Wednesday, April 06, 2011

Siapa nak dapat 'Keluarga Bahagia'?

Semua orang nak bahagia.
Rasanya tak pernah lagi dengar orang suka derita, huru-hara,kacau-bilau..
Tapi...Bahagia bukan turun free dari langit.

Bahagia bukan genetik.
Bukan boleh diwarisi.Bukan mengalir dari darah yg sama.
Untuk bahagia kita kena usaha.

Suami kena berusaha untuk membahagiakan isteri & anak-anak. Usaha untuk mencari & menambah rezeki keluarga.
Isteri kena usaha keras untuk menambat hati suami dan mendidik anak-anak.

Untuk 'menghupdate' blog yg dah 2 minggu bersawang..
Alasan standard chartered? Bz laaa..apa lagi.
Tapi mmg bz pon..Weekends pon tak duduk diam.
Eh, telarik topik.Cerita apa tadi. Ha...tips keuarga bahagia.
Untuk mewujudkan entry tanpa perlu mengarang ayat dan menempek gambar, saya post tips jer laaa ek..
Jom sama2 cuba. Tips 'Keluarga Bahagia'.


  • Bersama-sama solat berjemaah, bersama-sama menimba ilmu Allah. Berdoa bersama2 & mengikuti majlis agama & ilmu bersama. Selalu2 la pergi ke masjid bersama-sama. Jika mendapat ilmu yg bermanfaat, berkongsilah dengan isteri & anak2
  • Sering melakukan kegiatan bersama2 spt makan bersama, keluar berjalan berdua-dua & beriadah bersama keluarga.
  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Sebelum tidur, bermaafan antara satu sama lain atas kesalahan sepanjang hari dan tidur berpegangan tangan agar gugur dosa2 isteri & suami.
  • Sentiasa berpegangan tangan ketika berjalan atau beriadah bersama-sama. Kulit lembut di telapak tangan mempunyai magnet & kuasa yg mampu memberikan sentuhan kasih sayang. Bukan sahaja dengan suami, dengan anak2 pun perlu diajar sentiasa berpegangan tangan ketika berjalan bersama.
  • Jaga agar mulut & badan tidak berbau...agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  • Isteri yg romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. jadi, seeloknya kurangkan kegiatan luar. Habiskan lebih banyak masa bersama keluarga.
  • Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan selagi tidak salah di sisi Allah..
  • Kreatif mencipta suasana yg harmoni & tenang dalam rumahtangga
  • Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu & berdoa pada Allah, agar diberi ilham untuk menyelesaikan secara baik..
  • Kenangkan jasa & susah payah isteri mengandung & melahirkan anak
  • Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  • Sentiasa bermanis muka, senyum dan ceria walaupun menghadapi tekanan atau dalam ketegangan. Raut wajah dan ekspressi adalah cermin diri. Bila diri sentiasa ceria dan tenang, orang di sekeliling turut mendapat aura kegembiraan. Sentiasa senyum juga 'awet muda'..
  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah
  • Menjawab setiap pertanyaan suami atau isteri dengan lembut & penuh kasih sayang
  • Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri..
  • Fahami & hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas. Isteri bulan - cantik, lembut & indah dipandang..manakala anak2 pula umpama bintang - sebagai penghibur dalam rumahtangga.
  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing2 sudah berusia..
  • Ketua rumah tangga yg bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang intuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran & tempat percutian
  • Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya 2 waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga untuk merapatkan hubungan dan kemesraan.
  • Jangan beri ahli keluarga makanan yg tidak halal atau diragui kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
  • Jika anak atau pasangan kita berbuat salah, janganlah dinasihati secara kasar. Berlembutlah dan gunakan cara berhemah. Nasihat dengan penuh kasih sayang. Dan sentiasa memohon agar Allah beri kita kekuatan menghadapi semua dugaan itu.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan. Jika ada yang tersinggung atau terkesan di hati, segeralah berbincang. Jangan disimpan di dalam hati. Lama-lama akan bersarang menjadi dendam.
  • Kalau dah berusaha, jangan lupa berdoa...dan seterusnya, berserah pada Allah.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"

(Al-Furqaan : 74)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...