Friday, November 02, 2012

Preparation for berpantang-larang

5 tahun lepas, masa berpantang, guna Produk Leesa Formula. Emm...masa tu teruja dengan tungku wap yg comei. Tapi bila mula pakai, kesan tak secomei yg disangka. Tungku kena berat, untuk keluarkan darah2 beku dalaman.

Masalah dengan tungku wap LF nie, ringan tu satu, kena pulak carik rice cooker atau steamer utk memanaskan tungku.Tahap kepanasan tungku pun tak lama. Boleh bertahan kurang dari sejam. Pil-pil lain pun tak makan sangat, kecuali yg pil ikan haruan.

Berpantang kali kedua, lepas dengar testimoni dari kawan2, beralih pulak ke Set Bersalin Nona Roguy. Walaupun mahal, rasa berbaloi sebab boleh dikatakan semua ubat2 dalam tu berkesan dan selamat digunakan. Kesan pun cepat nampak. Dalam seminggu berpantang, rasa sihat bertenaga.

Dah abis pantang pun teruskan makan Phyto Natal utk melancarkan masalah pembuangan sisa toksik dari badan. Orang lain, makan sebiji PN pon dah tak tertahan2 ke toilet. Aku kena makan 3 biji baru 'lut'. Itupun lepas 8 jam. Keras tahap dewa sakti.

Masuk yang ketiga ni, rasa nak cari loose pack produk berpantang. Berjimat, sebab boleh pilih yang betul-betul perlu. Boleh jugak try produk2 lain, yg takde dalam satu2 set. Ada jugak member yg recommend set Tanamera. Eemm..kalau nak taja ok ler jugak..(Ko ingat ko retis?) Tapi kalau kuar duit sendiri, beli satu set, takut jadik macam pengalaman pertama dulu. Indah kabo dari rupa.


Set campur-campur. Sian..takde penaja.





Kita mulakan dengan set wajib. Minyak Herbanika NR ni best sebab sangat berangin. Boleh mula guna masa kat hospital lagi, lepas bersalin. Phyto Natal tu mmg tak payah citer laaa...boleh tengok review ramai pengguna kat blog2. Bagus untuk melancarkan proses membuang. Bila pembuangan lancar, insyaaallah, badan boleh turun dengan cepat. Krim Herbanika Barut tu untuk dipakai sebelum membarutkan diri.




Ada yang tak suka pakai pilis ni sebab bau. Bagi aku, bukan selalu pun. Masa berpantang ni gunakan sebaiknya. Beranak pun bukan selalu. Pengalaman kedua dulu, macam ada jugak pening-pening pala sebab selalu sangat kena minum kopi itam. Bila tempek pilis ni lega sikit.

Bedak kulit rambai berubat ni baru nak try. Disebabkan tak beli apa2 rempah mandian, dan harga pun sgt-sgt berpatutan, maka harus digunakan tanpa was-was. Senang jer, sebelum mandi, tenyeh dulu (buat macam scrub) pada badan, biar dalam setengah jam, lepas tu bilas. Beli 2 peket dulu. Jangan tamak haloba.




Beli set Leesa Formula pun dapat bengkung jugak. Rasanya sebab tu tergoda nak beli dulu. Banyak barang2 dalam satu set. Tapi malangnya, bengkung tu tak labuh sampai ke bawah. Masa baru2 ikat okeyla, tapi bila dah baring, bangun, baring balik...bengkung dah naik ke atas. Bengkek jer hati nengoknya.

So, untuk kali ni, moh cuba Amme Corset Sendayu Tinggi. Mulanya ingat nak cuba Bengkung Berubat Alfiat. Kecewa sebab pendek dan takde size. Amme Corset ni ada size dari S- XL rasanya. 


Kat belakang kotak Amme Corset ada tunjuk cara pemakaian bengkung ni. Takde sebab untuk mengelat pakai bengkung walaupun berpantang sendiri...ewah..kalau ada pertandingan, boleh guna ayat ni untuk buat slogan.


Sian. Antara satu-satunya produk yang ditaja adalah Minyak Hangat Alfiat 6 hengget. Itupun, asalnya aku pesan dekat makcik. Makcik aku kata ambik jer lah. Sedekah. Itu kira ditaja jugak..kan...kan
Minyak ni best sebab panas ngetik-ngetik. Sedap di lumur dekat perut sebelum berbengkung. Minyak ni famous di kalangan makcik2 yang sakit lutut.
 Lotion Mustajab Superhot pun mesti ada. Kalau tak cukup panas, korang rendam perut dalam minyak panas terus.Gerenti lemak pon lebur.


Mahal jugak Bio-Oil ni...botol kecik pun 30 hengget. Tapi sangat berkesan untuk hilangkan stretch marks kesan mengandung dan scars. Tak pernah try sebelum ni. Kesan terpengaruh dengan iklan.


Tiba-tiba ada Jus Mate dalam senarai berpantang..ko perhal? Inilah satu-satunya barang yang en. asben sponsor utk pantang. Itupun dia kata kita boleh minum kongsi-kongsi. Memang dah pernah try sebelum nie. Agak mujarab, tapi kena continuously minum dan kena berpantang nasi. Kalau stop, boleh gendut 2 kali ganda. Sebab orang dah belikan, tadah jer laaa...

Barang baby hampir complete. Barang berpantang pun complete. Batu tungku guna original batu sungai dari kampung. Urut & jamu semua bibik nak buat, sebab dia memang ada pengalaman menguruskan orang berpantang. Alhamdulillah...dah tak payah peluh ketiak cari confinement lady.

Next plan, nak buat cute mini pantry dekat tingkat atas nie. Kalau lapar2 time pantang, boleh buat milo cicah biskut. Kena carik containers kiut-miut dekat Daisho utk letak snaks dengan biscuits. Dalam pantang tak digalakkan turun naik tangga. Nak panggil bibik pun, kalau dia dekat dapur kena jerit rupa tarzan baru dengar.

Kena meng'gugel' utk carik idea...



 



Aktiviti utk weekend ni...seminggu sebelum baby keluar..Insyaallah. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...