Wednesday, October 24, 2012

Preparation for my lil' one


Entah. Nak panggil sindrom ker..kena mandrom. Biasanya, kalau sebut pasal shopping. Pantang diajak...pasti ngeletek pacat nak pergi. Tambah pulak nak beli barang2 baby. Gile apa nak tolak aktiviti keduniaan yg melaghokan nie. Tapi ngandung kali ni boleh pulak tak bernafsu nak shopping. Setengah kata alahan pembawak budak. Ada pulak yg kata, kena mandrom dgn en.suami supaya selamat duit diaorg dunia akhirat.

Memang itulah yg melanda sejak masuk 2nd trimester sampai dah nak hujung-hujung ni. Seronok bila baca balik blog, atau tengok gambar-gambar dalam fotopages macam mana excitednya shopping sakan nak sambut Kak Long 5 tahun lepas. Nak sambut Yaya pulak, gile kumpul botol Avent. Semangat nak fully breastfeed. Tapi, bila masuk anak yg ke-3, nafsu nak shopping langsung tak mai...Awatnyaaa...

Jenuh dikaji. Tak larat nak tgk barang kat shopping complex, moh shopping online. Pon takde mood. Nak beli apa. Semua barang Kak Long dan Yaya elok lagi. Sampaikan botol-botol Avent yg lama, 4 taun lepas punya pun ada hati nak pakai balik. Dah tentu bukan BPA-Free. Baiknya anak mama nie...*sambil usap perut* nak suruh mama berjimat cermat amalan mulia ek...

Tapi bila difikir-fikir, rasa macam pilih kasih pulak. Tak adil dengan semua anak. Kalau pun dah ada, apa salahnya beli satu dua barang baru tanda happy nak menyambut baby baru. Nanti baby kecik hati. Baby ni kan ada connection dengan maknya. Apa yg mak rasa, anak pun boleh rasa.

Makanya...untuk rujukan di masa depan..bila mama pregnant lagi dan lagi, ini sikit-sikit preparation yang Mama buat untuk sambut anak mama yg ke-3. Bila tengok gambar-gambar nie, baru datang 'spirt spirit of the world' nak beranak...Tak sabar pulak nak rasa sakit contraction..Nak push..Dan tak sabar nak peluk my lil' one...


Katil baby dah siap pasang. Playpen brand Anakku ni memang halal beli. Kak Long pakai sampai umur 7 bulan. Yaya pun lebih kurang. Dan sekarang, untuk adik diaorg pulak.

Condition play pen ni tip-top lagi, cuma kena beli tilam baru. Ada kelambu sekali..tapi tak guna. Rasa tak bernafas pulak budak dalam kelambu. Comforter Winnie Pooh ni pon bff bagi masa Yaya lahir. Alhamdulillah,elok lagi. Jimat cermat amalan mulia.


Bag 'On-the-Go' pon dah siap lama..cuma tak simpan dalam kereta lagi. Yg wana pink beg omaknya. Yg wana hitam ada lil teddy beg baby.

Pinjam bilik Kak Long and Yaya untuk letak tilam and baby basket. Tilam ni pun diwarisi dari zaman Kak Long. Kegunaan untuk letak baby dekat tingkat bawah. Takkan nak carry playpen merata. Baby basket tu zaman Yaya. Tak pakai sangat sebab size elok2 untuk New Born ~ 3 months. Lepas tu dah tak muat. Kaki asyik tekeluaq dari paksi.

Bilik Kak Long and Yaya...Bila tumpang letak barang2 baby, Kak Long tetiba suruh letak gambar masa dia baby-baby. Tembamnya. Mana pergi semua lemak2 tu Kak Long..??


Set baby care and grooming baby pun dah lengkap. Kecuali bakul, yg lain semua kena beli baru. Melampau ler nak pakai bedak 4-5 taun lepas. Sopak plak kang.


Barangan mencuci baju and botol baby. Guna NappiKleen and Pureen Liquid Cleanser.

Baby Bath and Toiletries. Ni pun kena beli yg baru. Bath set lama dah berkarat, jadik tempat letak anak2 ikan masa pindah rumah dulu.
Kena beli botol2 baru. Sayangnya botol2 lama tu elok lagi. Cuma bukan BPA Free. Takperla, sayang botol lebih ker sayang anak lebih. Lagipun dah lama sangat. 4 tahun..Satu set Avent New Born, ada 3 biji botol dalam ni. Harga RM91, dapat 10% discount dekat Kinderdijk, Avent Service Centre @Sri hartamas.


Beli botol dengan spare parts breast pum, dapat free 'My Birth Diary' Avent ni. Baik hati sungguh toke kedai.Toche.







Storage bottle Bumble Free. 1 kotak ada 10 bottle. Harga RM36 jer...Beli dekat Babyland SS2.










Botol Nuby yg comei cinonet. RM39.90 ada 4 botol dalam satu kotak.

kasut, socks dan booties yg comei2 satu kemestian, especially bila doctor kata "You mungkin dapat baby gegirl lagi...all the best utk yg ke-4. See you again next year!"

Antara babysuits, rompers and dress yg recycle dari Kak Long, Kak Ngah sampai ke adik, dan mungkin adik2 yg lain. Kalau beli yg berkualiti sikit,Insyaallah..boleh simpan lama.

Dalam masa sehari (Sabtu lepas) berjaya seret kaki shopping barang2 baby yg mana perlu. Yg mana boleh recycle, kita recycle. Kak Long dan Yaya pun happy dapat mewariskan barang2 diaorg pada adik. Stroller, car seat, baju2, rompers semua diaorg tolong basuh dan jemur. Sweet la Kak Long dan Kak Ngah.

Banyak jugak barang yg tak ready. Set barang pantang pun tak survey lagi. Insyaallah...balik Ipoh Raya Haji nie nak angkut terus. Harap-harap tak meletup..3 minggu lagi yer baby sayang...

2 comments:

hanabunga said...

Weee bestnyaa tak sabaq nak tunggu baby lahir. All the best aunty tehhh! ^__^

Maisarah Mohamed Taib said...

Tenkiu Kak ngah...doakan aunty teh selamat & dipermudakan yer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...