Monday, September 05, 2011

Salam Aidilfitri 1432H, Syukur Alhamdulillah!

Syukur Alhamdulillah,
Allah masih memberi kesempatan untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Dipanjangkan umur & dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus beribadat.


Cepat betul masa berlalu.

Baru lagi penyimpan mohon besar raja2 buat announcement puasa.
Dah keluar lagi sekali untuk annoucement Raya.

Tak puas lagi rasanya di bulan Ramadhan.

Sebagai hamba yg lemah, bulan ni lah untuk memperbaiki segala kelemahan diri.
Mendisplinkan diri & membaik pulih mana2 yg patut.

Bulan Ramadhan disediakan macam2 promosi hebat untuk direbut sementara kita masih diberi kesempatan.

Persoalannya, kita cuba rebut tak?
Ker bz rebut promosi 7o% kat Sogo, Sale Raya Mid Valley?
*Uhuk..uhukkk*...tesedak, sebab mengata diri sendiri.


Dari segi pencapaian sebagai hambanya, alhamdulillah..tahun ni banyak peningkatan.

Tak perlu nak cerita sebijik2, karang elok2 dapat pahala, kena tolak free2 sebab riak becerita pada orang amal kebaikan sendiri.

Tapi yg paling membanggakan, saya berjaya masak sendri sepanjang 3 minggu pertama berpuasa.
Minggu2 terakhir tu, ada jemputan berbuka & mencemar duli ke Bazar Ramadhan.
Berjaya mengurangkan pembaziran.
Dan berjaya bagi suami & anak2 makan air tangan sendiri.



Alhamdulillah juga.
Tahun ni diberi kesempatan untuk meluaskan biznes kecik2 yg kami usahakan sejak 3 tahun lepas.
Dari menjual Baju Branded Kanak2, diperluaskan dengan baju kurung cotton, telekung, baju vietnam, tshirt dewasa dan jeans.
Sambutan yg sangat2 menggalakkan.
Alhamdulillah.
Walaupun pasaran tak seluas mana, tapi bila habis dijual dan mendapat pulangan, berbayar segala penat & susah payah.
Tahun lepas, pasaran cuma di Bandung.
Tapi tahun ni di Vietnam.

Yg paling menggembirakan, ada yg masih order untuk Aidiladha.

Insyaallah, makin kuat perasaan untuk buka kedai sendiri.


Alhamdulillah,

Syukur Ya Allah atas segalanya :)




"...Perjalanan yang paling indah,
Lahir dari hati yang benar-benar mencari
Semoga anda menemuinya..."

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga,
Maafkan atas segala salah silap, halalkan yg terlebih atau terkurang..

Ikhlas dari kami sekeluarga :)
Hoslan Hussain || Maisarah Mohamed Taib || Hezryn Amyra || Humaira Sufea

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...