Thursday, March 10, 2011

It's My TOUCH!

My Touch?????

Iyaaa..itulah antara kenapa agak bz, selain dari membanting tulang 4 kerat, carik rezeki sesuap nasik (leh caya ke sesuap??)

Apa itu My Touch murid-murid? Takde kena mengena pun dgn kaedah Telepati, Homeopathy..apatah lagi Homosexual. My Touch adalah part time biz 'Hantaran Perkahwinan' yg saya usahakan secara kecil-kecilan demi untuk menyara 2 orang anak (Music Background Bersamamu..)

Uniknya, sentuhan keCUNdang My Tounch banyak menggunakan bunga. Dan bunga yg digunakan 100% BUNGA TIDAK ASLI...Bukan typo. Atau terlupa slash di perkataan 'TIDAK'. Memang tak pakai fresh flowers. Ni memang pengakuan berani mati sebab pakai bunga mati.

Satu sebab utama...fresh flowers agak mahal. Satu gubahan hantaran boleh beharga setinggi RM150-300. Kadang2 macam main letak-letak jer pun.Biasalaa..bila nampak fresh flowers, automatic org kata 'Kawin grand nie'. Tapi, berbaloi-baloikah dengan duit yg korang keluarkan.

Sebab kedua...artificial flowers lebih tahan lama. Dah gubah hantaran cantik2, takkan nak buang macam tu jer kan. Mestilah nak simpan buat kenangan. Jadi itulah sebab My Touch menggunakan 100% BUNGA TIDAK ASLI atau artificial flowers, tapi yg menyerupai 99.999% fresh flowers, yang digubah cantik dan boleh dibuat hiasan meja, bilik atau kereta.

Keistimewaan My Touch lagi, setiap gubahan hantaran gunakan bekas yg cantik2 untuk meng'hot'kan lagi wedding anda. Setiap bekas hanya akan dikenakan caj sewa. Kelebihan menyewa bekas, tak payah la susah2 fikir mana nak simpan dulang2 hantaran. Lagi menyusahkan, kalau lepas kahwin, budget pun takde nak beli rumah besar. Stor yg ada pun sekentut jer besarnya kan. Jadi, My Touch bukan sahaja tolong masa wedding, selepas wedding pun kami tolong jugak. Hebat bukan!
(Baca dlm intonasi iklan serbuk pencuci yg satu penutup utk 100 cucian..)

Cerita banyak pun tak guna. Jom kita terus tengok sample.

Majlis : Pertunangan (Dari pihak lelaki utk wanita)
Warna Tema : Sweet Pink
Jumlah : 5
Hantaran : Tepak sireh, Cake, Chocolate (berbentuk ikan), Cincin & Buah-buahan (apple merah)
Konsep : Bunga Ros (pink) segar & dulang Elegant English (putih)


Align Center

Disebabkan ini hantaran bertunang & guna konsep sweet & simple, tak perlu letak mcm2 fruits. Cukup sekadar red & green apple. Yang berkilat t bukan air liur penggubah hantaran & bukan juga guna lip gloss. Cuma sapukan minyak zaitun.



Sireh yg dah di'nakedkan' dari bekas tepak.
Butterfly di tambah supaya nampak orang yg bertunang ni dalam hati ada taman..




Hantaran cincin pinangan.
(Cahaya keimanan pada cincin sekadar hiasan. Tidak termasuk dlm pakej)





Untuk lebih dramatik & romantik, lilin di tambah di hantaran cincin tunang..



Pemilihan warna bunga artificial kena tepat untuk nampak macam fresh flowers..




Acara meminang terpaksa postpone. Pakcik2 ni dari bebincang pasal nak minang, terus tukar topik 'cara-cara membuat hantaran'. Tak caya cer tengok eye contact diaorg..



Pelanggan ni cukup berpuas hati sampai rasa nak nangis. Terharu. Terkasima.Spechless!
(Comment tambah sendiri ...dia tak cakap pon)



Untuk keterangan lanjut, boleh email:
mysara@myself.com
atau
maisarmt@proton.com


Insyaalaah, nanti saya akan tunjuk lagi beberapa sample hantaran yg ditempah :)

Till then, daaaaaaaa!

2 comments:

angkasa said...

cantik! :)

Rabia Sensei said...

Hehe =D Marvellous~ Aku tak tahu ko buat gubahan hantaran. Letaklah gambar lagi. Bolehlah aku tolong promotekan. BTW, sangat sweet ko punya gubahan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...