower Terminus, located at Garden road.

Depan ITC Shopping Mall


Bank of Tower, HK


Peak Tram Lower Terminus


  • Sampai jer Peak Tram Lower Terminus, terus beli Peak tram Sky Pass. Sky Pass ni mcm package 3 in 1. Bayar HKD 56 untuk adult & HKD 26 untuk child 3-11 tahun, korang boleh dapat Peak Tram return Tickets, HK's highest 360 degrees viewing terrace & The Peak Tower's Sky terrace.Boleh jer kalau nak beli serba satu.

  • Itinerary at The Peak HK bermula dengan Peak Tram Historical Gallery. Sebab ada perkatan 'Historic' dan 'Gallery', maka kami tidak begitu selera nak singgah. Cuma amek gambar buat syarat.Dalam itinerary yg saya buat pun, siap ada note *masuk hanya KALAU SEMPAT*

Peak Tram Historical Gallery..Kak Long buat muka boring pulak. Cover sket.


Captured by Pro Photographer.
Kalau suka boleh beli dengan harga HKD 100, siap dengan frame.


Peak Tram Historical Gallery..Kak Long buat muka boring pulak. Cover sket.

  • Tak sampai 5 minit tunggu, Peak Tram pun sampai. First time tengok, mcm "Laaa..keretapi biasa jer. Apa yg hebat sangat...?" Seakan bengang dengan kata hati kitaorang, Peak Tram ni mula mengganas bila naik makin tinggi. Mak aaiiii...ni roller coaster, cuma dalam version slow. Atau mungkin 'cable car train'. Bayangkan..naik bangunan tertinggi HK dengan keretapi yg hanya bergantung kepada cable yg menyerupai seutas tali. Tali uooolssss...Taliiii!!! Kalau la putus....Pada yang sakit jantung, gayat atau sawan, jangan gatai-gatai pandang ke belakang. Takde sapa nak tolong angkat kalau dah pengsan.

Peak Tram. Ingat..Jangan Pandang Belakang!

  • Sampai atas, sejuk gile mencongkam. Nasib baik Kak Long & Yaya okey jer. Diaorg memang suka tempat2 sejuk agaknya.Cewah...bunyi macam anak Malaysia yg lupa daratan. Destinasi pertama..ke Madame Taussauds at Level P1 Peak Tower. Kat sini...emphh..tak yah cerita banyak. Memang banyak gambo dengan artis jer. Layan jer la sampai muntah.
Red carpet to Madame Tussauds


Muka abes ati..




Dgn Jackie Chan kena guna professional photographer.
Lepas tu boleh pilih & bayar ikut size. Utk yg ni kitaorg bayar HKD 100



Ternganga sambil mata pandang kertas. Nak tunggu mamat ni nak tulis apa.
Pastu pandang balik mamat ni..pandang balik kertas..haha...lawak.



Waris Raja Kapurrr..


Opah yg terpisah sejak kecik.Lama dah tak balik kampung. Tgkla, Raya ni kot..


Macam sama kan..kan..kann??

  • Lepas dalam sejam stengah posing dengan macam2 artis, next...to Sky Terrace. Tempat sejuk beku. Standing at 428 metres above sea level, the highest 360-degree panoramic view platform in HK. Hilang penyakit gayat bila tengok permandangan yg sangat-sangat cantik. Kitaorg stay sini sampai malam sebab nak tengok lampu. Sangat recommend korang datang sini kalau ke Hong Kong, especially yg nak beromantika dengan encik suami masing-masing. Kami pun tak melepaskan peluang. Lupakan sekejap anak2 yg tengah berlari riang sini sana..


Muka excited @ Sky terrace

Bila tanya Yaya..kita kat mana nie..Dia akan jawab 'Ong-Ong'.
So, Terimalah...kumpulan rappers Ong-Ong..



Night view from Sky Terrace

Mode beromantika. Tukang tangkap gambar adalah Kak Long.
Credit to my lil' girl. Tak sia-sia bagi training


  • Bergerak turun dalam pukul 9pm. Yaya dah tertidur dalam Tram. Adusss...lenguh laa tangan nak mendukung. Nampak tak kesan kalau berlagak sombong taknak bawak stroller...?? Rasa macam nak balik ngan teksi jer. Terpaksa lupakan cita-cita nak ke Avenue of Stars & Victoria Harbour. Postponed ke malam terakhir nanti.
  • Sampai hotel dah pukul 11 malam. Singgah Kingwood Giza, shopping complex sebelah hotel utk beli snacks - roti, biskut & yg sehalal dengannya. Ada banyak jugak barang2 runcit buatan Malaysia kat sini.
  • Sampai jer hotel dalam pukul 11. Huhuhu...keletihan. So,end of Day 1.

Pengajaran penting sepanjang Day 1 :
  • Untuk trip yg ada budak bawah 5 tahun, seeloknya bawak stroller kalau berhajat nak explore naik turun train. Jangan risau, platform di setiap station ada lift dan kebanyakan orang2 HK bawak baby dengan stroller. Dalam train pun ada space untuk parking stroller.
  • Bawak bekalan makanan mencukupi dari rumah macam biskut & roti. Spare dalam beg untuk anak-anak. Agak susah nak cari kedai & makanan yg sesuai untuk budak.
Bekalan di hari tua lapaq. Stok kena selalu bertambah. Boleh try shopping kat supermarket.
Tapi tengok yg made in Malaysia & ada tanda halal.


  • Study map & laluan train betul2. Siap calculate harga tambang,etc.
  • Cari hotel yg betul2 dekat dengan train station & kalau boleh di tengah2 bandar HK.

Untuk mengakhiri entry Day 1 yg terperam lama nie, gambar Lady 'Gagau' yg ada iras Wan Maimunah & Real Lady Gaga.

Tak ayu jelita langsung kalau jadik perempuan ;p

Sayang, kalau berani cuba cekak pinggang camtu.
Cer cuba..Cer cubaaa..Hehe..Piss!!

Align Left

Till then, daaaaaa!


4 comments:

eug|ena said...

at last ade jugak update HK ni.. hehehe... bz ye cik akak lately?

kak mai, hotel tu nampak cantek & comfortable gile..
gambar leher terkehel tu plg mahal.. kak long pon plek tgk.. ahahaha.. peace!

psst: jom gi ikea lg.. hahahah!

::Me.Myself.I:: said...

lame mai nk kuarkan entry nih..basi dah!hahaha.kite aitu x g pun madam tussaud pun.rs mcm xperlu!hahaha.tp kt atas tuh mmg sejuk giler.mslh kite kt sana aitu bile ramai yg bwk anjing..kena beware je bile jln!kena org yg aktif ye kalo nk g HK nih..sbb blh lotih gilos..especially yg ada anak!hehehe

yazliana said...

1stly 4 ur info, yaz mmg suka baca blog kak abo, sbb mesti ada ayat2 yg bombastic yg menggeletek perut yaz ni..hehehe...pastu ada info2 yg menarik, mcm entry ni la...mmg best kalo kita p vacation tanpa amik pakej ni, br adventure skit...so, nex time please jgn la lambat post entry ye kak abo...heheh..

Maisarah Mohamed Taib said...

Migot : Kalau sebulan baru nak upload tu, bz campur malas!
Hotel mmg comfy, tp sgt jauh. Letih naik turun train.Leher tekehel tu mmg pesen skarang laa..Amber Chia pun tiru pose camtu :p

Nurul : Bukan stakat basi, dah berkulat!Mmg letih...tapi happy bila tgk diaorg happy, esp bila kat Disneyland.

Yaz : Tenkiu Yas. Kembang idung kak abbo kena puji. Baik boss..lain kali kak mai cuba post ikut dateline. cewah...mcm keja utusan plak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...