Friday, June 24, 2011

5th Anniversary Celebration :)

Gile lama tak update blog. Alasan sama...
Arghhhhh..Intro boring!
Dah lama tak update.
Ayat pon kaku. Takde idea.
Okey, kita mula balik...

Lama menyepi.
Sampai ada satu ketika tu mcm nak privatekan ajer blog usang musang nie.
Visitors...dari 20..turun ker 15...10...dan udahnya, tgl sorang..
itupun diri sendiri yg bukak.
Kesian.

Tapi apa kan daya...makin lama, makin malas nak becerita itu-ini.
kalau becerita pasal rumah, pasal vacation...orang kata...riak!
becerita pasal handbag...setakat beg tak sampai 500..baik ko simpan jer laaa...orang lain 10-20 ribu tak bising pun...
kalau becerita pasal laki...meremang plak bulu ketiak, orang kata oiii...tak yah ler kuar cerita dalam kelambu!
kalau becerita pasal anak...orang kata, orang lain pun ada anak...tak yah la nak kecoh!
Sudahnya, tutup laptop, tarik selimut. tido.
Yaaa...itu lebih baik...

Tapi, bila en.roommate sendiri yg bukak mulut..
"Kenapa tak update blog"
..

Tetiba hati jadik ber-munga2 matahari utk menghupdate cerita2 terbaru.
Lantak kalau takde sapa baca pon, janji en.roommate baca...
Tetiba jugak naik sheikh semangat utk bekarya dgn lebih giat lagi..eceh..karya ler sangat..


2 June lepas.
Genap 5 tahun kami hidup bersama.
Our 5th Anniversary.
Terasa baru lagi kawin. Pergi honeymoon. Pregnant. Dan..pregnant lagi.
huhu.

Haritu, 2 June 2011. Pergi keja macam biasa.
Terasa down satu hari.
Sebab malam tu tak tidur, Siapkan video 5th Anniversary utk upload dlm YouTube.
Konon kezutaaan.Konon laaa...

Dengan harapan pagi tu dia tekejut manja sambil bekata..
"Sayang....u sooo sweet..."
Kalau pun tak tekejut,boleh tak tiru hero Nora Elena yg suwit-muwitt tu sket.
Boleh tak berlakon terkejut. Boleh tak???Boleh tak..???


Jawapannya.memang tak boleh..Reaksi yg ditunggu2 adalah..
"Sayang...tenkiu. Malu la abang.."
Iskkk! Malu???Shame-shame..??
Tiba-tiba wajah kak long & yaya menari2 depan mata sambil sebut..."shame-shame mama.."
Makanya, pelancaran mogok sehari dilancarkan.
Penat tau. Dah la tak tido buat video tu. Reaksi yg tak memberangsangkan plak tu.

Lunch hour. En. roommate ajak keluar.
Jawapan mogok adalah "Takperla, malas!"
Dia pon macam takde reaksi. Ok..mogok diteruskan sampai abes kerja.
Petang tu kepala rasa berat yg amat.
Memang takde mood untuk apa2 aktiviti.
Dah set dalam kepala..Malam ni kalau dia ajak dinner pun idak nak pergi. Nak qadho tido.
Jual mahal sket. Muka tu bagi nampak takde perasaan sket. Tolong bagi kerjasama..


Emphh...tak sempat balik rumah.
Dalam kereta, dia ajak dinner tempat special.
Jawapan lari dari dialog yg diset awal2 tadi..
"Nak dinner mana..??"
Boleh pulak. Jual mahai konon...Pirah!
*sekeh pala sendiri*


Lepas maghrib, en roommate drive ke Damansara.
Dinner special kat Bora Asmara..
Kata special sempena Anniversary. Nama tempat pun mesti ada unsur asmaradana.
Takkan nak makan kat Restoran Geng Upin-Ipin. Tak sesuai kan.kan.kan.


*Dah sampai depan ni baru teringat lupa bawak SLR. Terpaksala pakai camera-goyang-sakit parkinson..erghhh!*


*candle lit dinner..manyak lomantik*

*Tolong jgn order kueytiaw goreng ek..harus ada ciri2 lomantik..*


*Grilled Black Pepper Chicken with rice*

*Chicken Chop*

*Choc Milk Shake, Watermelon juice & Cendol*


*Sebelum makanan sampai...apa lagi kan..harussss*

*Tujuan sebenar pose ni utk tunjuk takde beza dgn gambar kawin 5 tahun lepas...*

*asal idung tetiba mcm Michael Jackson nie..editing kuasa gaban*

*5 tahun lepas, masa yg sama...kita tgh kunyah ayam golek lauk pengantin..huhu..*


Tengah sesedap layan chicken chop..datang geng2 ni utk menghidupkan lagi suasana romantika malam tu...


*Tengah meeting nak nyanyi lagu apa...*


*hahhh...dapat dah!Kita nyanyi lagu nie...*

*Sempat lg abang sbelah tu..katanya jgn lupa tag kalau masuk fesbuk..
hok alohh*



2 lagu yg sangat-sangat romantik. Layan.. En.Roommate memang suka bila dengar Live Band nie. Lagu 'Tak Ingin Sendiri' Hetty Koes Endang dan lagu 'Cintaku Sampai ke Ethopia' Ria Resty Fauzy..Haa ko...Sampai Ethopia tuuu. Takpe..takpe..sampai Europe pon dah cukup yang...Sambil nyanyi, diaorg ni sempat buat muka2 pelik..tak sempat nak feeling-feeling lomantik.Gelak jer lebih.


Dalam kereta masa nak balik tu..en.Roommate keluarkan kad Anniversary..tadaaa..oh, kejutan tu. Dalam kad siap ada compilation gambar2 dari masa kawin sampai dah keluar Kak Long & Yaya. Gambar ihsan dari fotopages :)

Dan...yg paling tekejut..huhu...dia keluarkan beg 'Wah Chan'. Walaupun kedai emas bunyi macam kedai ubat Cina..Lantaksss. Janji saya sukaaa...


Thanks soooo much sayang. Ingat, saya punya dah abes gempak buat video upload dlm You Tube. Rupanya sayang lagi gempaks. Memamg power laaa..heheee..

Thanks for special dinner
Thanks for the card & the gift
Thanks for everything....

Though we are going to have so many other anniversaries ahead of us, I just want to take this chance to tell you how much you mean to me.

Happy 5th anniversary sayang!
I'm glad I found you.


*mwahsssss*

Thursday, June 02, 2011

Happy 5th Anniversary Sayang...

It's sometimes hard for me to find the words that can express
Just how much your love and you
bring me so much happiness

But..on this very special day
I'm hoping this will show,

I love you and I always will
far more than you can know.


...When I first saw you, I saw love
And the first time you touched me, I felt love
And after all this time, you're still the one I love..

Happy 5th Anniversary Sayang...
2nd June 2006 ~ 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...