Wednesday, March 23, 2011

Baby Keknon & 'muncung' barunya..

Sian. Masa 1st trip Hong Kong 2 bulan lepas, muncung Baby Keknon rosak.
Dah tak otomatik. Dah tak sharp.
Asyik bagi kitaorg marah sebab gamba blur macam pandangan orang sakit katarak.
Jenuh set & reset utk dptkan image sharp & cantik mcm selalu.
Eh, lupa.Kenal tak siapa Baby Keknon??
Baby Keknon atau nama penuh Canon EOS 550D.
Lama dah beli. 2-3 tahun lepas.
Bila muncung Keknon rosak, mula la saya pon nak muncung.
Mana tak sentap, nak ganti yang baru, paling murah dalam seribu.


Bila encik beloved ajak ke Hong Kong sekali lagi last month, seperti biasa akan mintak tunjuk ajar dari pakcik google. Disebabkan nafsu bergambar yg tinggi, makanya spec muncung pun kena tinggi (sedikit) dari yg rosak tu.

Akhirnya, kami memilih..

DSCN2258


Tamron (AF 18-200mm)

Tak, korang salah.Ini bukan produk orang Jawa. Tamron made from Japan. Malas nak type review kat sini, walaupun cuma copy & paste. Kami siap dapat free camera bag & beberapa accessories camera tambahan. Syok ler keknon...ada muncung baru. Pasni bleh zoom lubang idung bebila boring.

Yang tak best, lepas ni Baby Keknon lagi berat. Lagi besar. Lagi menyusahkan utk dibawa kemana-mana. Hemphhh....

Sebagai mengakhiri entry, terimalah..... (buat suara DJ poyo)................................


IMG_6399

*Canon HQ building kat Hong Kong, hospital tempat Baby Keknon lahir*



1 comment:

eug|ena said...

alahai... saye nye muncung pon dah xsharp jugak.. cik akak beli 1 je ke?
kalu berat hadiah kan je la kat saye.. ihihihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...