Wednesday, November 07, 2012

Hobby Terbaru...Main Masak-masak

Betul la orang kata. Mengandung ni kadang-kadang boleh menukar diri kita jadi orang lain. Apa yang selama ni kita suka, mungkin jadi tak suka. Dan, apa yang selama ni kita tak suka langsung, mungkin jadi teramat suka.


Pregnant kali ni, rasanya sejak masuk 2nd trimester, suka betul layan rancangan masak-memasak. Tak kira laaa channel mana pun. Masterchef Malaysia ker, Australia ker, US ker...My Kitchen Rules, AFC Channel...semua dah jadik favorite. Boleh lupa daratan kalau dah bukak tv tu..mau pagi sampai malam dok layan orang memasak. Tak mandi pun takpe.

Tak cukup tv, blog yang suka tempek resipi best-best pun dah masuk dalam favorite link. Semangat berkobar-kobar olimpik bila tengok diaorg post gambar2 masakan dalam blog. Rasa macam dah kena angin meroyan. Tapi sungguh kewanitaan angin meroyan ni. Boleh pulak nak suka masak-memasak. Meroyan la main golf ker, shopping ker...urban sikit.

Weekend lepas telah berlakunya aktiviti memasak secara marathon disebabkan 2-3 hari sebelum tu mimpi dah nak terberanak. Mengenangkan lepas ni dah nak kena pantang makan, diyet-moyet bagai sebab nanti orang sibuk compare badan sebelum dan selepas...maka jatuh hukum wajib kita buat kenduri makan besaq-besaq. Sebelum ni jangan harap nak duduk dapur dari pagi sampai malam...

En.Suami teringin nak makan Lasagna. Anak-anak nak makan banyak-banyak kek... Aku lak teringin nak makan puff daging black paper. Makanya..




Mula-mula shopping macam besoknya ada darurat perintah berkurung...Satu trolly besar dgn 2 trolly kecik anak2 bawak. Ini bukan beli barang nak memasak jer, termasuk stok barang2 basah dan barang dapur sampai berpantang. 

Toys untuk main masak-masak...abes hati!

Panaskan oven...

Untuk hari Sabtu jer berjaya buat 5 receipe..Hari Memasak Sedunia...Dimulakan dengan....

Beef Lasagna untuk en.suami





Black Paper Beef Puff utk diri sendiri

Ada lebih inti...buat frozen popiah jugak.


Moist Cheery Choc Cake untuk anak-anak


Ada lebih cooking choc...buat lagi sebijik moist choc cake...kali ni buh strawberry pulak.

Dan...Cup Tiramisu untuk anak2...Tapi papa pun bantai sama...


Konon buat banyak2 boleh tahan seminggu...sehari jer dah abes. 





makan masa sejuk...kenikmatan duniawi!




Lepas buat semua nie, berjalan naik atas dengan keadaan mengengkang 90 darjah. Dah macam baru lepas bersunat. En.Suami tolong urut pinggang. Kalau terberanak esok lusa pun puas hati sebab dapat masak and makan semua ni. Resipi nanti-nanti ler cerita cedok kat mana yer..nak sambung tengok masterchef :)

4 comments:

hanabunga said...

Pergh best gila aunty tehhh. Makanan semua sodap2 ja tengok. Tambah2 yg tiramisu tu. COmel ja letak dlm cup mcm tu. Senang if yaya dgn kaklong nak bawak pi sekolah kan. Tehee :D

ell8019_rozi said...

ha tu dia.. sekali teringin terus buat sampai lima dish!!.. mana x hilang cat walk semua :) ni dah terlebih rajin nih...

Maisarah Mohamed Taib said...

Heheeee...selagi tengah boleh makan + suka memasak ni kak ngah...
tiramisu tu mmg feveret diaorg...sepluh minit skali bukak peti ais..insyaallah, bila2 nanti datang umah aunty teh buatkan :)

Maisarah Mohamed Taib said...

angin rajin datang kak zie...kalau tak, jangan harap nak duduk dapur lama2..heheee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...