Monday, March 28, 2011

Gossip : Yusry & Erra masih baik, Siti Pregnant??

Masa zaman student dulu..
Ada seorang nie. Agak tak sedar diri dah tua & layak dipanggil pakcik tapi mati2 suruh panggil abang..bertanya pada saya..

"Apa yg adik buat bila otak penat lepas study.."

Lantas dengan poyo saya menjawab...

"Mengumpul setem!"

Dengan harapan untuk buat lawak. Tapi, nampaknya tak berjaya. Kan dah kata dia dah tua, jadik processor agak selow.

"Ooo..kumpul setem. Bagus tu. Tapi, tak elok untuk otak yang penat. Yang seeloknya, bila otak penat...cuba baca bahan ringan yang tak ada kaitan dengan ilmiah macam majalah Ujang ker..Gila2 ker..Mangga ker.." (dia amek contoh Mangga sebab masa tu Mangga tengah hot.Bukan sebab saya tengah pegang majalah Mangga. Tolong jgn buat spekulasi serong)

Walaupun agak tertekan kebosanan tahap raksasa gogok melayan pakcik ni dalam bas, saya tetap besetuju dengan idea dia. Jadinya, bermula detik itu saya rasa tak salah membeli majalah hiburan walaupun memang kompem tak ada langsung isi dalam tu yg boleh membantu saya pass exam.

Lepas penat study, rest dalam stengah jam baca gosip artis.Tapi selalunya, study stengah jam baca gosip artis yg lebih sejam.


Habit tu terbawak sampai sekarang. Cuma caranya berbeza. Sekarang zaman informasi dihujung jari. Tak payah beli majalah hiburan. Berlambak gosip artis dalam blog atau website. Mungkin lepas ni wartawan hiburan pun susah nak carik makan. Artis sendiri yang gosip diri sendiri dalam facebook, blog atau twitter.

Dalam twitter, saya banyak follow artis. Reason yg sama, cuma keperluan berbeza. Kalau saya stress dengan kerja, kita kasi relaks dengan bukak twitter. Follow erra fazira, siti (nurhaliza la opkos!) lisa & beberapa kerat lagi laaa yg saya rasa agak worth it utk dibuang masa begitu saja.

Kadang-kadang ingat bila baca kisah artis, otak bleh rest. Tak payah fikir apa2. Tapi, ada jugak yg membuka luas bukan sahaja fikiran, malah mulut dan mata saya. Contohnya macam kat bawah nie..


t2


t1

Walaupun hanya saling ber'tweet', tapi saya rasa diaorg ni 'sweet'. Pengajaran kisah Erra-Yusry ni..walaupun seseorang itu pernah menjadi 'seseorang' dalam hidup kita, tak bermakna kita perlu delete semua memory pasal dia. Mungkin dulu ada marah, geram atau dendam. Tapi sekarang takde salahnya kalau masih berhubung & bersembang mcm kawan2 yg lain, asal tau batasan2. Dari situ kita boleh tau, masing2 saling memaafkan, redha & pasrah dengan urusan Allah.

Dan, lagi satu kisah nie..

ct

Orang comei, bila update twitter pon dlm nada comei...Sangat relaks makcik nie, walau persatuan penyebok2 semalaysia tak abes-abes tanya 'siti dah pregnant??' Siap zoom kat perut tu... Naper tak buat 3d scan jer terus dari camera. Hahaa. Typical la korang ni.

Bukan semua cerita artis tu bagi kesan negatip pada otak. Kalau negatip cara korang terima, maka negatip la jalan ceritanya!

Ambil yg boleh kita terima sebagai pengajaran...Selebihnya, hiburan!

Kesimpulannya, kali nie korang bolehla beli majalah Hai atau URTV tanpa perlu menyorok atau menyamar. Kalau orang tanya, kata nak bagi otak rehat. Bagi la nama scientific sket..contoh..EncephalonentophicIntelligious Majoras Spa.. Gerenti diaorg tak tau nak cakap apa dah. Selamat Mencuba!

Till then, daaaaaaaa!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...