Monday, November 12, 2012

Puffs With Black Pepper Beef Recipe

Ini adalah post pertama untuk share recipe turun temurun keluarga. Sebelum ni asyik cedok dari blog orang.


Ideologinya, kalau share receipe sendiri, nanti orang lain tiru, Lepas tu nanti orang lain kena puji masakan sedap dari en.asben. Mana bolehhhh orang lain pon kena puji....*kedekut tahap jahiliyah*
Tak pun nanti orang lain buat niaga jual makanan guna receipe tu. Lepas tu dia untung gile-gile. Tak bagi royalti pon walhal cedok receipe dari blog ni...*dengki tahap syaiton nirojim*

Tapi sekarang dah ada kesedaran. Dah insaf.  Ilmu kena kongsi walaupun sikit. Jadik, untuk kuliah masterchef yg pertama, moh kita cuba buat Puff dengan inti daging black pepper.

Inti ni receipe arwah nenek sebenarnya....(sambil lap air mata..tiru peserta masterchef yg tetiba emo bila sebut receipe org yg dah arwah) Dulu dia buat beniaga kuih popiah goreng nak sara anak ramai. Lepas tu, receipe ni diturunkan pada mak. Mak pulak terpaksa turunkan bila tengok anak beriya2 nak belajar masak konon nak ikat perut suami.

Ikat perut ler sangattttttttt..





Bahan-Bahan Inti Black Pepper Beef

Daging cincang (Suggest : Jenama Ramly) satu peket.
Untuk hasil sedap maksimum, boleh perap semalaman dengan serbuk black pepper dan kicap.

2 labu bawang besar (Suggest : Jenis Holland, warna kuning) dipotong dadu

4 biji ubi kentang (atau nak bubuh lebih pun boleh) dipotong dadu. Kalau dah boring potong dadu, korang nak potong ikut bentuk apa pun sukati. Janji kecik2 supaya cepat masak.

Daun bawang dan daun sup yang dihiris kecik2.


Bahan-Bahan untuk perasa inti daging
Kicap pekat
Serbuk Black Pepper (yg kasar & halus)
Serbuk Oregano (kalau ada)
Garam & serbuk perasa lain yg dibenarkan (utk menyodapkan lagi)

Cara-Cara

Tumis daging cincang (seeloknya yg sudah diperap) bila minyak sudah panas. Minyak jangan banyak...dalam 4-5 sudu sebab nanti air daging akan keluar bercampur dengan minyak. Tumis sampai warna daging bertukar keputihan atau agak2 masak.



Masukkan ubi kentang yang dah dipotong dadu/kecik2 tadi.Kalau agak kering, masukkan sedikit air. Biarkan sampai ubi kentang lembut/agak masak.




Bila ubi kentang agak lembut, masukkan kicap, serbuk lada hitam kasar dan serbuk lada hitam halus.
Boleh masukkan bawang besar yang dah dipotong dadu tadi.Tumis lagi sampai naik bau dan bawang dah sebati dengan bahan-bahan lain tadi.





Bila bawang dah masak / sebati dalam kuali, boleh masukkan hirisan daun bawang, daun sup. Masuk garam atau perisa-perisa tambahan sampai cukup rasa. Nak lagi best, serbuk lada hitam biar lebih. Tumis sampai jadi macam dalam gambar di bawah ni...Kalau first time nak try, jangan derhaka recipe dulu. Tiru sebijik-sebijik.




Inti daging black pepper siap. Boleh sejukkan/rehatkan sekejap. Untuk kulit luar, terpulang pada korang. Nak buat puff boleh, nak buat popiah goreng pun boleh. Nak buat dua-dua pun takde masalah. Janji bahan2 dah sedia ada.


Bahan-bahan Puffs
Puff Pastry (Suggest : Jenama Kawan)



Cara-cara

Untuk merangupkan puff, kita kena gelek supaya puff pastry ni menipis. Caranya, guna kayu penggelek. Kalau takde, gunala apa pun. Gelas ker, batu lesung ker...





Cara lipat puff pastry belajar dari blog INI

Lepas masuk inti, lipat, boleh gunakan kuning telur untuk mencatikkan/melekatkan puff bila dah masak nanti.



Masukkan dalam oven yang memang dah dipanaskan dalam 180 (api atas bawah) selama 10-15 minit (bergantung pada jenis oven) atau masak sampai warna puff bertukar keperangan..



Kalau rajin, boleh buat sos tambahan, atau buat plating gempak-gempak. Kemudian boleh dihidangkan...dan bersedia menerima kritikan maha pedas dari chef laki anda sendiri. Kalau dia tak komen tu, jangan kembang dulu. Kemungkinan dia komen dalam hati sebab tak nak korang putus asa tak masak apa2 dah lepas nie.




Kalau nak ada inti lebihan, boleh gulung dalam kulit popiah. Simpan buat stok frozen food sendiri.




Recipe simple-mimple jer...tapi sedapppppnyer...uihhhh....bukan takat ikat perut, dengan usus semua terbelit. Selamat cuba, try, test............


1 comment:

ell8019_rozi said...

Hujan-hujan baca post mai, terus rasa nk gi dapur, thanks 4 d receipe dik....mmg simple♡

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...